Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Konvensyen Al-Quran

Alhamdulillah, kami dipilih oleh Allah untuk mendapatkan sedikit ilmu dikala kesibukan insan lain. Kami bermohon padaMU Ya Allah agar diikhlaskan hati, diteguhkan diri dalam mencari keredhaanMU.

Bila kau memandang segalanya dari Allah,
Yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginan mu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu...

Pasti Dia akan damaikan hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya sia-sia...

Bukan Allah tidak tahu deritamu,
Tapi itulah yang Dia mahu kerana,
Dia tahu hatimu lunak dan mudah diikat supaya...

Konvensyen Al-Quran yang berlansung di Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) pada 11-12 April 2009 anjuran Persatuan Bahasa Arab UiTM Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (MUAFAKAT) dan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU). Penyertaan dari UTHM melibatkan 8 orang muslimin dan 21 orang muslimat yang terdiri dari aktivis-aktivis mahasiswa Kelab Iqra' dan MPP.

Konvensyen bermula dengan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama bertajuk "Al-Quran dan Sains" yang disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan. Kertas kerja kedua bertajuk "Asas-Asas Pembentukan Tamadun dalam Perspektif Al-Quran" yang disampaikan oleh Syeikh Uthman El-Muhammadi.

Pada petangnya dihangatkan lagi dengan sesi perbahasan. UTHM menghantar tiga wakil dalam sesi ini. Pembahas pertama mengemukakan perbahasannya yang bertajuk "Al-Quran dan Telefon, yang Mana Lebih Utama"

Pembahas kedua mengemukakan tajuk "Peranan Kelab Iqra' UTHM dalam Membina Generasi Al-Quran di UTHM".

Pembahas terakhir pula mengemukakan tajuk "Pembinaan Tamadun Islam (Zaman Rasulullah, Zaman Khalifah Umar, Zaman Khalifah Usman, Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyyah) dan Peranan Mahasiswa pada Masa Kini"

Program diteruskan dengan satu forum yang bertajuk "Cintaku pada Al-Quran" pada malamnya.

Pagi 12 April menyaksikan majlis penutupan Konvensyen Al-Quran dengan pertandingan tilawah Al-Quran. UTHM menghantar seorang wakil dalam pertandingan ini.

Oleh: ibnuahmad@fakir-insani

Monday, March 23, 2009

Menuju Redha Allah Jua Di akhirnya.


Batu Pahat, 23 Mac - Laungan memuji kebesaran Allah bergema sekitar tamatnya majlis penutup Program Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra 21 Mac yang lalu. Kini yang tinggal adalah gerak kerja menghantar semula barangan-barangan yang dipinjam dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berkenaan. Program yang berlangsung dengan perasmian bersama Konsert Azhan Atan yang telah mendapat sambutan kira-kira 400 orang dari pelbagai lapisan terus diharungi dengan pelbagai menah dan tribulasi. Bermula dengan gerak kerja promosi, pengedaran sekurang-kurangnya 300 poster dan hampir 3000 flyers kepada seluruh masyarakat kampus membangkitkan roh program 10 tahun Kelab Iqra itu sendiri .

Bertemakan "Smile with K.I" ,Kelab Iqra membuatkan warga UTHM khususnya Mahasiswa terlibat dengan program secara sukarela. Kehadiran kuliah fiqh Nisa' pada tengahari jumaat tidak kurang hebatnya.. Disusuli dengan Seminar Hub Halal pada malamnya. Selepas melihat kehadiran di setiap sub progam yang dijalankan, Pengarah Program 10 Tahun Kelab Iqra, Saudara Mohd Fakhairie bin Ibrahim berpendapat "Saya merasakan Kelab Iqra memegang amanah yang berat untuk membawa mahasiswa mengenal semula kehidupan sebagai seorang mahasiswa Islam. Perkara ini saya lihat apabila mahasiswa sebenarnya dahagakan suasana (biah) yang baik (solehah) di UTHM." Disokong pula oleh Presiden Kelab Iqra sendiri, Saudara Mohd Hadi bin Abdul Rahman sambil berkata " Saya mohon universiti agar menyediakan beberapa peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam program-progam yang membina rohani dan intelek Islam di masa akan datang".

