Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Tuesday, April 7, 2009

Bonda Pengerusi LPP Kelab Iqra kembali ke Rahmatullah.


P.Raja,7 Mac- Kepimpinam tertinggi Kelab Iqra mengucapkan takziah kepada Pengerusi Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan iaitu saudara Rizan Bin Ahmad ( lebih mesra dengan panggilan abang Rizan) yang telah kehilangan bonda tercinta pada malam 6 April ( Isnin) yang lepas.

"Abg Rizan merupakan seorang pimpinan kelab yang komited dengan tugasnya. Sejak di amanahkan memegang Lajnah penyelidikan dan Pembangunan, banyak pembaharuan dan idea yag telah beliau ketengahkan. Selain itu, beliau juga berjaya merancang penubuhan alumni kelab Iqra dan pelbagai lagi idea yang membantu dalam pembawakan dakwah di kampus. Kami doakan agar beliau tabah atas kehilangan bonda tercinta.

"kami juga terkilan kerana tidak dapat bersama beliau ketika mendapat ujian ini kerana kekangan masa dan tempat. Walaubagaimanapun kepimpinan kelab Iqra bersama seluruh ahli Sababat Iqra mendoakan agar Roh Allahyarhamah di cucuri Allah dan di tempatkan bersama orang-orang soleh" ujar salah seorang MT kelab Iqra yang di temui sebentar tadi.

Al-Fatihah

Sunday, April 5, 2009

Semoga cepat sembuh



BATU PAHAT, 3 MAC 2009- Beberapa kepimpinan Kelab Iqra’ telah menziarahi mantan Pengerusi lajnah Akademik dan Kebajikan iaitu saudara Zulkharnain bin Mustapha yang telah di masukkan ke Hospital Batu Pahat,Johor kerana di syaki mengalami masalah apendiks. Belaiu selamat menjalani pembedahan kecil untuk mengelakkan penyakit itu menjadi lebih mudarat.

Walau beliau telah tamat pengajian di UTHM, tetapi siri ziarah yang di jalankan itu merupakan simbol ikatan mahabbah tetap terbina antara kepimpinan baru dan lama kelab Iqra. Saudara Muhammad Zulkifli bin Che Lah selaku Pengerusi Bimbingan Akademik dan Kaunseling Kelab Iqra’yang baru berpendapat bahawa “siri ziarah ini menunjukkan bahawa ikatan ukhwah yang dibina antara ahli kelab Iqra sama ada yang lama dan yang baru dengan izin Allah telah bertahan sehingga hari ini. Ini juga adalah merupakan satu langkah dalam memperkukuh perhubungan antara semua ahli–ahli Kelab Iqra walaupun mereka tidak lagi berada didalam kampus”.
Kelab Iqra’ mendoakan agar saudara Zulkharnain bin Mustapha cepat sembuh dengan izin Allah dan dapat meneruskan bergerak dalam lapangan dakwah selepas ini.-iqrakini-

Saturday, April 4, 2009

ASSALAMUALAIKUM! KEPADA SAHABAT/SAHABIAH YANG DIKASIHI SEKALIAN...

MAKLUMAN:

PROGRAM KONVENSYEN AL-QURAN
ANJURAN PERSATUAN BAHASA ARAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM

DENGAN KERJASAMA JABATAN KEROHANIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN KELAB IQRA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR

TARIKH: 11 - 12 APRIL 2009
TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM




PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DPERINGKAT UNIVERSITI

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA DAN MAHASISWI UTHM
REBUTKAN PELUANG YANG ADA!

Friday, April 3, 2009

Ciri-ciri Kepimpinan Islam



"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari

berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.

Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :

1 - Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya', 'ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.

2 -Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.

3 - Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4 - Lemah lembut.

"Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya"

5- Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.


6- Bercakap benar dalam semua keadaan.

"cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar"

7 - Tawadu' dan merendah diri terhadap orang-orang mu'min.

"Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin" (As-Syura : 215)

"....merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir..."
(al-Maidah : 54)

8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

".....dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf"
(ali-Imran : 134)

9 - Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.

10 - Sabar yang tinggi

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali-Imran :200)

"Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar"
(al-Baqarah : 153)

11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati

12 - wara' dan Zuhud

13 -Bersifat adil dan Insaf

14- Menjaga agama dan batas-batasnya

15- Memelihara perpaduan

16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan

18 - Tetap diatas kebenaran

19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri

20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.

....dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.

Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita, kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.

Rujukan :'Amal Jama'i (pengertian dan tuntutannya) Ust Hj Yahya Othman

Sunday, March 29, 2009

Perarakan Maulidur Rasul peringkat universiti (UTHM)

UTHM, 28 Mac- Pusat Islam,Majlis Perwakilan Pelajar UTHM bersama badan-badan persatuan dan kelab pelajar telah menganjurkan perarakan MaulidurRasul peringkat universiti pada 27 Mac 2009, semalam. Perarakan yang disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan pelajar serta jawatankuasa kolej kediaman berjaya membawa mesej "Khairun Ummah" kepada warga UTHM yang melihat perarakan tersebut.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UTHM sehingga dianggarkan penyertaaan hampir 150 orang pada hari tersebut. Kelab Iqra bersama sahabat-sahabat Iqra tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan ini bagi menunjukkan perasaan cinta kepada Rasullullah S.A.W dengan mengambil iktibar kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W bersama para sahabat. Bertemakan warna kegemaran Rasulullah, Hijau, semangat kecintaaan terhadap insan yang digelar Rahmatan Lil 'alamin semakin membara. Disusuli pula dengan tanggungjawab Kelab Iqra di waktu perarakan untuk memimpin selawat di bahagian tengah dan ke belakang perbarisan menimbulkan suasana seperti penerimaan penduduk Madinah menyambut ketibaan Rasulullulah S.A.W. Perarakan bermula di lokasi E6 dan berarak menuju ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail melalui jalan utama bersebelahan padang golf dan padang ragbi. Program Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan sesi ceramah berkaitan Kehidupan Rasulullah dan disusuli pula dengan alunan qasidah dan burdah oleh pelajar-pelajar muda Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada semua warga UTHM yang terlibat.- iqrakini