Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada
22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan
Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat
mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi
meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah tersebut bersetuju
memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh
Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang
bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Valentine
day atau hari kekasih berasal
daripada nama seorang pendeta Nasrani. Hari Valentine yang selalu disambut pada
14 Februari adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian
yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.
Berikut adalah keterangan daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai
sambutan Hari Kekasih :
1 - Kita hanya boleh
merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil
Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan
masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" (
Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah
terhad kepada dua perayaan ini sahaja.Bagaimanapun, jika sesuatu majlis,
keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada
kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan
harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat
dan syirik.
Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun
penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai
hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf
dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah
disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini ternyata ia berasal dari
cerita dongeng, karut dan syirik berkaitan dewa dan sebagainya. Selain
dari asal-usul, cara dan kaedah implementasinya juga mesti dilihat, jika secara
adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas
dasar tersebut pula.
2 - Tidak harus pula meniru
orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn
Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan
Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama)
selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3 - Islam tidak mengiktiraf
hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi
waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan
hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu
sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan,
namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling
membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai
hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim
meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga
hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata
seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang
sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran
(amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.
4 - Sambutan hari Valentine
hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat,
mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun
seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada
kekasihnya..
5 - Islam juga melarang umatnya dari terlibat,
duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah
dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي
الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزأُ
بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ
إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ
فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah
telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar
ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta
mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya
(kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan
semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" (
An-Nisa : 140 )
"Jadi adakah pergi shopping
sempena 'sale' hari Valentine juga salah?”
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK
DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine
seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6 - Hukum memberikan hadiah
sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram
berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah
kamu bantu membantu dalam perkara dosa
dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari
kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas
arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan
Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga
menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak,
mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram
juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh
menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli
khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur
kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam
menurut pendapat yang terkuat.
7 - Para ulama juga
menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih
bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia
adalah sebuah hari biasa sahaja.
Rujukan :
1 - Portal Rasmi Fatwa Malaysia
2 - Zaharuddin.net
3 - Dr.
Abdul Basit Abdul Rahman
http://www.youtube.com/watch?v=S-MtWGi3ag4&feature=youtu.be