Program 10 tahun Kelab Iqra diakhiri dengan suasana sederhana pada Kelas Pengajian Integriti Islam 21 Mac yang lalu. Majlis Tertinggi Kelab Iqra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya mahasiswa-mahasiswi Islam UTHM. Tidak lupa juga kepada semua pihak pentadbiran universiti yang memberi kerjasama di dalam program ini khasnya kepada Pusat Islam, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Bendahari, Pejabat Pengurausan Harta Bina dan lain-lain. Semoga jalinan ukhwah yang dibentuk dalam pelbagai situasi akan menjadikan universiti kita lebih dikenali-iqrakini


Monday, February 16, 2009

Kelab Iqra Vs Ma'ruf Club in Ukhwahfillah..

GOMBAK, 16 Feb- Perjalanan selama 6 jam menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mencoret satu sejarah buat Kelab Iqra apabila berjaya menjalinkan kerjasama antara Islamic Club disana atau lebih dikenali sebagai Ma'ruf Club. Delegasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang seramai 80 orang selamat tiba di perkarangan Masjid UIA pada pukul 5 pagi dengan disambut baik oleh wakil-wakil dari Ma'ruf Club(MC). Program dimulakan dengan qiamullail dan disusuli oleh pengisian dari wakil MC iaitu saudara Hafizzudin.
Program bersama Ma'ruf Club dianjurkan oleh Lujnah Sukan dan Kesenian Islam bermatlamatkan perkongsian pengalaman dan ilmu berkaitan dengan bagaimana sebuah badan pelajar Islam dapat memainkan peranannya di kampus. Pengarah program, Saudari Nurul Zahidah binti Abd Hamid
berharap "Semoga bermusafiran Kelab Iqra ke sini(UIA) akan membuahkan hasil yang memberikan satu impak perubahan Kelab Iqra' sendiri dalam menerajui kampus ke suasana lebih kondusif dari segi rohaniahnya".Melalui program ini secara tidak langsung memberikan pengenalan awal UTHM amnya dan Kelab Iqra' khususnya kepada Ma'ruf Club sendiri supaya mereka mengetahui bahawa UTHM juga mempunyai badan pelajar Islam yang tidak ketinggalan dalam membantu universiti merealisasikan misi universiti sendiri. Program berbentuk ukhwah menjadi tirai permulaan program pada hari tersebut apabila semua peserta dari KI UTHM terlibat dengan Open Day Ma'ruf Club yang dilangsungkan di Female Sport Centre. Pelbagai acara diatur dalam Open Day tersebut hinggalah modul-modul yang dijalankan membawa kepada situasi-situasi melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar sebagaimana menjadi tema Ma'ruf Club sendiri. Selain dari Open Day yang diadakan, Kelab Iqra' sendiri sempat bersama Ma'ruf Club dalam sesi perbincangan dan bertukar pengalaman pada sebelah petangnya. Menariknya sesi kedua ini ialah, semua delegasi yang terlibat menempuh satu pengalaman baru iaitu public speaking secara spontan. Public speaking diadakan berikutan kehadiran pelajar antarabangsa dalam delegasi Kelab Iqra' sendiri.
Program yang bermula seawal 5.00 pagi berakhir pada pukul 6.30 petang dengan sesi penukaran cenderahati dari kedua-dua pihak..
Tahniah di ucapkan kepada Kelab Iqra' dan Ma'ruf Club..
Ukhwah fillah abadan abada... - Iqrakini

Saturday, February 7, 2009

ARKIB- DISKUSI ILMU MPP UTHM & MPP Unimap


UTHM, 25 Jan – Di atas Jemputan MPPUTHM terhadap wakil-wakil kelab di UTHM untuk berdiskusi bersama MPPUnimap, Saff kepimpinan Iqra tidak melepaskan peluang tersebut untuk sama-sama berdiskusi yang di ketua oleh presidennya Saudara Hadi Abd Rahman, Timbalan Presiden 2, Saudari Ar Rauzah dan Setiausaha Agung Saudari Siti Roslinda


.Diskusi yang di adakan Di Dewan Jamuan 1 telah menghimpunkan beberapa wakil kelab dari UTHM dan 11 orang kepimpinan MPPUTHM yang di ketuai sendiri oleh YDP saudar Hanif. Di peringkat MPPunimap seramai 35 perwakilan dari barisan MPPdan wakil-wakil kelab mereka hadir .

