Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Thursday, July 16, 2009

Gerai Jualan Kelab Iqra` Sempena Pesta Konvokesyen ke-8 UTHM.

UTHM, 6-10 Ogos 2009 – Lajnah Kewangan dan Keusahawanan (LKK) Kelab Iqra’ UTHM telah membuka gerai jualan bersempena dengan PESTA KONVOKESYEN KE-8 (CONVAIR) bertempat di tapak pesta konvokesyen. Gerai bernombor 25 ini di buka bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 malam. Antara barangn yang dijual adalah, produk-produk keluaran HPA, baju T-shirt muslimah untuk dewasa dan kanak-kanak, T-shirt lelaki berlogo UTHM dan bertulis “ I Love UTHM, key chains,pin kayu, Tafsir Al-Quran, dan aksesori muslimah seperti sarung lengan, kerongsang dan sarung kaki. Secara keseluruhannya, baju T-shirt yang pelbagai mendapat sambutan yang menggalakkan.


Alhamdulillah gerai jualan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua peringkat umur kerana menyediakan barangan untuk kanak-kanak dan juga golongn dewasa. Gerai jualan ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada sahabat Iqra’ terutamanya bagi lajnah Lajnah Kewangan dan Keusahawanan (LKK) kerana dapat mempelajari dan menimba pengalaman menguruskan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Di samping itu, barangan yang di jual seperti produk HPA dapat memperkenalkan produk halal kepada masyarakat kampus dan juga pengunjug yamg hadir. Keuntungan yang diperolehi juga agak memberangsagkan dan diharapkan usaha berterusan ke arah malahirkan mahasiswa/i yang berkemahiran bukan hanya dalam skop pembelajaran di bilik kuliah tetapi berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti bidang keusahawanan dapat diteruskan.


Monday, July 13, 2009

Serangan Pemikiran

Sejak beberapa tahun ini, dapat dilihat zionis serta konco-konconya begitu rakus melakukan serangan ketenteraan kepada negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin. Banyak nyawa umat yang tidak bersalah menjadi korban. Ramai isteri menjadi janda, ramai anak-anak menjadi yatim piatu. Mereka hidup dalam trauma dan ketakutan. Namun, disebalik serangan itu, terdapat satu lagi serangan bahaya yang dilakukan oleh zionis laknatullah kepada umat Islam sejak berkurun lamanya. >>Baca lagi

Sunday, July 12, 2009

Bengkel Pengurusan Akademik

UTHM, 12 Julai- Kelab Iqra' telah mengadakan Bengkel Pengurusan Akademik "Smart Manage and Get A's" bertujuan untuk membimbing para pelajar terutamanya pelajar baru dalam pengurusan akademik. Bengkel tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah A, Blok G3 dengan kehadiran peserta menjangkau kira-kira 200 orang. Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8.30 pagi dan perasmian kira-kira jam 9.00 pagi. Bengkel diteruskan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Dr. Yusri bin Yusuf, Penyelaras Alumni Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Program berhenti rehat seketika untuk jamuan pagi sebelum diteruskan dengan slot tayangan video ikon yang diacarakan oleh saudara Amir bin Yusof. Bengkel diteruskan dengan slot Jam Belajar Pelajar oleh saudara Mohd. Hadi bin Abd. Rahman, Presiden Kelab Iqra' yang tampil dengan gimik orang kurang upaya pada permulaan slot. Peserta ternyata 'tertipu' dengan gaya lakonannya yang seakan-akan benar. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan slot praktikal pengurusan akademik di mana para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dengan dibimbing oleh fasilitator dari Lujnah Bimbingan Akademik dan Kaunseling. Pada slot ini para peserta telah ditunjukkan cara-cara untuk membahagikan masa untuk belajar sesuatu subjek mengikut kredit. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta bertuah sebelum bersurai kira-kira jam 1.20 petang. Program ini pada keseluruhannya berjalan dengan amat baik dan rata-rata peserta yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran program dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.-iqra'kini-

Lagi gambar di blog Warna-warni Kelab Iqra'

Wednesday, July 8, 2009

Program Terbaru Kelab Iqra'



Saturday, June 27, 2009

SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU UTHM 2009/2010



SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU UTHM 2009/2010
.
Ahlan Wa Sahlan, Marhaban bikum… .Haiya Lakum LiTa'alim Kelab Iqra’ UTHM..=)



Ucapan Aluan Presiden Iqra' UTHM.

Salam Perjuangan Mahasiswa. Tahniah saya ucapkan kepada mahasiswa baru UTHM ambilan sesi 2009/2010 yang akan berdaftar pada 28 Jun 2009. Kelab Iqra’ dengan berbesar hati menerima kedatangan mahasiswa baru ke UTHM, Insya-Allah barisan pimpinan Kelab Iqra’ serta ahli Kelab Iqra’ sedia menghulurkan bantuan kepada semua mahasiswa yang akan berdaftar pada 28 Jun ini.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..

“Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan.” (H.R. Muslim)

Mudah-mudah ukhuwah dapat dibentuk dengan rahmat dari Allah SWT. Ini terbukti daripada sabda Rasulullah S.A.W

“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (H.R Abu Daud dari Barra’).


"KEBAJIKAN ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI"

Jazakallah hukhoiran kasiro… Allahurabbuna


Sebarang Masalah Boleh Menghubungi Wakil Pimpinan Kelab Berikut :

Mohd Hadi (Presiden) : 013-7138913

Syafiq Rahman (SUK) : 013-7598061

Arrauzah (Timbalan Presiden) : 013-7976108

Siti Roslinda (SUA) : 013-7018683