Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Sunday, July 26, 2009

Terbaru : Isu Pembubaran Kelab Iqra

Selepas pendedahan di buat oleh Mahasiswakini berkaitan isu pembubaran kelab Iqra tempoh hari, dua pimpinan utama kelab Iqra telah di panggil oleh pihak Pusat Islam dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk memberikan perjelasan berkaitan isu tersebut.

Saudara Muhaimin selaku T.Presiden 2 telah di panggil oleh Pengarah Pusat Islam sejurus tersiarnya berita tersebut di Mahasiswakini. Pada hari berikutnya pula, giliran Presiden Kelab Iqra telah di panggil oleh Pegawai Pendaftar HEP untuk memberikan perjelasan.

Ketika di hubungi, saudara Hadi tidak memberikan apa-apa komen hasil pertemuan tersebut. Tetapi beliau ada menyebut bahawa pihak Kelab Iqra UTHM akan membuat kenyataan rasmi berkaitan isu ini dalam masa terdekat ini.

Thursday, July 16, 2009

Gerai Jualan Kelab Iqra` Sempena Pesta Konvokesyen ke-8 UTHM.

UTHM, 6-10 Ogos 2009 – Lajnah Kewangan dan Keusahawanan (LKK) Kelab Iqra’ UTHM telah membuka gerai jualan bersempena dengan PESTA KONVOKESYEN KE-8 (CONVAIR) bertempat di tapak pesta konvokesyen. Gerai bernombor 25 ini di buka bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 malam. Antara barangn yang dijual adalah, produk-produk keluaran HPA, baju T-shirt muslimah untuk dewasa dan kanak-kanak, T-shirt lelaki berlogo UTHM dan bertulis “ I Love UTHM, key chains,pin kayu, Tafsir Al-Quran, dan aksesori muslimah seperti sarung lengan, kerongsang dan sarung kaki. Secara keseluruhannya, baju T-shirt yang pelbagai mendapat sambutan yang menggalakkan.


Alhamdulillah gerai jualan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua peringkat umur kerana menyediakan barangan untuk kanak-kanak dan juga golongn dewasa. Gerai jualan ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada sahabat Iqra’ terutamanya bagi lajnah Lajnah Kewangan dan Keusahawanan (LKK) kerana dapat mempelajari dan menimba pengalaman menguruskan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Di samping itu, barangan yang di jual seperti produk HPA dapat memperkenalkan produk halal kepada masyarakat kampus dan juga pengunjug yamg hadir. Keuntungan yang diperolehi juga agak memberangsagkan dan diharapkan usaha berterusan ke arah malahirkan mahasiswa/i yang berkemahiran bukan hanya dalam skop pembelajaran di bilik kuliah tetapi berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti bidang keusahawanan dapat diteruskan.


Monday, July 13, 2009

Serangan Pemikiran

Sejak beberapa tahun ini, dapat dilihat zionis serta konco-konconya begitu rakus melakukan serangan ketenteraan kepada negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin. Banyak nyawa umat yang tidak bersalah menjadi korban. Ramai isteri menjadi janda, ramai anak-anak menjadi yatim piatu. Mereka hidup dalam trauma dan ketakutan. Namun, disebalik serangan itu, terdapat satu lagi serangan bahaya yang dilakukan oleh zionis laknatullah kepada umat Islam sejak berkurun lamanya. >>Baca lagi

Sunday, July 12, 2009

Bengkel Pengurusan Akademik

UTHM, 12 Julai- Kelab Iqra' telah mengadakan Bengkel Pengurusan Akademik "Smart Manage and Get A's" bertujuan untuk membimbing para pelajar terutamanya pelajar baru dalam pengurusan akademik. Bengkel tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah A, Blok G3 dengan kehadiran peserta menjangkau kira-kira 200 orang. Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8.30 pagi dan perasmian kira-kira jam 9.00 pagi. Bengkel diteruskan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Dr. Yusri bin Yusuf, Penyelaras Alumni Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Program berhenti rehat seketika untuk jamuan pagi sebelum diteruskan dengan slot tayangan video ikon yang diacarakan oleh saudara Amir bin Yusof. Bengkel diteruskan dengan slot Jam Belajar Pelajar oleh saudara Mohd. Hadi bin Abd. Rahman, Presiden Kelab Iqra' yang tampil dengan gimik orang kurang upaya pada permulaan slot. Peserta ternyata 'tertipu' dengan gaya lakonannya yang seakan-akan benar. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan slot praktikal pengurusan akademik di mana para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dengan dibimbing oleh fasilitator dari Lujnah Bimbingan Akademik dan Kaunseling. Pada slot ini para peserta telah ditunjukkan cara-cara untuk membahagikan masa untuk belajar sesuatu subjek mengikut kredit. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta bertuah sebelum bersurai kira-kira jam 1.20 petang. Program ini pada keseluruhannya berjalan dengan amat baik dan rata-rata peserta yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran program dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.-iqra'kini-

Lagi gambar di blog Warna-warni Kelab Iqra'

Wednesday, July 8, 2009

Program Terbaru Kelab Iqra'