"Banyak perkara buruk boleh berlaku seandainya kerajaan meneruskan hasrat untuk meng'halal'kan kegiatan judi bola sepak ini. Sepertimana yang kita tahu rakyat negara ini amat gemarkan bola sepak dan kejohanan Piala Dunia sehingga sanggup 'berqiamullail' depan televisyen semata-mata ingin melihat aksi pasukan pilihan merebut bola dan sudah banyak wang dibazirkan melalui pertaruhan haram walaupun dijalankan secara tersembunyi," katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan membatalkan pemberian lesen judi sepak.
Dalam pada itu beliau tidak bersetuju dengan cadangan GMJ yang berhasrat meneruskan perhimpunan mereka pada 3 Julai ini dengan menukarnya kepada sambutan kemenangan. "Adalah lebih baik jika mereka menolong kerajaan menyedarkan rakyat akan keburukan kegiatan judi daripada meraikan kemenangan perjuangan mereka. Duit yang digunakan untuk menyambut kemenangan itu boleh digunakan untuk membuat kempen anti judi," ulasnya lagi. Sabtu lalu kerajaan mengumumkan untuk menarik balik pemberian lesen judi bola sepak setelah mengambil kira pandangan umum dan pertimbangan agama.-Iqra'kini