Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Menyemai Putik Cinta


“ Jika kita sayang pada sesuatu, pasti kita berusaha untuk mendapatkannya…”


Perasaan sayang merupakan naluri yang wujud dalam setiap insan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana dan kemana perasaan sayang yang dianugerahkan kepada kita itu disalurkan? Adakah kearah kebaikkan ataupun kearah keburukkan? 

Perasaan sayang yang kita miliki itu, yang paling utamanya perlu disalurkan terlebih dahulu kepada Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T. Kerana Dia, kita bernafas dan meneruskan hidup. Kerana dia juga kita mampu untuk menggerakkan bebola mata dan membaca artikel ini. Selepas itu barulah perasaan itu dikongsi bersama makhluk ciptaanNya. Ini yang sepatutnya berlaku.

Jadi, jika perasaan itu belum hadir, bagaimana caranya? Baiklah, seorang tokoh ilmuan islam yang terkenal iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah  menggariskan beberapa tips untuk kita menyuburkan rasa cinta kita pada Allah S.W.T:

1. Membaca al-Quran dengan tertib dan memahami maksudnya.
2. Melazimkan amalan-amalan sunat.

“ Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunat sehingga Aku mencintainya” HR Bukhari

3. Sentiasa mengingati dan menyebut namaNya pada semua keadaan.
4. Utamakan perkara yang disukai oleh Allah daripada perkara yang disukai oleh diri kita.
5. Terapkan dalam hati kita nama-namaNya, sifat-sifatNya dan sentiasa perhatikan bukti kebesaranNya.
6. Renungkanlah pemberianNya.
7. Leburkanlah hati di hadapanNya dengan rasa hina, rendah diri, dan menginsafi diri.
8. Bermunajatlah di waktu akhir malam.
9. Mendampingi orang-orang yang mencintaiNya.Kutiplah kata-kata hikmah dari mereka yang soleh.


Jika ini merupakan permulaan kita, tidak mengapa. Buatlah sedikit demi sedikit tetapi istiqamah kerana itulah yang terbaik. 




Sunday, May 20, 2012

Facebook Oh Facebook


Laman sosial facebook atau muka buku sudah tidak asing lagi kepada seluruh penduduk dunia terutamanya pada zaman teknologi dan serba moden ini. Laman sosial ini seolah-olah telah menggantikan semua jenis laman maya di internet yang suatu masa dahulu pernah mendapat tempat di hati setiap pelayar-pelayar internet.

Facebook kini telah menggantikan Yahoo dan Google Mail dalam penghantaran mesej maya. Malah ianya turut menggantikan laman maya Myspace, Friendster, Google Talk, Yahoo Messenger dan sebagainya dalam konsep perbualan maya atau       chatting. Ianya turut menggantikan blogger kerana ianya lebih cepat dari sudut penyampaian maklumat.

Namun, dalam kebanyakan kemudahan yang terdapat pada laman ini, perlu kita sedari bahawa ianya turut mendatangkan beberapa kesan buruk seandainya tidak digunakan secara baik dan berhemah.

Antara perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan adalah:

1. Butiran peribadi pemilik akaun - Seharusnya kita tidak meletakkan butiran yang benar dalam laman sosial ini kerana ianya boleh menjadikan kita sebagai mangsa yang tidak diketahui, nauzubillah. Letakkanlah maklumat yang dirasakan perlu sahaja.
2. Gambar profil dan album - Gunakanlah gambar-gambar yang tidak mendatangkan fitnah kepada diri sendiri seperti gambar yang membuka aurat, sedang bergurau senda dan sebagainya, kerana ianya akan menarik perhatian orang untuk mendekati kita. Perlu diingat, sesiapa sahaja yang like gambar kaum Hawa yang terbuka auratnya, akan turut mendapat ‘saham’ di  akhirat kelak.
3. Laman chatting - Tidak salah untuk kita chatting dengan kenalan kita di laman ini, akan tetapi ianya perlu diingatkan bahawa janganlah kita chatting berkenaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan membuang masa, apatah lagi ianya akan    melalaikan kita daripada seda akan hakikat diri dan penciptaan manusia.
4. Posting - Ianya berkaitan dengan apa sahaja yang berada di wall kita atau bersumberkan dari kita. Perlu diingatkan bahawa segala posting kita ini terdedah kepada umum, ianya akan dibaca malah akan disharekan pada wall orang lain. Sebaik-baik posting adalah yang memberi manfaat kepada pembacanya.


Perlu ditekankan bahawa masih banyak perkara yang perlu kita waspada dalam laman ini. Bagi seorang yang mampu berfikir, gunakanlah laman ini dengan sebaiknya. Penciptanya orang Yahudi, tetapi laman ini boleh digunakan untuk memartabatkan Islam secara langsung menjalankan dakwah Islamiyah. Mudah kan berdakwah pada zaman ini.

Insya Allah, semoga perkongsian pada keluaran kali ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang membacanya.

Monday, April 14, 2008

TIPS : Anda Mampu Melakukannya

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Bertenang dan melapangkan fikiran.

Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

Tidur yang mencukupi..

Menjaga kesihatan diri.

Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan merangsang kecerdasan otak.

Meminta doa dan restu ibu bapa dan para pensyarah.

Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

Pastikan anda menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan