Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Wednesday, March 26, 2014

Barisan Majlis Tertinggi Kelab Iqra' UTHM Sesi 2014/15

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

Berikut merupakan Barisan Majlis Tertinggi Kelab Iqra' UTHM Sesi 2014/15

Presiden
Abdul Majid Bin Abd Aziz

Timbalan Presiden 1
Muhammad Ameerun Nabeel Bin Ismail

Timbalan Presiden 2/Pengerusi Helwani
Nurhidayah Binti Nurdin

Setiausaha Agung
Balqis Binti Mohtar

Setiausaha Kerja
Mohd Ashraf Bin Mohd

Bendahari Kehormat/Bendahari Helwani
Nurul Nadiah Binti Ab Latiff

Timbalan Pengerusi Helwani
Atikah Binti Hassan

Setiausaha Agung Helwani
Fhaizzatul Fharhana Binti Muhamad Zin

Lajnah Tarbiah & Kepimpinan(LTK)
Pengerusi : Muhammad Aliff Bin Rosli
Timbalan Pengerusi : Nur Aisyah Binti Kasim

Lajnah Sukan & Kesenian Islam(LSKI)
Pengerusi : Anuarul Syamil Bin Mohammed Saufee
Timbalan Pengerusi : Amirah Binti Mat Jamal

Lajnah Bimbingan Akademik & Kaunseling(LBAK)
Pengerusi : Muhammad Zakwan Nafis Bin Md Zain
Timbalan Pengerusi : Nurul Hanis Binti Mohamad Sobri

Lajnah Kewangan & Keusahawanan(LKK)
Pengerusi : Ahmad Luqman Bin Mohd Sufian
Timbalan Pengerusi : Hanisah Binti Hasan

Lajnah Penyelidikan, Pembangunan & Perpaduan(LPPP)
Pengerusi : Muhammad Nur Amir Bin Rohim
Timbalan Pengerusi : Puteri Sharrema Binti Mat Saad

Lajnah Penerbitan, Informasi & Multimedia(LPIM)
Pengerusi : Zahirul Amir Bin Zainordi
Timbalan Pengerusi : Nadiatulfarhanah Binti Abdul Hadi

"Membina Generasi Al-Quran"

Kelab Iqra' UTHM 
Sesi 2014/15


Thursday, March 6, 2014

INTEAM '14 | AGM '15




Alhamdulillah, syukur pada-NYA kerana dengan keizinan daripada Allah Kelab Iqra’ UTHM telah berjaya menganjurkan program terakhir bagi sesi 2013/2014 iaitu kem Interaksi Teman Antara Mahasiswa (INTEAM).

Untuk makluman semua, program ini diadakan dengan matlmat untuk  membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai  fahaman yang  teguh dan kukuh mengenai Islam. Berlangsungnya INTEAM pada 27 Mac 2014 bersamaan 26 Rabiul Awal 1435H mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu seramai 76 orang peserta daripada muslimin dan muslimat. Program selama 3 hari 2 malam ini bertempat di Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor.


Program ‘Islamic camp’ ini merupakan program anjuran Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan yang diketuai oleh saudara Mohammad Khushairi Bin Abdul Malek dan dibantu oleh saudari Nor Ain Balqhis Binti Mohamad Razif. Antara kebaikan menyertai program ini adalah menambah ilmu fardhu ain, menbina kempipinan diri dan kemahiran serta memperteguhkan sahsiah mahasiswa/i.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada yang menjayakan program secara langsung ataupun tidak. Kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang berlangsungnya program.





Insya Allah pada tanggal 8 Mac 2014, Kelab Iqra’ UTHM akan mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) untuk kali ke-15. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk  melantik barisan kepimpinan baru Kelab Iqra’ UTHM bagi tahun 2014/2015. Selain itu, program ini adalah medium untuk memaklumkan berkenaan perkembangan semasa Kelab Iqra’ sepanjang sesi 2013/2014.

Justeru itu, semua masyarakat kampus terutamanya Sahabat Iqra’ dijemput hadir bagi memberikan pandangan dan buah fikiran untuk diperbaiki pada masa akan datang. Kedatangan anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.      

