Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Friday, February 19, 2010

Kisah Sedih dari Andalusia

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. 
Baca artikel selanjutnya di ruangan Artikel

Sunday, February 7, 2010

Kelab Iqra' Terima Kunjungan Pelajar Politeknik Johor bahru

UTHM, 6 Februari- Kelab Iqra' UTHM telah menerima kunjungan daripada Kelab Rakan Muda Masjid  (KRMM) Politeknik Johor Bahru dalam program Lawatan Sosial Kepimpinan, Akademik dan Pengurusan (LANdSKAP) yang berlangsung pada 5 dan 6 Februari yang lalu. Lawatan yang diadakan bertujuan menjalinkan hubungan ukhwah antara kedua-dua kelab di samping berkongsi maklumat mengenai pengurusan dan kepimpinan antara satu sama lain. Delegasi KRMM yang diketuai oleh pengerusinya iaitu saudara Muhammad Farizan bin Tumiran tiba di UTHM pada 5 Februari kira-kira pukul 10 malam dengan disambut oleh ahli jawatankuasa sambutan yang terdiri daripada ahli Kelab Iqra' dan Jawatankuasa Teman Pusat Islam (JTPI). Mereka dibawa ke Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail untuk program sambutan dan sesi ice breaking bersama-sama Sahabat Iqra' dan ahli JTPI. Program disambung pada keesokan harinya dengan program Hari Keluarga yang diadakan di sekitar kampus induk UTHM. Pada petangnya pula diadakan sesi diskusi kepimpinan kedua-dua kelab dan program berakhir kira-kira pukul 6 petang. Pengarah programnya, saudara Mohd Farizal bin Abdul Rahman ketika diminta mengulas menyifatkan lawatan ini berjaya mengeratkan ukhwah antara kedua-dua kelab yang berbeza kampus dan keadaan tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu menyebarkan dakwah Islamiah kepada warga kampus.-Iqra'Kini

Gambar sekitar lawatan tersebut boleh dilihat di ruangan Gambar.

Tuesday, February 2, 2010

Mengantuk? Minumlah Air!

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Baca lagi di ruangan Artikel

Tuesday, January 26, 2010

Pengumuman

Atas sebab-sebab tertentu Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' UTHM terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan. Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang masih berminat untuk mengemukakan usul untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan kelak, sila hantarkan ke email gpboyz88@yahoo.com

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultan Johor

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam tadi pada usia 77 tahun selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang tadi, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.


- Kelab Iqra' UTHM merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, selaku Canselor UTHM, serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Semoga Tuanku tabah menghadapi segala ujian yang menimpa.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas baginda.

-Al Fatihah-