Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Monday, January 31, 2011

ISU MAHASISWA DI MESIR


KAHERAH 5 Jan - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd. Hazime meminta kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir untuk tidak terlibat dengan sebarang rusuhan yang diadakan di Mesir.

Beliau menegaskan perkara tersebut ekoran kejadian ledakan bom yang berlaku di hadapan gereja di Sidi Birsh, Iskandariah Mesir baru-baru ini.

Katanya, Pihak Keselamatan Mesir menghubungi beliau dan meminta seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia untuk tidak melibatkan diri sekiranya berlaku rusuhan oleh warga tempatan.

"Ketika berhubung dengan Pihak Keselamatan Mesir, saya diminta untuk memberi sebarang laporan kejadian yang melibatkan keselamatan mahasiswa-mahasiswi Malaysia. Oleh itu, sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, terus maklumkan perkara tersebut pada presiden" ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.

Selain itu tambahnya lagi, Pihak Keselamatan Mesir juga menyuruh agar mahasiswa-mahasiswi Malaysia lebih berati-hati ketika keluar daripada rumah dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti paspot, kad matrik universiti atau kad ahli PMRAM.

Beliau menegaskan, sikap culas segelintir mahasiswa-mahasiswi Malaysia untuk membawa dokumen tersebut akan menyusahkan beberapa pihak sekiranya berlaku penangkapan oleh Pihak Keselamatan Mesir.

Menurutnya, kejadian yang mengorbankan 21 nyawa tersebut merupakan suatu yang menyedihkan. PMRAM mengharapkan agar insiden yang berlaku ini bukanlah suatu perancangan yang bertujuan untuk memperlagakan antara 2 agama.

Friday, January 28, 2011

GONG XI FA CAI..

Kepimpinan Kelab IQRA' UTHM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina "Gong Xi Fa Cai" kepada semua masyarakat Cina di UTHM.
Berhati-hati di jalan raya..Jadikan Tahun Baru Cina ini untuk kita bersatu

Saturday, January 22, 2011

Pelancaran Buletin Kelab Iqra' kali pertama

 





Pelancaran buletin Kelab Iqra' UTHM telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Iqra' UTHM sesi 2011, saudara Mohd Zulkifli bin Che Lah bersempena dengan AGM KI kali ke-12.

Keluaran kali ini memaparkan beberapa bioadata Pengerusi Kelab Iqra' UTHM sesi 2011, visi dan misi HELWANI KI UTHM, isu semasa yang berkaitan dengan Palestin, komik yang bertemakan pengajaran dan juga kata-kata mutiara sebagai renungan para pembaca.Semoga para pembaca terhibur dengan keluaran kali ini. 

Sebarang komen bolehlah diajukan kepada alamat berikut:ki12tahun@yahoo.com atau facebook Kelab Iqra' UTHM



Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM sesi 2011


Pengerusi:
Mohd Zulkifli bin Che Lah

Timbalan Pengerusi 1:
Wan Amanina binti Wan Arifin

Timbalan Pengerusi 2:
Abdul Hadi bin Harun

Setiausaha Agung:
Siti Radziah binti Liwan

Setiausaha Kerja:
Sahrul Khair bin Osman

Bendahari:
Ahmad bin Mohd

Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan (LTK):
Amerul Ashraf bin Jamaludin

Timbalan Pengerusi Tarbiyah dan Kepimpinan:
Athirah binti Aminudin

Pengerusi Lajnah Bimbingan Akademik dan Kauseling (LBAK):
Darwis bin Labaronko

Timbalan Pengerusi Lajnah Bimbingan Akademik dan Kaunseling:
Nurul Hazimah binti Lanus

Pengerusi Lajnah Sukan dan Kesenian Islam (LSKI):
Muhammad Arizatul Firdaus

Timbalan Pengerusi Lajnah Sukan dan Kesenian Islam:
Nurrul Rahmah binti Mohd Yusoff