Pelbagai perkongsian dan bertukar pengalaman di manfatkan dalam diskusi tersebut di samping bercerita tentang kemudahan yang wujud di kampus masing-masing seperti peningkatan mutu perkhidmatan bas, kedudukan bagi

penempatan kolej kediaman dan pelbagai isu perpaduan.

Diskusi turut di hangatkan dengan curahan idea dan perkongsiaan masalah bersama oleh presiden Iqra dalam melontar isu berkaitan gejala sosial di kampus berhubung masalah akidah yang seringkali dilupai oleh mahasiswa. Di samping itu, beliau menekankan tentang kepentingannya memelihara sahsiah diri di samping kerjasama tidak kira di kampus mana dalam menangani masalah berkaitan gejala sosial. Peranan Iqra’ yang semestinya menjadi satu suara yang perlu menimbulkan persoalan-persoalan berkaitan masalah-masalah sosial yang berlaku dikampus membuka kotak pemikiran mahasiswa dan mahasiswi sesuai dengan objektif penubuhannya .-iqrakini

Monday, February 2, 2009

Program Terbaru Kelab Iqra!!!



BERITA BAIK!!!

Kepada semua warga UTHM dan Sahabat Iqra, anda dijemput untuk bersama-sama menghadiri program terbaru Kelab Iqra sepeti di atas.
Usah berlengah lagi, uruskan jadual anda untuk kesana.. Segarkan minda anda di pagi hujung minggu ini..Masuk adalah percuma..
Ada Perasmian KP.2.i dan perjumpaan lajnah (biro) pada hari tersebut.. Jika anda masih baru dan pertama kali menyertai program Kelab Iqra, jangan risau, anda boleh menyertai mana-mana lajnah pada hari itu mengikut citarasa anda.

Pengangkutan?

Berikut senarai masa dan tempat untuk pengangkutan..(Pembetulan)
Pergi ke UTHM- 8.00 pagi
Pulang ke Kolej Kediaman - 12.15tghari(Insya-Allah)
*K.K Melewar = 1 Van
*K.K Perwira = 1 Van


Jadi, siapkan diri anda pada hari itu.. Kepada Sahabat Iqra yang mempunyai masalah kad ahli, anda hadir bersama dengan berpakaian untuk bergambar bagi dimasukkan ke dalam kad nanti(jika kad baru dikeluarkan) Jangan lupa hadir beramai-ramai - iqrakini

Sunday, February 1, 2009

Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Iqra 2009

BATU PAHAT , 11 Jan – Permulaan semester baru di manfaatkan sebaik mungkin oleh Kelab Iqra UTHM untuk mengukuhkan organisasi dan matlamat kelab dalam Mesyuarat Agong Tahunan kali ke -10 yang di langsungkan di Dewan Kuliah 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sahabat Iqra atau ahli yang berdaftar telah di jemput hadir sebagai perwakilan bersama-sama beberapa wakil dari kelab pelajar lain yang hadir sebagai pemerhati di dalam Mesyuarat Agong Tahunan kali ini.

Lebih menarik, perjalanan program pada hari tersesut adalah serentak dengan pelancaran majalah Iqra terbaru yang di beri nama Gen-Q dan di sempurnakan pelancarannya oleh Dr Hussein selaku Pengarah Pusat Islam universiti.

Seterusnya mensyuarat di teruskan dengan peralihan kuasa pimpinan baru dengan saudara Mohd Hadi Abd Rahman dilantik sebagai Presiden Kelab Iqrra sesi 2009 menggantikan Saudara Sar Mohd Imran Abd Rahman.

