UTHM, 28 Mac- Pusat Islam,Majlis Perwakilan Pelajar UTHM bersama badan-badan persatuan dan kelab pelajar telah menganjurkan perarakan MaulidurRasul peringkat universiti pada 27 Mac 2009, semalam. Perarakan yang disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan pelajar serta jawatankuasa kolej kediaman berjaya membawa mesej "Khairun Ummah" kepada warga UTHM yang melihat perarakan tersebut. Majlis bermula seawal 8.30 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UTHM sehingga dianggarkan penyertaaan hampir 150 orang pada hari tersebut. Kelab Iqra bersama sahabat-sahabat Iqra tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan ini bagi menunjukkan perasaan cinta kepada Rasullullah S.A.W dengan mengambil iktibar kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W bersama para sahabat. Bertemakan warna kegemaran Rasulullah, Hijau, semangat kecintaaan terhadap insan yang digelar Rahmatan Lil 'alamin semakin membara. Disusuli pula dengan tanggungjawab Kelab Iqra di waktu perarakan untuk memimpin selawat di bahagian tengah dan ke belakang perbarisan menimbulkan suasana seperti penerimaan penduduk Madinah menyambut ketibaan Rasulullulah S.A.W. Perarakan bermula di lokasi E6 dan berarak menuju ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail melalui jalan utama bersebelahan padang golf dan padang ragbi. Program Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan sesi ceramah berkaitan Kehidupan Rasulullah dan disusuli pula dengan alunan qasidah dan burdah oleh pelajar-pelajar muda Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada semua warga UTHM yang terlibat.- iqrakini
Batu pahat, 26 Mac- Barisan Kepimpinan Kelab Iqra bersama beberapa mahasiswa UTHM telah mengadakan sesi ziarah mangsa kemalangan jalanraya baru-baru ini. Saudara Fadzli Dzul Hilmi Bin Mohd Fauzi atau dikenali sebagai 'pali' merupakan aktivis kelab Iqra yang telah menghadapi musibah apabila terlibat dalam kemalangan pada tengah hari Jumaat baru-baru ini. Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir dan juga mantan MPPUTHM 0708 telah mengalami kecederaan ringan di bahagian bibir dan mulut akibat hentakan ketika perlanggaran berlaku.
Sebelum itu, kunjungan peringkat MPPUTHM 0809 oleh saudara Mohd Fadzil telah membuktikan kprihatinan beliau mewakili MPP atas kebajikan mahasiswa.Selang beberapa jam, ahli sahabat dari Kelab Iqra’ turut hadir dalam ziarah tersebut. Beliau telah ditahan di wad pesakit luar setelah mendapat rawatan kecemasan termasuk X-ray Scanlation oleh pihak Hospital Batu Pahat. Kelab Iqra mengucapkan takziah kepada beliau dan ahli keluarga di atas peristiwa yang berlaku. Marilah sama-sama kita doakan supaya beliau tabah dan cepat sembuh. -iqrakini
AllahSWT berfirman dalam Al-Quran;
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Surah Al-Baqarah:120)
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.( Surah Yunus:64)
Batu Pahat, 23 Mac - Laungan memuji kebesaran Allah bergema sekitar tamatnya majlis penutup Program Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra 21 Mac yang lalu. Kini yang tinggal adalah gerak kerja menghantar semula barangan-barangan yang dipinjam dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berkenaan. Program yang berlangsung dengan perasmian bersama Konsert Azhan Atan yang telah mendapat sambutan kira-kira 400 orang dari pelbagai lapisan terus diharungi dengan pelbagai menah dan tribulasi. Bermula dengan gerak kerja promosi, pengedaran sekurang-kurangnya 300 poster dan hampir 3000 flyers kepada seluruh masyarakat kampus membangkitkan roh program 10 tahun Kelab Iqra itu sendiri .
Bertemakan "Smile with K.I" ,Kelab Iqra membuatkan warga UTHM khususnya Mahasiswa terlibat dengan program secara sukarela. Kehadiran kuliah fiqh Nisa' pada tengahari jumaat tidak kurang hebatnya.. Disusuli dengan Seminar Hub Halal pada malamnya. Selepas melihat kehadiran di setiap sub progam yang dijalankan, Pengarah Program 10 Tahun Kelab Iqra, Saudara Mohd Fakhairie bin Ibrahim berpendapat "Saya merasakan Kelab Iqra memegang amanah yang berat untuk membawa mahasiswa mengenal semula kehidupan sebagai seorang mahasiswa Islam. Perkara ini saya lihat apabila mahasiswa sebenarnya dahagakan suasana (biah) yang baik (solehah) di UTHM." Disokong pula oleh Presiden Kelab Iqra sendiri, Saudara Mohd Hadi bin Abdul Rahman sambil berkata " Saya mohon universiti agar menyediakan beberapa peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam program-progam yang membina rohani dan intelek Islam di masa akan datang".
Program 10 tahun Kelab Iqra diakhiri dengan suasana sederhana pada Kelas Pengajian Integriti Islam 21 Mac yang lalu. Majlis Tertinggi Kelab Iqra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya mahasiswa-mahasiswi Islam UTHM. Tidak lupa juga kepada semua pihak pentadbiran universiti yang memberi kerjasama di dalam program ini khasnya kepada Pusat Islam, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Bendahari, Pejabat Pengurausan Harta Bina dan lain-lain. Semoga jalinan ukhwah yang dibentuk dalam pelbagai situasi akan menjadikan universiti kita lebih dikenali-iqrakini
Sabtu, 21 Mac 2009- Setelah 3 hari berlangsung, program Sambutan 10 Tahun Kelab Iqra' telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Sepanjang sambutan ini berlangsung, sebanyak 4 program telah dijalankan dengan Perasmian dan Konsert Azhan Atan sebagai muqadimah sambutan kemudian disusuli dengan Kuliah Fiqh Nisa' serta Seminar Hub Halal pada hari berikutnya kemudian ditutup dengan Kuliah Pembangunan Integriti Islam (KP2i) dan Majlis penutup pada hari terakhir di samping booth pameran yang berlangsung sepanjang temasya ini dijalankan. Secara keseluruhannya sambutan Ulangtahun Ke-10 Kelab Iqra' berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UTHM. Pengarah program Sambutan Ulangtahun Ke-10 Kelab Iqra', Sdr. Mohd Fakhairie bin Ibrahim berkata, temasya ini diadakan untuk menyedarkan masyarakat kampus akan kewujudan Kelab Iqra' yang telah bertapak lebih sedekad di samping mempromosikan dakwah melalui pelbagai medium. Kelab Iqra' mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.-iqra'kini- >>lagi gambar di blog Warna-warni Kelab Iqra'