
Selamat Hari Seniman di ucapkan kepada seniman-seniman yang ternama atau tidak ternama.Tidak dapat dinafikan mengenai kehebatan-kehebatan seniman-seniman negara kita sehingga ada yang tidak dapat dilupakan kehebatan mereka walau telah berjumpa Pencipta Yang Maha Esa di dunia yang lain.Pelbagai filem yang dilakonkan para seniman kita menjadi “BOX OFFICE” apabila ditayangkan sama ada di televisyen atau pawagam seluruh Malaysia.
Namun apa yang menjadi persoalan utama di sini ialah kualiti filem atau jalan cerita yang ditayangkan.Kekurangan filem-filem berkualiti dinegara kita merupakan persoalan yang harus dibincangkan oleh para seniman.Media massa hari ini lebih banyak menyiarkan cerita-cerita berbentuk tahyul termasuk cerita-cerita hantu ,sihir dan macam-macam lagi.Selepas habis satu cerita tahyul bersambung lagi cerita tahyul yang lain.
Cerita-cerita begini menyebabkan ramai anak-anak kecil yang baru hendak meningkat remaja hanya mampu mendengar dan lantas menghafal nama-nama hantu dan jenis-jenis sihir yang ditayangkan di dalam jalan cerita tersebut.Sedangkan manusia global sibuk mengejar dunia maju kita pula yang tertinggal ke belakang.

Pujian harus diberikan kepada pengeluar filem Indonesia yang mana lebih menitikberatkan pengajaran,unsur-unsur agama Islam ,kualiti dan kesan filem tersebut terhadap pembangunan minda masyarakat mereka.Antara beberapa filem yang saya boleh nyatakan disini ialah Laskar Pelangi, Ayat-Ayat Cinta ,Ketika Cinta Bertasbih dan banyak lagi yang tidak nyatakan disini.
Para seniman kita seolah-olah kehilangan idealisme dan identiti mengenai apa yang mereka perlu bawa didalam filem mereka.

Ini kerana Media adalah kuasa “ajaib” pada zaman ini.-Iqra' kini