Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Monday, February 22, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan

Semua warga UTHM dijemput hadir. Pengangkutan disediakan dari Melewar, Perwira, Taman Kelisa dan Taman Universiti pada pukul 7.30 pa...

Sunday, February 21, 2010

Kumpulan Nasyid Iltizam

Anda mempunyai bakat dalam bidang nasyid? Pernah menyertai pertandingan nasyid? Pernah mengendalikan percussion? Ingin menyertai nasyid tetapi tidak tahu ke mana hendak dituju? Adakah anda berminat untuk menyertai kumpulan nasyid Iltizam di bawah kelolaan Kelab Iqra'?Jika berminat sila berhubung dengan Saudara Ameerul (0134578252) atau datang ke perjumpaan kumpulan nasyid Iltizam bertempat di Surau Taman Melewar pada hari Isnin, 22 Februari 2010...

Friday, February 19, 2010

Kisah Sedih dari Andalusia

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. Baca artikel selanjutnya...

Sunday, February 7, 2010

Kelab Iqra' Terima Kunjungan Pelajar Politeknik Johor bahru

UTHM, 6 Februari- Kelab Iqra' UTHM telah menerima kunjungan daripada Kelab Rakan Muda Masjid  (KRMM) Politeknik Johor Bahru dalam program Lawatan Sosial Kepimpinan, Akademik dan Pengurusan (LANdSKAP) yang berlangsung pada 5 dan 6 Februari yang lalu. Lawatan yang diadakan bertujuan menjalinkan hubungan ukhwah antara kedua-dua kelab di samping berkongsi maklumat mengenai pengurusan dan kepimpinan antara satu sama lain. Delegasi KRMM yang diketuai...

Tuesday, February 2, 2010

Mengantuk? Minumlah Air!

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer. Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana...