Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Sunday, August 30, 2009


Assalamualaikum wbt

Kepada semua warga kampus UTHM, anda dijemput memeriahkan atau mengambil bahagian dalam GEMERSIK 1430H tahun ini.. Penyertaan anda tidak berbayar malah anda akan dihadiahkan 'bayaran' yang lumayan dari Dia Yang Kaya..


Oleh itu mari rakan-rakan,
AYUH! Kita meriahkan Ramadhan kali ini dengan aktiviti-aktiviti mencari sinar kebahagiaan..
Caranya mudah, tapi perlukan pengorbanan yang tinggi. Berikut aktiviti yang boleh anda ikuti..

1. Solat terawih ( secara berjemaah di setiap kolej kediaman)

2. Pengisian tazkirah
(juga di kolej kediaman masing-masing kecuali KKTSN sewaktu solat terawih)
- Aqidah dan kepentingannya
- Tuntutan Khalimah Syahadah
- Pengertian Ilah dan masalah salah faham tentangnya.
- Perbezaan Tauhid dan ideologi manusia.
- Tuntutan yang difardhukan ke atas setiap muslim
- dan macam-macam lagi.

3. Tadarus Al-Quran
( peluang kepada anda untuk membetulkan bacaan bersama rakan-rakan yang mesra)
- Tidak perlu untuk anda segan. =)

4. Qiamullail dan Bersahur beramai-ramai
( setiap malam sabtu sepanjang ramadhan)
- Akan ada pembimbing semasa qiamullail
- Kuliah subuh

5. Berbuka puasa ( paling ditunggu oleh semua)
- Tempat = Masjid Jamek UTHM, KK PERWIRA, KK MELEWAR.
- Datang awal supaya dapat budget tempat.


Kelas Pengajian Integriti Islam TETAP diadakan.
6 September 2009 - Ahad - Pengajian Kitab dan Tajwid
13 September 2009 - Ahad - Peranan Golongan Muda

Khas untuk MUSLIMAT- KULIAH FIQH NISA... waktu macam biasa..


Monday, August 24, 2009

Program Sambutan Kemerdekaan 2009

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..


Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam,Ramadan al-Mubarak ini dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasatetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran,Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.Ramadan bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.. Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.. Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.. Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, jesteru marilah kita sama-sama kembali kepadanya..

Kelab Iqra` mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam umumnya, penyokong Kelab Iqra` dan warga UTHM khususnya , mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Tuesday, August 18, 2009

Cermin Peribadi Yang Sempurna

'KESEMPURNAAN'. Maslows memperbetulkan hidup mereka demi mencari satu tahap yang dipanggil sebagai 'sempurna', Manakala Adler pula menyatakan bahawa setiap kita cenderung untuk mempelajari hidup untuk mencari kesempurnaan dan disokong oleh Frued yang menyatakan bahawa naluri Id sering dikawal oleh super ego kita. Id adalah naluri tidak sedar dan super ego adalah pandangan positif tentang tindakan yang kita lakukan. Huraian tadi adalah teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi tentang 'mencapai kesempurnaan kendiri' bagi setaip individu itu.

Apalagi jika disentuh soal pengajaran 'islam', islam adalah agama yang sempurna. Setiap muslim diwajibkan bertaubat untuk menyucikan diri mereka daripada dosa-dosa yang lepas. Apakah hikmah disebalik suruhan ini ? Hikmahnya adalah... Agar kita boleh memberikan peluang kepada diri kita sendiri untuk mencapai kesempurnaan. Dari mana kesempurnaan ini boleh terjadi ?


Jika kita mengharapkan kesempurnaan, maknanya kita telah membuka ruang untuk sesuatu 'perubahan'. Perubahan haruslah dimulai dengan 3 perkara utama :

1- Bermula dari diri sendiri..

2- Berlaku serta-merta dan ke

3- Permulaan dari perkara yg kecil..



1- 'Bermula dari diri sendiri'

Maknanya kita jangan menuding telunjuk pada individu lain sedangkn kita sendiri masih dengan perangai lama kita. Jika menuding terlunjuk pada indvidu lain maknanya kita tidak memberi ruang pada individu itu untuk berubah. Hal ini sama juga keadaannya dengan diri kita. Maka, untuk melihat perubahan pada individu lain, kita kena tunjukkan moral yang lebih baik agar dapat dijadikn contoh pada masyarakat lain.


2-'Berlaku serta-merta',

Maknanya jangan ditunda dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun pula. Alamatnya, kita akan mati dgn roh yang kosong tanpa ada kepuasan hidup sebagai hamba yang bertaqwa. Kematian kita hanya Allah SWT sahaja yang tahu makanya jangan ada pernyataan ''nantilah aku berubah'' siapa tahu perkataan ''nanti'' itu tidak lagi milik kita.


3- 'Permulaan dari perkara yang kecil',

Maknanya di sini jika kita hendak membuat suatu bangunan yang besar maka kita harus membinanya dari himpunan batu-bata yang kecil. Sama juga keadaannya dengan ombak yang menghempas batu karang di tepian laut, lama-kelamaan batu karang itu akan goyah dan terhakis sedikit demi sedikit. Sedangkan batu itu keras kan ?? Lagipun mungkin ianya kecil di mata kita tapi besar di mata Allah SWT.

Dikaitkan pula dengan hak individu, setiap kita mempunyai keinginan dan kemahuan yang berbeza-beza. Tapi tetapkan keinginan itu pada satu matlamat yang utama iaitu kita semua inginkan kebahagiaan.. Dari mana kebahagian boleh diraih ? Semuanya bergantung pada sejauh mana kita mengiktirafkan 'kesempurnaan' yang ingin kita capai..

Kita juga perlu ingat, 'kesempurnaan' itu sentiasa dicari oleh insan yang serba kekurangan seperti kita. Maknanya, tidak ada diantara kita yang sempurna tapi kita boleh pergi kearah itu 'KESEMPURNAAN'...




Oleh : Mohd Hadi Bin Abd Rahman

Presiden Kelab Iqra' UTHM

alsyed_hadi@yahoo.com

http://suarapresidenki.blogspot.com/