Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Monday, March 11, 2013

BELAJAR TAK HENTI - HENTI


[ Pengembaraan mencari ilmu diteruskan! ]



Tatkala subuh menyinsing, hari merubah tentatif kehidupan seharian. Kenapa? Ini adalah kerana berlalunya masa bersenang – lenang. Semester baru dah tiba! seronoknya! Hah, betulkah seronok?, tepuk dada tanya hati anda.

Perjalanan mencari ilmu tidak pernah kenal erti penat lelah.Sebab itu, anda semua masih berani menghadapi sesi pengajian semester ke-2 , semata – mata mencari ilmu Allah yang amat luas.






“Katakanlah (Muhammad): kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah – kalimah Tuhanku,sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.
[Surah al-Kahfi : 109]








“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya,nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimah – kalimah Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,lagi Maha Bijaksana”

[Surah Luqman : 27] 



Kedua – dua ayat diatas menyatakan ilmu Allah itu begitu luas sehingga tidak cukup lautan yang terbentang di bumi ini menjadi tinta kepada ilmu-NYA.Masya Allah sungguh Allah itu Maha berkuasa atas sesuatu.Tetapi malanglah bagi sesiapa yang hanya belajar mengikut bidang kerjayanya sahaja.Tidakkah ilmu Allah itu tiada nilai bandingnya? Berwaspadalah kerana Allah akan mengangkat ilmu dengan mengangkat para ulama’.

As-Syahid Syed Qutb, seorang sasterawan terkenal  Mesir  pernah mengatakan bahawa kitab Allah adalah sumber pengetahuan, pendidikan, pengarahan dan pembinaan satu-satunya bagi generasi manusia yang unik; sebuah generasi yang tidak terulang dalam sejarah kemanusiaan sama ada sebelum mahupun sesudahnya.Ini bermaksud segala ilmu yang kita miliki ini semuanya milik Allah dan bersumberkan al-Quran, tidak kiralah ilmu ukhrawi  mahupun ilmu duniawi.

Apabila al-Quran adalah sumber bagi segala ilmu , maka al-Quran merupakan imam manakala ilmu adalah makmum.Ianya bermaksud segala ilmu itu bukan berasal dari teori , analogi atau pemikiran manusia tetapi semua itu datangnya dari al-Quran al-Karim , kerana hakikat – hakikat al-Quran adalah pasti dan mutlak sedangkan penilitian manusia bukan mutlak dan boleh disangkal.






“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan.”

[surah al-alaq : 1]

Merujuk kepada ayat di atas, ia menerangkan bahawa membaca itu adalah sangat dituntut dan penting dalam agama. Membaca adalah satu bentuk mencari ilmu, di mana Allah memerintahkan hambaNya untuk mencari ilmu dengan turunnya wahyu pertama ini kepada Rasulullah S.A.W. .Rasulullah adalah seorang yang ‘ammi’ iaitu tidak tahu membaca dan menulis, tetapi disuruh juga oleh malaikat Jibril supaya nabi membaca.Di sini kita dapat lihat membaca denga kata lain mencari ilmu sangat-sangat penting dalam Islam.



Menurut ulama’ , matlamat menuntut ilmu ialah untuk mengenal  Allah dan mengabdikan diri kepada-NYA.Firman Allah :





“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada- Ku. “

[az-zariyat : 56]

Selain itu,Muaz bin Jabal r.a seorang sahabat yang dilantik oleh nabi sebagai gabenor kerajaan Islam Madinah berwasiat :

“Seseorang yang tuntut ilmu kerana Allah akan menumbuhkan rasa gerun (khasyiah) terhadap kekuasaan-NYa”.

Perkataan khasyiah itu bermaksud gerun terhadap Allah , dengan kata lain mencari ilmu dapat membantu untuk mengenal , mengabdikan dan mencari redha Ilahi.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila mati seseorang manusia,terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah , ILMU YANG BERMANFAAT serta anak soleh yang selalu mendoakan”.

Ab’d al-A’la al-Taimi berkata:
“Sesiapa yang dianugerahkan ilmu dan ilmunya tidak membuatnya menangis kepada Allah, bererti dia memperoleh ilmu yang bermanfaat” .