Pengerusi Lajnah Penyelidikan, Pembangunan dan Perpaduan (LPPP):
Muhammad Syafiq bin Ismail

Timbalan Pengerusi Lajnah Penyelidikan, Pembangunan dan Perpaduan:
Nur Asyila binti Zol

Pengerusi Lajnah Kewangan dan Keusahawanan (LKK):
Muhammad Rosmizi bin Ramli

Timbalan Pengerusi Lajnah Kewangan dan Keusahawanan:
Siti Nur Jamilah binti Mohd Shahdy

Pengerusi Lajnah Penerbitan, Informasi dan Multimedia (LPIM):
Muhammad Rosdi bin Kamarulzaman

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerbitan, Informasi dan Multimedia:
Nurul Liyana binti Zanal Ali

Laporan Terkini AGM kali ke-12

BATU PAHAT, UTHM-Alhamdulillah..segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' (AGM) kali ke-12 telah selamat dan selesai diadakan. AGM kali ke-12 kali ini telah diadakan di Dewan Kuliah 2 UTHM bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.

AGM kali ini telah dirasmikan oleh penasihat Kelab Iqra' UTHM, Ustaz Mohd Shahrir bin Hj Abd Mutalib. Selepas perasmian, AGM diteruskan dengan sesi Mesyuarat Agung Tahunan yang telah dipengerusikan oleh pengerusi tetap iaitu saudara Amir bin Yusuf. 

Pada sesi mesyuarat, slot pertama adalah ucapan dasar Pengerusi Kelab Iqra' UTHM sesi 2010 saudara Mohd Faridz bin Ismail yang menyentuh mengenai beberapa yang menjadi topik hangat sepanjang kepimpinan beliau dan juga pesanan kepada bakal kepimpinan Kelab Iqra' UTHM yang akan datang.

Mesyuarat disusuli dengan slot pembentangan laporan aktiviti Kelab Iqra' UTHM oleh saudara Mohd Fakhairie bin Ibrahim. Pada sesi 2010, Kelab Iqra' UTHM telah mengadakan 13 program pada sepanjang sesi. 4 program telah diadakan pada sesi pertama tahun 2010 dan 9 program telah diadakan pada sesi kedua 2010.Seterusnya, mesyuarat diikuti pula dengan slot pembentangan laporan kewangan Kelab Iqra' sepanjang sesi 2010. Pada sesi 2010, sebanyak RM9877.50 telah digunakan untuk program Kelab Iqra' yang meliputi peruntukan daripada Hal Ehwal Pelajar dan juga sumbangan daripada beberapa pihak.

Antara isu yang hangat disentuh sepanjang mesyuarat berlangsung adalah mengenai status penukaran nama Kelab Iqra' UTHM kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTHM (PMIUTHM). Isu ini telah dijawab oleh saudara Pengerusi Kelab Iqra' sendiri dan disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Lajnah Penyelidikan, Pembangunan dan Perpaduan (LPPP) Kelab Iqra' yang telah dibentangkan hasil kajiannya oleh saudara Ameerul Asri. 

Menyentuh isu status penukaran ini, Pengerusi Kelab Iqra' sesi 2010 telah mengamanahkan perlaksanaannya kepada bakal saff kepimpinan yang baru untuk melaksanakan dan meneruskan agenda Kelab Iqra'. Hasil kajian yang telah dibentangkan oleh LPPP telah memberi ruang kepada saff kepimpinan yang baru untuk menukar nama Kelab Iqra' kepada PMI. Hasil kajian mendapati majoriti responden yang terlibat mahu nama Kelab Iqra' ditukar kepada PMIUTHM.

AGM kali ke-12 telah disempurnakan dengan penyerahan cenderahati kepada wakil kelab dan wakil kampus lain yang telah hadir bagi memeriahkan AGM Kelab Iqra' pada kali ini. AGM ditutup dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr pada jam 1.57 petang.