Kehadiran beberapa Majlis Tertinggi Malis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009 yang baru tertubuh menyerikan lagi majlis. Rombongan MPP yang terdiri daripada Saudara Mohd Hanif bin Adnan selaku Yang Dipertua MPP yang baru, Saudara Fadzil selaku bendahari Agong dan ahli MPP yang lain. Selain itu, tidak ketinggalan , kehadiran wakil kolej kediaman yang dijemput bagi memeriahkan mesyuarat pada hari tersebut.

Di harapkan kehadiran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kepimpinan Kolej Kediaman yang baru dapat membuka lembaran baru dalam bersama-sama mengembleng tenaga dalam menangani masalah yang di hadapi oleh Mahasiswa kini baik dari segi kebajikan mahupun sosial dan seterusnya menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan Kelab Iqra UTHM yang baru.

Majlis berakhir pada jam satu tengahari dengan hadirin dihidangkan dengan sedikit jamuan . Di harapkan dengan permulaan kepimpinan baru Kelab Iqra pada kali ini dapat memberi momentum dalam memacu perubahan mahasiswa yang mempunyai modal insan dari segi akademik mahupun rohani di universiti .-iqrakini


Sekilas Program Baktisiswa Ad-Hock Kelab Iqra di SMT Batu Pahat


BATU PAHAT,10 Jan - Selaras dengan hasrat pihak universiti dalam mempromosikan nama universiti di masyarakat luar, Kelab Iqra telah mengambil peluang mengadakan program baktisiswa bersama pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Program yang bermula seawal 7 pagi di sekolah tersebut telah disertai oleh hampir 47 fasilitator yang terdiri daripada kalangan 35 orang mahasiswa dan selebihnya adalah mahasiswi.

"Everywhere we go, people want to know, who we are and who we are” menjadi pembakar semangat dalam program Kem Bina Insan tersebut. Sejajar dengan objektif program untuk menghasilkan nilai insan mulia yang menuju ke kecemerlangan SPM, modul yang dibentuk dan dijalankan selama hampir 10 jam di sana telah mendapat perhatian pihak pengetua sekolah sendiri.

Alhamdulillah, respon yang diberikan cukup baik dan mengharapkan jalinan terus diadakan bagi program-program yang mendatang. Kehadiran semua pelajar-pelajar UTHM memberi rangsangan kepada semua peserta yang hadir. Di akhir program sesi pertukaran cenderamata diadakan diantara wakil kelab Saudara Mohd Hadi Abd Rahman pengarah program bersama dengan wakil pihak sekolah tersebut. Semoga nama universiti tersemat di hati para peserta untuk menjadi destinasi seterusnya buat mereka .-iqrakini

Tuesday, October 14, 2008

Program Liqa' Aidilfitri 2008 Kelab Iqra'


Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2008 yang lalu telah berlangsung program yang diberi nama Liqa' Aidilfitri. Program tersebut telah diadakan di Dewan Peperiksaan F2 (bawah) bermula jam 9 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shahrir B. Hj Abd Mutalib mewakili Pengarah Pusat Islam iaitu Dr Hussain B. Othman yan
g tidak dapat hadir kerana terpaksa menyelesaikan urusan di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah sambutan daripada Sahabat Iqra' amat menggalakkan walaupun ada dikalangan mereka yang terlibat dengan ujian 2. Tidak ketinggalan, pada malam itu majlis menerima kehadiran Pegawai dan Staf sokongan daripada Pusat Islam dan juga PTJ lain yang mana mereka berkesempatan untuk meluangkan masa menghadiri majlis tersebut. Disamping itu tidak dilupakan kunjungan daripada mantan mpp dan juga wakil-wakil kelab yang berjaya dihubu
ngi seperti Kelab Silat Cekak Hanafi, Kelab Kejuruteraan Mekanikal dan lain-lain yang mana dengan kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan bersahaja daripada dua kumpulan nasyid yang dijemput khas iaitu kumpulan Byhearty yang diketuai oleh Sdr Helmi (wakil K.KTDI) dan kumpulan Shoutul Dobi yang mana diketuai oleh Pok ding.

