Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Sunday, January 27, 2008

wallpaper Iltizam

















Di celah itulah.....

Friday, January 25, 2008

Sekadar renungan bersama..

Umat Nabi Muhammad S.A.W adalah umat yang terbaik selepas umat bani Israel.Seperti mana yang telah ALLAH firmankan dalam al-Quran seperti berikut:

"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik."

Surah Ali-Imran : Ayat 110

Oleh yang demikian sejauh manakah kita sebagai umat yang terbaik ini akan memacu kelebihan atau kekuatan yang kita miliki untuk kita memberikan gambaran ISLAM adalah agama yang penuh ketenangan dan kedamaian. Ingatlah, kitalah(insan bergelar MUSLIM) yang akan menahan benteng-benteng ISLAM sekiranya ISLAM dipermainkan.

-- Kirimkan kiriman berbentuk tulisan berilmiah anda ke kelab_iqra_uthm@yahoo.com

- Editor

Thursday, January 24, 2008

Mengapai teknologi multimedia berlandaskan pemikiran Islam

Assalamualaikum W.B.T buat semua..
Bismillahhirahmanirahim...

"Together with Kelab Iqra"

Kata-kata permula bicara sebagai tema kewujudan ruang lingkup ini..
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Empunya Alam yang meliputi segala
macam kekuasaan terhadap ciptaanNya.
Pujian selawat dan salam dipanjatkan buat insan penyelamat umat,
Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan mulia.
Dulu, kini dan selamanya kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih berada di dalam ISLAM dan IMAN. Bersyukur kami juga terhadap peluang yang diberikan kepada kami untuk melangkah selangkah lagi mendekati masyarakat hasil penubuhan blog yang baru bertatih ini.
Saudara-saudari sekelian,
Penubuhan blog ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi ruang dan peluang bagi saudara-saudari mengikuti perkembangan atau informasi kelab ini.Secara umumnya, blog ini diadakan juga bagi memudahkan perantaraan masyarakat kampus dengan kelab Iqra yang telah tertubuh sejak lebih 10 tahun di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jadi saya mewakili pihak editor memandang satu sasaran yang memungkin semua ahli atau bukan ahli kelab mengetahui apa yang terdapat di dalam kelab ni.
Semoga blog ini dapat menjalinkan ikatan persaudaraan yang erat sesama kita masyarakat kampus terutamanya tali persaudaraan sesama saudara Islam.

Sekian, Wassalam.

-Perintis Editor Blog Kelab-Iqra-UTHM ..