Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Thursday, March 12, 2009

PRO DAN KONTRA PPSMI



Ada yang kate ppsmi tu tak bagus utk orng melayu ada yang kate ppsmi tu satu lonjakan kepada sistem pembelajaran di Malaysia tetapi sejauh mana anjakan itu dapat diselarikan dengan kualiti pembelajaran di negara kita?????
sama-sama kita fikirkan bersama-sama beberapa pandangan dari mereka yang terbabit.....

1)PIBG turut membantah ppsmi

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.

"Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.

"Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI.

"(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali.

Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu.

Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan".

"Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya.

Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya.


"Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya.

2) pengertian bahasa melayu sbg bahasa kebangsaan dalam perlembagaan

Prof. Abdul Aziz Bari, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan.

Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral.

Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1)(a) dan (b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-undang dan dasar tertentu yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan persoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan Perkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul kerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

3)pandangan dari blog institut peradaban melayu UPSI

Kini sudah tiba masanya kita (pejuang dan pencinta bahasa Melayu) bersatu bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama semua bidang ilmu dalam sistem pendidikan (dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti).

Inilah masanya perjuangan Gapena dan badan-badan bukan kerajaan lain yang membantah dasar PPSMI disokong seluruhnya.

Di samping semua usaha digerakkan untuk menentang penerusan dasar PPSMI, iaitu melalui luahan perasaan, bantahan, saluran perundangan serta penggunaan kuasa undi dalam pilihan raya, saya mencadangkan setiap insan Melayu yang prihatin dengan bangsa dan bahasanya; yang bimbang dengan bencana keruntuhan jati diri yang bakal ditimpakan ekoran dasar PPSMI; dan yang mengharapkan kehidupan sejahtera sebagai satu bangsa bermaruah, untuk bersolat hajat bersama-sama di seluruh negara pada satu waktu yang sama (misalnya pada setiap malam Jumaat awal bulan Hijrah) bagi memohon pertolongan Allah Subhanahu Wataala.

Setelah kita telah berusaha sekuat tenaga berjuang menolak dasar PPSMI tetapi pihak yang memegang kuasa masih berdegil dengan pendirian mereka atas alasan tertentu, solat hajat merupakan cara memohon bantuan Yang Esa.

Kepada yang belum terbayangkan bencana yang bakal menimpa bangsa Melayu akibat dasar PPSMI yang bakal mencacamerbakan bangsa dan generasi akan datang, hayatilah lagu “Ayam Den Lopeh”, sebuah lagu klasik masyarakat Minang yang terkenal sejak 1960-an di tanah asalnya di Sumatera dan di Malaysia.

Mesej dari lagu tersebut membawa maksud tiada guna menyesali apa yang telah berlaku apabila semuanya sudah terlewat! Menjelang tahun 2020, pastikah kita mencapai status negara maju melalui penguasaan bidang sains dan teknologi?

4) menteri pelajaran tanya kenapa baru sekarang baru buat laporan polis tentang isu ppsmi.

Kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains, kata Hishammuddin tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Peperiksaan kini masih dalam dwibahasa. Jadi tak ada sebabnya mereka boleh menyatakan dasar ini merupakan punca penurunan TIMSS yang sebelum ini naik dan membanggakan.”

Komen saya: Jika pembelajaran dalam kelas sudah tidak difahami murid, bagaimana mereka hendak menjawab soalan peperiksaan walaupun ia diberikan dalam dwibahasa. Ini kerana mereka tak faham konsep asas, maka mereka tidak mampu untuk mengaplikasikan ilmu pada situasi yang berbeza. Pembelajaran sains dan matematik bukan berasakan “hafalan” atau “rote learning” semata-mata tetapi memerlukan kesemua sintesis, aplikasi, ramalan dan lain-lain.



Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Ulangtahun Ke-10 Kelab Iqra'



Sunday, March 8, 2009

Rintih Hati ini Rindu Padamu Ya Rasulullah....




Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib, sudah tersurat
Begini hebat, apa nak buat....

Ya Rasul Ya habibballah.. Ya Syafi..

Di manakah kan ku cari ganti
Serupa dengan mu..

Tak sanggup ku berpisah,
dan berhati patah

Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati..

Selama kau pergi
Tinggal kami sendiri
tiada berteman, dalam sepi

Ya Rasulullah.. Ya HabibBAllah... Ya Syafi... Ya Rasulullah..

Dunia terang, menjadi gelita,
Cahaya indah, mengundang gerhana..

Keluhan hatiku, menambah derita

Rindukan dikau, jauh di mata

Di mana kan ku cari ganti...

Mungkinkah di syurga,
Untuk kita berjumpa,

di saat gembira.. selama-lama...