Seramai lebih kurang 10 orang orang sahabat Iqra' termasuk MT diberi kesempatan untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya dan seramai 6 orang yang bertuah telah menerima hamper yang mana cabutan telah dibuat oleh ustaz Shahrir sendiri.

Tahniah buat semua ajk pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini. Mudah-mudahan program yang dianjur ini mencapai matlamat yang telah digariskan disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan sesama Sahabat Iqra' dan juga kakitangan Universiti.
wallahu'alam.

p/s : lihat lagi gambar diruang koleksi gambar



Monday, October 6, 2008

Liqa' Aidilfitri Kelab Iqra' UTHM




Thursday, September 11, 2008

Program Ihya Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t...

.....Pengisian Sempena Kehadiran Bulan Ramadhan....

Tajuk : "Surat Cinta Mu"
Tarikh :13 September 2008
Masa : 9.30 Pagi
Lokasi : Masjid UTHM
Penceramah : Ust Mohd Shahrir Bin Abdul Mutalib & Ust Abd Aziz Bin Ahmad

Antara yang menarik : Purple Circle

TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA-MAHASISWI UTHM
HADIRLAH BERAMAI-RAMAI

Wednesday, August 6, 2008

Kelas Pengajian Iqra

Assalamualaikum w.b.t...
Berikut ialah maklumat berkaitan Kelas Pengajian Iqra yang terdekat

Tajuk : Ku Cari Damai Abadi Kemerdekaan Sejati
Tarikh : 9 Ogos 2008
Masa : 9.15 Pagi
Lokasi : Teater 2 ( Berhampiran Bilik Seminar )
Penceramah : Ust Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib
Antara yang menarik : Pengisian Jiwa : Modul 'Satu Pencarian" : Purple Circle

MASUK ADALAH PERCUMA
TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA-MAHASISWI UTHM
HADIRLAH BERAMAI-RAMAI

Monday, March 24, 2008

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PENGAJIAN IQRA'

PENGUMUMAN!

Kelab Iqra berbesar hati menjemput semua warga UTHM untuk menyertai perarakan Maulid Nabi pada 30 Mac ini. Di samping itu, anda juga dijemput menghadiri MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PENGAJIAN IQRA pada hari tersebut juga.Berikut ialah maklumat program yang akan diadakan pada 30 Mac 2008 ini. Insya-Allah.

Nama Program : Perarakan Maulid Nabi
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Sekitar UTHM ( Dataran Masjid )

Nama Program : Majlis Penangguhan Kelas Pengajian Iqra' sesi 2007/2008
Masa : Selepas Perarakan berakhir
Tempat : Dewan Kuliah C, G3

Ingat, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali. Sama-sama kita semarakkan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. Bagindalah idola kita sepanjang zaman.

Hadirlah untuk menyemaikan lagi benih cinta kita kepada baginda.
Majlis Penangguhan yang akan memberi anda seribu satu makna.
Nantikan ia.......

Friday, March 21, 2008

Minggu Aspirasi Sahsiah 2008





"Alhamdulillah"



Itulah ungkapan yang dapat kami ungkapkan ketika berakhirnya Minggu Aspirasi Sahsiah 2008 (eMAS '08) yang telah berlangsung 16 hingga 20 Mac 2008 baru-baru ini. Dengan berakhirnya Majlis Penutupan eMAS '08 pada pukul 11.15 malam 20 Mac 2008 maka berakhirlah satu lagi bebanan yang dipikul oleh Kelab Iqra pada semester ini. Ucapan terima ksih kepada Pengarah Program, Saudara Moh d Fadhli Dzulhilmi selaku Biro Kerohanian dan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar UTHM atas jemputan beliau memberi ruang kepada Kelab Iqra untuk mengadakan program bersama dalam eMAS '08 ini.


Ucapan terima kasih jua diucapkan kepada semua ahli Kelab Iqra yang telah memberi komitmen secara langsung atau tidak. Semoga apa yang kita usahakan mendapat kerehdaan Allah S.W.T. Keterlibatan anda semua amat kami hargai.