Wallahualam.

Friday, February 21, 2014

MENCARI ILMU







Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.
(Hadis)

Begitulah yang Allah janjikan kepada hambanya yang menuntut ilmu.Terbahaginya ilmu kepada dua tuntutan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Misalannya ilmu Tauhid, ilmu Feqah, ilmu Al-Quran dan Hadis merupakan golongan ilmu fardhu ain manakala  ilmu Astronomi, ilmu Kejuruteraan, ilmu Perubatan merupakan golongan ilmu fardhu kifayah.

Oleh itu, bagaimankah yang dikatakan dengan ilmu yang membawa ke syurga itu ? Adakah semata - mata ilmu dunia ataupun semata - mata ilmu akhirat ?  Menurut huraian Ibnu Atho’illah , ilmu yang berguna itu ialah mengenal zat Allah dan sifat serta asma (nama) dan perbuatan Allah. Juga mengerti bagaimana mengabdi diri kepada Allah serta beradab kepadaNya.

Nabi Daud as. berkata : Ilmu di dalam dada bagaikan lampu rumah. Imam Malik bin Anas ra. berkata : bukan yang bernama ilmu itu kepandaian atau banyak menyampaikan, tetapi ilmu itu hanya nur yang diturunkan Allah dalam hati manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri.

Al-Junaid berkata : ilmu itu ialah mengenal Tuhanmu dan tidak melampaui kedudukan dirimu (menyedari kehambaan diri).

Ibnu Atho’illah juga menghuraikan bahawa sebaik - baik ilmu adalah yang disertai rasa takut pada Allah dan menumbuhkan amal. Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (para ulama’).
(al-Faatir: 28)

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT.

Abu Hurairah sering mengamalkan doa  yang merupakan doa daripada Rasulullah untuk mendapat ilmu bermanfaat :
اَللَّهُمَّ يَنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِمْنِي مَا يَنْفَعْنِي وَزِدْنِي عِلْمَا

Ya Allah manfaatkan apa yang aku belajar dan ajarkan apa yang bermanfaat dan tambahkanlah ilmu

Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Rujukan :
1 - Terjemahan Al- Hikam

2 - Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
      http://www.youtube.com/watch?v=05oihGDf2yA

3 - Laman Yayasan Sofa
        www.yayasansofa.com/

Thursday, February 6, 2014

HARAMNYA MENYAMBUT VALENTINE DAY


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah tersebut bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Valentine day atau hari kekasih berasal daripada nama seorang pendeta Nasrani. Hari Valentine yang selalu disambut pada 14 Februari adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.

Berikut adalah keterangan daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai sambutan Hari Kekasih :

1 -  Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha.  Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik.

Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berkaitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asal-usul, cara dan kaedah implementasinya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2 -  Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3 -  Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).


Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.

4 -  Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.. 

5 -  Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا 

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

     "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?”
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya. 

6 -  Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram 
       berdasarkan  kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara  dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh  atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk           dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)


Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
  
7 -  Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.


 Rujukan :

1 -  Portal Rasmi Fatwa Malaysia

2 -  Zaharuddin.net

3 - Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
http://www.youtube.com/watch?v=S-MtWGi3ag4&feature=youtu.be


Thursday, January 30, 2014

MAHASISWA DAN ISU SEMASA - GST



Negara kita kini begitu hangat dengan isu  Good and Service Tax (GST). Isu ini sering diwartakan di televisyen malah dijadikan slot perbincangan. Namun  dalam ‘kehangatan’ ini, adakah kita sebagai  mahasiswa berilmu tahu atau sedar terhadap isu ini ? Berikut adalah maklumat ringkas mengenai GST.

GST diperkenalkan oleh Maurice Laure di Perancis pada tahun 1954 dan merupakan cukai penggunaan berasaskan konsep nilai yang ditambah (VAT) .  GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di setiap pengeluaran dan pengedaran peringkat dalam rantaian bekalan termasuk pengimportan barangan dan perkhidmatan, sama ada melibatkan pertukaran wang ataupun tidak. Walau bagaimanapun, GST akan dibayar hanya pada tahap akhir penggunaan.