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu bermanfaat?Menurut ulama’ ilmu bermanfaat :
  •          Dapat membawa kenal dan beriman kepada Allah
  •          Dapat menyuluh kelemahan diri
  •          Dapat menambat cinta kepada hari Akhirat
  •          Dapat menambah amal ibadah
  •          Dapat menjauhkan diri dari kemungkaran

Okay ,dalam ‘mood’ belajar baru ni ,  sudahkah kita merancang strategi bagi menempuh perjalanan yang mencabar ini ataupun merancang untuk main redah sahaja? Cuba berfikir sejenak, adakah Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki konstantinopel pada usia yang muda disebabkan oleh pasukan tentera yang hebat atau pertolongan dari Allah sahaja? Kejayaan tidak datang bergolek, dengan perancangan yang rapi barulah amal kita akan berjaya in syaa Allah. Di sini ada beberapa tips yang boleh diaplikasikan dalam sistem pembelajaran anda.

     
       Jana mood belajar anda! (Ahmad Badrul Sani Baharudin)
     
          
 1. Selalulah senyum
      Dengan senyum , dapat menghilangkan stress dan
      membina emosi gembira. Anda akan mudah belajar
      bila anda gembira.
      
      
  2. Bersyukur
       Kerana Allah beri kita menatap bahan ilmiah
       yang bermanfaat daripada didorong melakukan
       perkara lalai.


  3. Bermain dalam belajar
        Apakah? Bermain di sini bukan bermaksud main
        seronok – seronok , tetapi bermain dengan apa yang
        kita ‘study’. Seperti berlumba untuk mencari jawapan
        bagi satu masalah. 



‘Activate’ Pengurusan Masa (Ustazah Norhafizah Musa)

1. Tidur tidak terlalu lewat dan tidak lebih dari 7 jam.
2. Memanfaatkan masa sebelum fajar dengan Qiamullail.
3. Tidak melepasi waktu fajar dengan perkara yang sia-sia.
4. Peruntukkan sedikit masa untuk Qailullah.
5. Masa untuk bersilaturrahim dan beraktiviti.
6. Penuhi kewajipan fardhu dengan langkah ke rumah Allah.

Tip super dalam belajar sepanjang hidup

1. Rajin bertanya
2. Beri tumpuan ketika pensyarah mengajar
3. Catat nota yang penting

 Berkata Imam al-Shatibi: “Jangan sekali-kali kamu mendengar sesuatu ilmu melainkan engkau mencatatnya kerana suatu hari nanti engkau pasti memerlukannya”.

4. Berbaik dengan guru
5. Amal ilmu
6.Hafal al-Quran
7.Berdoa kepada Allah

Juga ingin dikongsikan di sini tentang pembahagian ilmu ; ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang wajib bagi setiap muslim tetapi wajib sekadar untuk diamal oleh dirinya sendiri , tidak perlu sehingga mampu diajar secara huraian yang mendalam kepada orang lain. Jika dia mampu mengajar ilmu fardhu ain maka hukumnya adalah harus. Ianya kerana Allah tidak mewajibkan untuk semua manusia untuk menjadi alim-ulama’. Fardhu ain jika dilakukan mendapat pahala, berdosa apabila ditinggalkan. Contoh : ilmu taharah (bersuci).

Manakala ilmu fardhu kifayah merupakan perkara yang wajib dilaksanakan oleh sekelompok Islam bagi menjaga kepentingan umat Islam. Sekiranya dilakukan oleh seseorang dalam suatu kawasan maka yang lain terlepas daripada melaksanakannya. Tetapi jika tiada seorang yang mempelajarinya maka semua akan mendapat dosa. Contoh : ilmu kejuruteraan.
  
Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
“Hai anakku,hendaklah kamu sentiasa bersama majlis orang alim. Duduklah rapat hingga bersentuh dua lututmu dengannya. Kerana Allah boleh hidupkan hati yang mati dengan nur hikmah yang terbit dari mulut orang alim.

Semoga kita semua istiqamah dan sukses dalam sesi pengajian semester 2 ini!




Kelab Iqra'
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Membina Generasi Al-Quran