Insya-Allah, pihak editor akan memuatkan pengisian program eMAS '08 ini dalam kadar yang segera. Pihak editor memohon maaf kerana kekosongan bahan sejak seminggu yang lalu. Diharapkan para pengunjung blog ini akan terus setia bersama kami.


Wednesday, March 5, 2008

Menziarahi dua mahasiswi yang ditimpa kemalangan

Hadis ke-13 (Dipetik daripada Buku Hadis 40)

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ ))


رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)



Ucapan takziah kepada pelajar siswi ini dengan rakannya di atas kemalangan yang berlaku seminggu yang lepas. Semoga anda berdua di izinkan Allah untuk sembuh dengan cepat.



Wakil Kelab Iqra', saudara Muhaimin bersama-sama rakan sekelas pelajar siswi tersebut dan beberapa wakil MPP telah menziarahi dan bertanyakan khabar kepada salah seorang mangsa kemalangan tersebut.

Tuesday, March 4, 2008

Mesyuarat bersama Timbalan Naib Canselor (HEPA)

Gambar 1 : Yang Berbahagia Prof Amir Hashim menyampaikan amanat beliau



Ucapan setinggi terima kasih kepada
Y. Bhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd. Kassim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
kerana sudi bersama-sama kami dalam mesyuarat sepetang yang diadakan pada 4 Mac 2008 yang lalu.

Ucapan setinggi pengharagaan juga kepada pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar(HEP) dan Pusat Islam diatas kehadiran bersama ke mesyuarat yang diadakan.

Semoga pertemuan dirancang dan juga diaturkan Allah S.W.T ini akan menjadikan kita sama-sama membina mahasiswa-mahasiswi UTHM yang baik dari segi akhlak, sahsiah, mental dan fizikal mereka.

Terima sekali lagi...

Monday, February 25, 2008

Kursus Fasilitator Muslim (ISFAC ' 08)






Tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang menghadiri program ISFAC ' 08 baru baru ini di Melaka yang dianjurkan oleh Pusat Islam sendiri.


Semoga segala pengisian dan maklumat yang diperolehi dapat dikongsikan bersama oleh semua ahli Kelab Iqra'.


Tahniah.

Sunday, February 10, 2008

Kelas Pengajian Iqra - Sinopsis Mingguan

Tajuk : Rasulullah S.A.W Idola Sepanjang Zaman

Penceramah : Ustaz Zulhilmei bin Mohd Rohani

Tarikh : 24 Februari 2008

Tempat : Dewan Kuliah C Blok G3







Rasulullah contoh ikutan terbaik


KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.



Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan ini mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".



Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.



Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".



Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah adalah 'role model' bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah. Ini kerana umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad.


Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai contoh ikutan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang memuja maksiat dan bergelumang dengan najis dadah dan jenayah sebagai contoh ikutan mereka. Sedangkan semua itu bukan mengajak mereka kepada kebaikan tetapi mendorong mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.



Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah.
Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".
Jawapan itu dengan jelas menerangkan betapa Rasulullah telah menjadikan al-Quran itu sebagai sesuatu yang hidup yang dapat dilihat dan diikuti bukan saja oleh umat Islam bahkan oleh sekalian umat manusia. Oleh demikian, segala ajaran dan perintah Allah yang terdapat di dalam al-Quran dapat kita lihat secara praktikalnya sama ada menerusi hadis yang diriwayatkan oleh periwayat hadis yang muktabar ataupun melalui seerah Nabi Muhammad.
Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada di dalam diri Rasulullah.



Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah sebagai 'role model' adalah satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita umat Islam.


Sumber : Youth Muslim Online


ANDA DIJEMPUT HADIR KE KELAS PENGAJIAN IQRA PADA MASA,WAKTU DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN


SEMOGA DENGAN KEHADIRAN ANDA DAPAT MENAMBAHKAN SEMANGAT KECINTAAN ANDA KEPADA RASULULLAH S.A.W