GST adalah kaedah kutipan cukai yang cekap dan sukar berlaku penyelewengan berbanding kaedah kutipan cukai Income Tax yang menggunakan tenaga manusia untuk mengira pendapatan seseorang. Jika GST dilaksanakan, ia akan menggantikan  cukai yang sedia ada iaitu Sales and Service Tax (SST).  Semasa membentang  bajet kerajaan 2014, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengumumkan cukai GST sebanyak enam peratus pada permulaan April 1, 2015.

Bagaimana GST berfungsi?  GST yang dikenakan dan dipungut ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai yang dihasilkan di negara ini termasuk import. Hanya perniagaan yang berdaftar di bawah GST boleh mengenakan bayaran dan mengumpul GST. GST dikutip pada output mesti diremitkan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, perniagaan dibenarkan untuk menuntut kredit cukai input melalui mekanisme yang berikut dan kaedah: -

i. GST dikutip pada output (cukai output) ditolak daripada GST yang dibayar ke atas input (cukai input).
ii. Jika terdapat berlebihan, amaun itu hendaklah dibayar kepada pihak kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
iii. Jika ada defisit, perniagaan boleh menuntut pembayaran balik daripada kerajaan.

Hampir kesemua negara  dunia mengenakan GST kecuali  41 negara anggota seperti  Myanmar,Brunei, Saudi Arabia, Yaman dan termasuklah Malaysia.  Australia dan Singapura merupakan antara negara yang berjaya menguruskan GST manakala Greece adalah negara yang gagal dalam pengurusan GST.  Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Antara yang akan dikecualikan adalah barang makanan asas seperti beras, gula dan garam. Kedua, bekalan air paip dan 200 unit elektrik  domestik  yang pertama. Ketiga, perkhidmatan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan kewangan. Keempat,  jual beli dan sewaan rumah kediaman.

Apakah perbezaan GST dan  SST ?
SST
GST

Cukai hanya dikenakan di peringkat kilang sekali sahaja.

Pada setiap peringkat, GST dikenakan & peniaga boleh mendapat kredit GST

Hanya barang dan perkhidmatan tertentu yang disenaraikan

Semua dikenakan GST kecualilah termasuk dalam senarai pengecualian

Wallahua’lam.

Rujukan :
1 - ­­ Official Website Good and Service Tax (GST) Royal  Malaysian Customs Department
      http://gst.customs.gov.my

2 -  Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

3 -  Chartered  Tax  Institute of  Malaysia

4 -   Astro Awani.com

5 -   Malaysia Institute of Accountant
         http://www.mia.org.my/at/at/2009/06/07.pdf

6 -   Wikipedia

        http://en.wikipedia.org/wiki/Goods_and_Services_Tax_(Malaysia)

Friday, January 24, 2014

Rasulullah Masih di Hati


Maulid Nabi yang bertarikh 12 Rabiul Awal 1435H telah berlalu seminggu, namun adakah di dalam hati kita masih tertanam rasa cinta pada si kekasih Allah S.W.T ataupun terkubur seusai majlis Maulid Nabi menutuptirai? Bersama kita muhasabah semula dan banyakkan usaha kita untuk dekat dengan Rasulullah.

Nabi Muhammad S.A.W berasal dari golongan bangsawan arab Quraisy yang dihormati dan disegani. Nabi kita ini dilahirkan pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal . Tahun ini dikenali sebagai tahun gajah. Pada tahun itu raja Yaman bernama Abrahah al-Ashram dengan tentera bergajah telah menyerang  kota Madinah untuk meruntuhkan Ka’bah. Kisah ini telah Allah S.W.T nyatakan  dalam Surah al-Fil.

Pengutusan kekasih Allah S.W.T ini sebagai nabi setelah baginda berusia 40 tahun. Baginda sering menagsingkan diri di Gua Hira’ untuk beribadat dan menenangkan fikiran. Pada suatu malam di gua tersebut, tibalah malaikat Jibril A.S  membawa wahyu kepada nabi. Perihal ini terdapat dalam Surah al-Alaq; ayat 1-5.


