Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Sunday, June 27, 2010

Adakan Kempen Anti Judi- Pengerusi LPPP

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan pemberian lesen judi bola sepak merupakan satu keputusan yang melegakan ramai pihak setelah cadangan pemberian lesen judi itu mendapat bantahan ramai diketuai oleh Gerakan Rakyat Anti Judi (GMJ) yang merancang untuk mengadakan perhimpunan aman pada 3 Julai ini. Menurut Pengerusi Lujnah Pembangunan, Penyelidikan dan Perpaduan (LPPP),Muhammad Ameerul Asri Rosli, keputusan kerajaan ini telah mengelakkan bencana yang lebih besar.

Saturday, June 26, 2010

KERAJAAN BATAL LESEN JUDI!!!

“Kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik," kata Datuk Seri Najib Razak.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini".

Tuesday, June 22, 2010

AHLAN WASAHLAN

Sunday, June 20, 2010

LAGU PIALA DUNIA 2010: WAVING FLAG



Lagu "waving flag" dinyanyikan oleh K'naan (nama asal Keinan Abdi Warsame) telah menjadi fenomena ekoran musim Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Keinan dilahirkan di Somalia pada tahun 1978, dan membesar di Mogadishu .Keinan dikenali juga sebagai penyair di Somalia, malah datuknya Haji Mohamed, adalah penulis tersohor di Somalia. Ketika berusia 13 tahun, Keinan berhijrah mengikut ibunya ke New York di mana beliau mulai mencambah minat terhadap muzik. Setelah berpindah ke Toronto, Kanada, Keinan mempelajari bahasa Inggeris dengan mendengar lagu-lagu hip hop daripada penyanyi seperti Nas dan Rakim.


Lagu asal Waving Flag adalah mengenai masyarakat yang tertindas, the oppressed. Tentu, ia adalah semangat Islam yang sebenar. Itulah keadaan masyarakat Islam pada hari ini “tertindas” oleh penindasan.Sirah Nabawiyyah telah melakarkan bahawa kehadiran Rasulullah S.A.W adalah sebagai penyelamat manusia yang tertindas . Manusia itulah yang menempa nama memperjuangkan hak-hak wanita dari ditanam hidup-hidup ,manusia itulah yang mengangkat taraf  hamba .Kerana golongan tertindaslah kebanyakan pemerintah berada dalam kebimbangan. Bimbangkan  api semangat tertindas akan dihidupkan dan sukar untuk dipadamkan. Palestin yang ditindas walaupun benar perjuangannya,Republik Islam Iran yang ditindas walau benar perjuangannya.

Wednesday, June 16, 2010

HARI SENIMAN : DIMANAKAH KUALITI FILEM SENIMAN KITA?


Selamat Hari Seniman di ucapkan kepada  seniman-seniman yang ternama atau tidak ternama.Tidak dapat  dinafikan mengenai kehebatan-kehebatan seniman-seniman negara kita sehingga ada yang tidak dapat dilupakan kehebatan mereka walau telah berjumpa Pencipta Yang Maha Esa di dunia yang lain.Pelbagai filem yang dilakonkan para seniman kita menjadi “BOX OFFICE” apabila ditayangkan sama ada di televisyen atau pawagam seluruh Malaysia.


Namun apa yang menjadi persoalan utama di sini ialah kualiti filem atau jalan cerita yang ditayangkan.Kekurangan filem-filem berkualiti dinegara kita merupakan persoalan yang harus dibincangkan oleh para seniman.Media massa hari ini lebih banyak menyiarkan cerita-cerita berbentuk tahyul termasuk cerita-cerita hantu ,sihir dan macam-macam lagi.Selepas habis satu cerita tahyul bersambung lagi cerita tahyul yang lain.