Sunday, July 18, 2010

IRAN CIPTA ROBOT PERTAMA MIRIP PERLAKUAN MANUSIA

Mungkin ramai dikalangan kita mengenali apa itu “ASIMO”.Robot ciptaan pertama syarikat HONDA yang mana kelakuannya mirip seperti seorang manusia.

Namun mungkin apabila artikel ini menyebut mengenai “Surena-2” ramai pihak akan mengeluarkan soalan  “Apa itu Surena-2?”.


Surena-2 adalah robot ciptaan saintis Iran yang mana kelakuannya mirip seperti seorang manusia. Surena-2, nama yang diambil dari pahlawan Parsi kuno, ini dirasmikan oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada konvensyen yang diadakan di Iran baru-baru ini.

Robot berbentuk manusia ini  mempunyai ketinggian 1.45 meter dengan berat keseluruhannya mencapai 45 kilogram.Saintis Iran mengambil masa hampir 10,000 jam untuk mencipta dan membina robot ini.

Robot ini mampu berjalan perlahan-lahan seperti seorang manusia dengan pergerakan lengan dan kaki sebagaimana kelakuan seorang manusia. Robot tersebut dirancang dan dikembangkan untuk digunakan dalam pekerjaan-pekerjaan sensitif dan sulit bagi seseorang atau sebagai robot bantuan.

Umum mengetahui bahawa negara dunia barat telah melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Iran diatas tindakannya membangunkan kuasa nuklearnya

Namun begitu sekatan ekonomi ini telah menjadikan Iran lebih berdikari tanpa perlu bergantung kepada sumber ekonomi luar dan bergerak dengan lebih maju kehadapan didalam bidang teknologi.