Kejayaan pada permulaan baginda berdakwah adalah dengan pengislaman sepuluh orang yang berdekatan dengan baginda. Siapakah mereka?

1- Siti Khadijah binti Khuwailid
2- Ali bin Abi Talib
3- Abu Bakar as-Siddiq
4- Uthman bin Affan
5- Zubair bin Awwam
6- Abdurrahman bin Auf
7- Saad bin Abi waqas
8- Talhah bin Ubaidillah
9- Abu Ubaidah al-Jarrah
10- al-Arqam bin Abu al-Arqam

Tetapi apabila Allah S.W.T memerintahkan bagida supaya berdakwah secara terang - terangan, pelbagai dugaan yang baginda hadapi. Antara dugaan yang paling berat dihadapi oleh baginda; menurut Ibnu Hisham : “Suatu hari baginda keluar daripada rumahnya, baginda tidak bertemu dengan sesiapa melainkan mereka menipu serta menganggunya; samada ia seorang yang merdeka ataupun hamba.Setelah itu Rasulullah S.A.W pulang ke rumahnya lalu meneyelimuti dirinya lantaran terlalu sedih atas kejadian yang dialaminya”. Walaupun begitu, baginda tetap teguh dan sabar dalam menyampaikan Islam kepada mad’unya sehingga tersebarnya Islam ke seluruh dunia pada hari ini.

Justeru,kita perlu bersungguh - sungguh dalam menzahirkan cinta kita pada Rasulullah S.A.W. Jom amal bersama !. 8 cara untuk mencintai nabi :

1- Kenal Nabi
  •   Pelajari sirah Nabi
2- Berselawat ke atas Nabi
3- Mengikut sunnah dan cara hidupnya
4- Membuat amalan yang disukai Nabi
  •          menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
  •          memberi makan orang yang susah
  •          membantu orang kesempitan
  •          menyampaikan hajat muslimin
  •          menasihati orang yang lupa
5- Menghindari perkara yang Nabi benci
  •  syirik
  •  menentang sunnahnya
  • berbohong di atas namanya
6- Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain
7- Mendampingi penggantinya
  •          mendampingi alim ulama
  •          mendampingi para Daie (para pendakwah)
8- Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya
  
Wallahu'alam.


Rujukan :

1 - Buku; Pendidikan Islam Tingkatan 1.
2 - Buku; Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham
3 - Blog; http://www.ustazamin.com/2010/02/bicara-ilmu-13-bagaimana-mencintai-nabi.html

Friday, June 7, 2013

Pelan Induk Kampus UTHM dan Lokasi Ruang Kuliah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di sini kami sertakan Pelan Induk Kampus UTHM serta Panduan dan Lokasi Ruang Kuliah khusus kepada mahasiswa-mahasiswi baru UTHM sesi 2013/2014. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

'Membina Generasi Al-Quran'

Lajnah Bimbingan Akademik dan Kaunseling(LBAK)
Kelab Iqra' UTHM 2013/14

[Pelan Induk Kampus UTHM]
(klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

[Senarai Ruang Kuliah dan Lokasi Versi Gambar]
(klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

[Senarai Ruang Kuliah dan Lokasi Versi PDF]

Thursday, June 6, 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2012/2013

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Seperti yang kita semua sedia maklum, peperiksaan akhir semester II bagi sesi 2012/2013 untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda akan mula berlangsung pada tarikh 10 Jun ini. Oleh itu, saff pimpinan Kelab Iqra' UTHM ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UTHM.

Watsilah bin Al-Atsqa' RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang menuntut ilmu lalu berhasil maka baginya dua habuan pahala. Sesiapa yang menuntut ilmu tetapi tidak berhasil maka baginya satu habuan pahala."

(Riwayat At-Thabrani)


Selamat Maju Jaya!