( Ya Rasulullah, hati kami merintih rindu pada mu.. Hari lahirmu tiba jua kini.. Tiada ucapan yang indah selain berselawat padamu.. Kami tahu, bukan sahaja, kami berselawat padamu, tetapi Allah dan para malaikat juga berselawat ke atasmu.. Kami rindu padamu Ya Rasul Allah... Kami ingin bertemu denganmu... Harapan kami yang sentiasa menitip di bibir, semoga kita berjumpa di syurga kelak ya Kekasih Allah.. Saksikanlah, kami umatmu ini masih rindukan mu Duhai Penyeri Alam Buana.. Kami baca sirahmu.. Kami kaji kehidupanmu.. Benar, engkaulah yang terbaik.. Akhlakmu, sifatmu, membuatkan hati kami menangis rindu padamu.. Semalam, terlihat bulan yang cukup indah.. Mungkin tika itu seluruh alam sedang berselawat pada mu.. Melihat bulan yang sama dengan engkau lihat tika 1400 tahun yang lepas, membuatkan hati kami terus menitiskan air mata apabila mengenangkan, bulann ini yang menjadi saksi pengorbananmu terhadap kami.. Engkau mengharungi segala rintangan demi untuk risalah dakwah yang dibawa.. Sebab itu kami rindu selama-lamanya untuk bertemu dengan insan yang agung di kalangan seluruh manusia.. kerana padamu, engkau gantungkan segala-gala beban umat ini.. Ya Allah Ya Jamie', padamu kami bermohon, engkau satukan hati umat Muhammad di akhir zaman ini, supaya kami terus bersama mengharungi ujian dalam meneruskan risalah dakwah RasulMu yang tercinta ini.. Ya Rasullullah, kami di sini masih meneruskan perjuangan dakwah mu, tapi.... kami masih tidak mampu tabah seperti mu Ya Rasullullah.. Kami terkesima pabila maki hamun diterima, tapi engkau Ya Rasullullah, bukan sahaj maki hamun, malah lebih dari itu... Dibaling batu dan najis... Dipulau dan di pinggirkan... Dibenci hingga diletakkan perut busuk unta ke atas engkau, dan bermacam-macam lagi yang kami tak sanggup untuk bayangkan... Tapi...Engkau masih mampu tersenyum menghadapi semua itu...kami ingat kisah itu... Tika di Thaif, Allah utuskan dua malaikat penjaga bukit untuk memusnahkan penduduk thaif di atas tindakan mereka menghina engkau dengan balingan batu yang cukup tajam dan ganas..Namun, sifatmu yang sayangkan umatmu.. Engkau berdoa pada Allah untuk tidak memusnahkan penduduk thaif kerana jika mereka dimusnahkan, mungkin Islam tidak lagi dapat ke situ... Mulia sungguh sifatmu.... Menangis hati ini berterusan bila rindu pada mu makin menebal tatkala meyusuri sirah mu.... Selawat padamu Ya Rasullullah.... Kami cinta pada mu wahai kekasih Allah.... )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

KERUNTUHAN SISTEM KEWANGAN KAPITALISME

Oleh: Mohd Fakhairie bin Ibrahim
Firman Allah:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-Baqarah,ayat 275)

Dunia hari ini sekali lagi memperlihatkan krisis kewangan yang menyebabkan hampir kesemua negara mengalami kesan.Berbagai langkah yang telah diambil untuk menangani permasalahan yang berpunca daripada penggunaan sistem kapitalisme yang mengamalkan sistem pasaran bebas ini.Sistem yang dipelopori oleh kuasa besar ekonomi dunia ini iaitu Amerika Syarikat sendiri pun terpaksa mengharungi pelbagai kesan buruk akibat daripada penggunaan sistem ini.

Keadaan ini menyebabkan semua pihak tercari-cari apakah jalan keluar yang terbaik bagi memastikan kewangan dunia tidak mengalami masalah yang seteruk ini lagi.Bagi dunia Islam pula penyelesaian itu sudah ada tetapi perlaksanaannya yang agak lambat ataupun “slow” menyebabkan mereka terpaksa mengambil bahagian didalam masalah krisis kewangan sistem kapitalisme ini.Kewangan Islam yang mana merupakan sistem alternatif terbaik bagi menggantikan sistem kapitalisme yang ternyata gagal perlu dibangunkan dan digunakan secara optimum untuk menjamin keadaaan ekonomi yang lebih baik.

Kewangan Islam yang menolak serta mengharamkan riba dalam pentadbiran kewangannya merupakan salah satu sistem yang berupaya untuk membantu.Jika dilihat pada zaman Rasulullah sendiri dimana sistem kewangan menggunakan mata wang dinar dan dirham berbentuk emas,perak dan gangsa.Dengan menggunakan mata wang seperti emas,perak dan gangsa yang nilainya sama diseluruh dunia dapat membantu dalam menghadapi krisis kewangan.Tiada lagi nilai mata wang yang berbeza diseluruh dunia seperti Dolar,Ringgit,Baht,Euro dan lain-lain lagi.Di Malaysia sendiri penggunaan sistem Dinar emas pernah dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan OIC.Namun entah dimana silapnya sehingga sistem itu tidak dilaksanakan dikalangan negara anggota OIC sendiri .