Kelab Iqra' UTHM
Sesi 2013/2014


Monday, March 11, 2013

BELAJAR TAK HENTI - HENTI


[ Pengembaraan mencari ilmu diteruskan! ]



Tatkala subuh menyinsing, hari merubah tentatif kehidupan seharian. Kenapa? Ini adalah kerana berlalunya masa bersenang – lenang. Semester baru dah tiba! seronoknya! Hah, betulkah seronok?, tepuk dada tanya hati anda.

Perjalanan mencari ilmu tidak pernah kenal erti penat lelah.Sebab itu, anda semua masih berani menghadapi sesi pengajian semester ke-2 , semata – mata mencari ilmu Allah yang amat luas.






“Katakanlah (Muhammad): kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah – kalimah Tuhanku,sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.
[Surah al-Kahfi : 109]








“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya,nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimah – kalimah Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,lagi Maha Bijaksana”

[Surah Luqman : 27] 



Kedua – dua ayat diatas menyatakan ilmu Allah itu begitu luas sehingga tidak cukup lautan yang terbentang di bumi ini menjadi tinta kepada ilmu-NYA.Masya Allah sungguh Allah itu Maha berkuasa atas sesuatu.Tetapi malanglah bagi sesiapa yang hanya belajar mengikut bidang kerjayanya sahaja.Tidakkah ilmu Allah itu tiada nilai bandingnya? Berwaspadalah kerana Allah akan mengangkat ilmu dengan mengangkat para ulama’.

As-Syahid Syed Qutb, seorang sasterawan terkenal  Mesir  pernah mengatakan bahawa kitab Allah adalah sumber pengetahuan, pendidikan, pengarahan dan pembinaan satu-satunya bagi generasi manusia yang unik; sebuah generasi yang tidak terulang dalam sejarah kemanusiaan sama ada sebelum mahupun sesudahnya.Ini bermaksud segala ilmu yang kita miliki ini semuanya milik Allah dan bersumberkan al-Quran, tidak kiralah ilmu ukhrawi  mahupun ilmu duniawi.

Apabila al-Quran adalah sumber bagi segala ilmu , maka al-Quran merupakan imam manakala ilmu adalah makmum.Ianya bermaksud segala ilmu itu bukan berasal dari teori , analogi atau pemikiran manusia tetapi semua itu datangnya dari al-Quran al-Karim , kerana hakikat – hakikat al-Quran adalah pasti dan mutlak sedangkan penilitian manusia bukan mutlak dan boleh disangkal.






“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan.”

[surah al-alaq : 1]

Merujuk kepada ayat di atas, ia menerangkan bahawa membaca itu adalah sangat dituntut dan penting dalam agama. Membaca adalah satu bentuk mencari ilmu, di mana Allah memerintahkan hambaNya untuk mencari ilmu dengan turunnya wahyu pertama ini kepada Rasulullah S.A.W. .Rasulullah adalah seorang yang ‘ammi’ iaitu tidak tahu membaca dan menulis, tetapi disuruh juga oleh malaikat Jibril supaya nabi membaca.Di sini kita dapat lihat membaca denga kata lain mencari ilmu sangat-sangat penting dalam Islam.



Menurut ulama’ , matlamat menuntut ilmu ialah untuk mengenal  Allah dan mengabdikan diri kepada-NYA.Firman Allah :





“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada- Ku. “

[az-zariyat : 56]

Selain itu,Muaz bin Jabal r.a seorang sahabat yang dilantik oleh nabi sebagai gabenor kerajaan Islam Madinah berwasiat :

“Seseorang yang tuntut ilmu kerana Allah akan menumbuhkan rasa gerun (khasyiah) terhadap kekuasaan-NYa”.

Perkataan khasyiah itu bermaksud gerun terhadap Allah , dengan kata lain mencari ilmu dapat membantu untuk mengenal , mengabdikan dan mencari redha Ilahi.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila mati seseorang manusia,terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah , ILMU YANG BERMANFAAT serta anak soleh yang selalu mendoakan”.

Ab’d al-A’la al-Taimi berkata:
“Sesiapa yang dianugerahkan ilmu dan ilmunya tidak membuatnya menangis kepada Allah, bererti dia memperoleh ilmu yang bermanfaat” .

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu bermanfaat?Menurut ulama’ ilmu bermanfaat :
  •          Dapat membawa kenal dan beriman kepada Allah
  •          Dapat menyuluh kelemahan diri
  •          Dapat menambat cinta kepada hari Akhirat
  •          Dapat menambah amal ibadah
  •          Dapat menjauhkan diri dari kemungkaran

Okay ,dalam ‘mood’ belajar baru ni ,  sudahkah kita merancang strategi bagi menempuh perjalanan yang mencabar ini ataupun merancang untuk main redah sahaja? Cuba berfikir sejenak, adakah Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki konstantinopel pada usia yang muda disebabkan oleh pasukan tentera yang hebat atau pertolongan dari Allah sahaja? Kejayaan tidak datang bergolek, dengan perancangan yang rapi barulah amal kita akan berjaya in syaa Allah. Di sini ada beberapa tips yang boleh diaplikasikan dalam sistem pembelajaran anda.

     
       Jana mood belajar anda! (Ahmad Badrul Sani Baharudin)
     
          
 1. Selalulah senyum
      Dengan senyum , dapat menghilangkan stress dan
      membina emosi gembira. Anda akan mudah belajar
      bila anda gembira.
      
      
  2. Bersyukur
       Kerana Allah beri kita menatap bahan ilmiah
       yang bermanfaat daripada didorong melakukan
       perkara lalai.


  3. Bermain dalam belajar
        Apakah? Bermain di sini bukan bermaksud main
        seronok – seronok , tetapi bermain dengan apa yang
        kita ‘study’. Seperti berlumba untuk mencari jawapan
        bagi satu masalah. 



‘Activate’ Pengurusan Masa (Ustazah Norhafizah Musa)

1. Tidur tidak terlalu lewat dan tidak lebih dari 7 jam.
2. Memanfaatkan masa sebelum fajar dengan Qiamullail.
3. Tidak melepasi waktu fajar dengan perkara yang sia-sia.
4. Peruntukkan sedikit masa untuk Qailullah.
5. Masa untuk bersilaturrahim dan beraktiviti.
6. Penuhi kewajipan fardhu dengan langkah ke rumah Allah.

Tip super dalam belajar sepanjang hidup

1. Rajin bertanya
2. Beri tumpuan ketika pensyarah mengajar
3. Catat nota yang penting

 Berkata Imam al-Shatibi: “Jangan sekali-kali kamu mendengar sesuatu ilmu melainkan engkau mencatatnya kerana suatu hari nanti engkau pasti memerlukannya”.

4. Berbaik dengan guru
5. Amal ilmu
6.Hafal al-Quran
7.Berdoa kepada Allah

Juga ingin dikongsikan di sini tentang pembahagian ilmu ; ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang wajib bagi setiap muslim tetapi wajib sekadar untuk diamal oleh dirinya sendiri , tidak perlu sehingga mampu diajar secara huraian yang mendalam kepada orang lain. Jika dia mampu mengajar ilmu fardhu ain maka hukumnya adalah harus. Ianya kerana Allah tidak mewajibkan untuk semua manusia untuk menjadi alim-ulama’. Fardhu ain jika dilakukan mendapat pahala, berdosa apabila ditinggalkan. Contoh : ilmu taharah (bersuci).

Manakala ilmu fardhu kifayah merupakan perkara yang wajib dilaksanakan oleh sekelompok Islam bagi menjaga kepentingan umat Islam. Sekiranya dilakukan oleh seseorang dalam suatu kawasan maka yang lain terlepas daripada melaksanakannya. Tetapi jika tiada seorang yang mempelajarinya maka semua akan mendapat dosa. Contoh : ilmu kejuruteraan.
  
Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
“Hai anakku,hendaklah kamu sentiasa bersama majlis orang alim. Duduklah rapat hingga bersentuh dua lututmu dengannya. Kerana Allah boleh hidupkan hati yang mati dengan nur hikmah yang terbit dari mulut orang alim.

Semoga kita semua istiqamah dan sukses dalam sesi pengajian semester 2 ini!




Kelab Iqra'
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Membina Generasi Al-Quran