TINTA PIMPINAN - SIDANA 09

Presiden

Sedikit tinta saya buat tatapan masyarakat kampus mengenai SIDANA 09’ yang sudah sekian lama berlangsung, saya hanya membawa kesimpulan dimana pada keseluruhannya adalah positif kepada pembawaan nilai –nilai khusus kepada dakwah kampus. Pertamanya adalah nilai pimpinan dimana forum yang disampaikan, Ustaz Ramdhan ada menyebut bahawa mahasiswa perlu hebat dari segi 3 aspek.

1. Mahasiswa berkarektor – Akhlak, Peribadi dan Sahsiah
2. Mahasiswa Kompitent – Memiliki Ilmu Kepimpinan
3. Mahasiswa Komitment – Perlu Istiqamah
Seharusnya mahasiswa tidak membincangkan masalah-masalah furuq sebagai ahli gerakan. Pesan Al-faqir ini kepada pembaca. Masalah hati janganlah dibincangkan lagi. Yang penting adalah masalah besar ummah. Dalam konteks mahasiswa adalah sejauh mana kita menjelaskan ISLAM kepada masyarakat kampus.

I’m Going To Make Everyone Recognize My Existence


Timbalan Presiden 1
Seperti komentar presiden Iqra’. Kesedaran adalah penting bagi setiap pimpinan yang perlu berfikir kepada masalah ummah iaitu masyarakat kampus. Komentar saya mengenai ‘SEDAR’ adalah satu tajuk yang besar untuk dikupas. Kesimpulan daripada SIDANA 09 membuka hati peserta bahawa elemen ‘Kesedaran’ adalah sangat penting. Penggerak utama adalah pimpinan yang berani menyuarakan pendapat, memberi maklum balas, berani kehadapan, tidak takut dengan ancaman, dan bergerak dengan penuh startegi.

Tahniah buat presiden Iqra’ dan semua pimpinan Kelab Iqra’ khususnya dan ammnya kepada Kelab-kelab dan persatuan-persatuan di seluruh Universiti Malaysia atas usaha dakwah. Teruskan dengan istiqamah. Jangan kita berhenti. 

‘Mahasiswa perlu ada sifat “kegilaan” walaupun mahasiswa tidak gila’



Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan
Mahasiswa yang berdaya saing dalam memacu ekonomi hadir dari kalangan mahasiswa yang berkeyakinan dan berdikari, berpandangan jauh serta mempunyai ketahanan diri. Apa yang saya dapat melalui Program SIDANA 09, jelaslah bahawa mahasiswa adalah aset Negara yang tak ternilai harganya. Oleh itu hendaklah ada dalam diri setiap mahasiswa sikap ingin menjadi terbaik di kalangan yang terbaik, dengan itu mahasiswa mampu mencipta nama dalam bidang ekonomi di dalam dan luar negara disamping menjadi orang yang beriman dan bertakwa sesuai dengan acuan islam, Dan saya percaya, hanya mahasiswa yang sedar tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah yang akan berjaya dunia dan Akhirat. wallahualam...


Pengerusi Lajnah Penerbitan Informasi dan Multimedia
Pembentangan kertas kerja kedua telah disampaikan oleh Dato’ Nadzmi Salleh, Pengerusi Proton Holdings, yang telah dipengerusikan oleh Ahmad Syazwan, MPMUM, telah memberikan satu bicara korporat yang amat baik. Beliau yang juga merupakan ahli lembaga pengarah UTHM telah menekankan aspek penerapan Islam dalam organisasi dengan bersikap tegas dan tetap pendirian bahawa ISLAM adalah yang paling tinggi. Beliau juga membuka minda kita bahawa setiap masalah itu boleh ditukar menjadi peluang dengan menggunakan panduan daripada Al-Quran dan Sunnah dan juga akal yang dianugerahkan oleh Allah. 
Menjadi usahawan berjaya seperti beliau bukan satu perkara yang mudah beberapa kali diisytiharkan bankrup, dan pelbagai dugaan besar yang dihadapi. Namun, semuanya di atasi dengan kebergantungan kepada Allah yang sangat kuat. Subhanallah…bagi saya beliau bersikap humble dan tidak lokek untuk berkongsi idea-idea beliau, walaupun sememangnya kita tahu, orang korporat ni sangatlah sibuk…


Setiausaha Agong
Assalamualaikum,
 
Slot bertajuk 'ke arah kesatuan mahasiswa islam'. mengupas dilema yang terjadi dalam gerakan mahasiswa antaranya pergaduhan,tuduh menuduh,berebut kuasa dan lain-lain yang menyebabkan kurangnya kesatuan. di mana beliau turut mengupas tentang 3 golongan mahasiswa iaitu golongan yang sentiasa terlibat secara aktif,golongan lalang dan golongan yang langsung tiada sensitiviti dalam isu-isu sekeliling. beliau menyentuh banyak isu antaranya isu siswi yang terjebak dalam lembah zina. isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya jika mahasiswa islam dapat bersama-sama bersatu, menjadi golongan yang sentiasa aktif dan hilangkan dilema dalam gerakan yang wujud.                           -Iqrakini-