Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

Sunday, September 14, 2008

Bekas Mufti Selangor meninggal dunia


Takziah kepada keluarga Allahyarham, Semoga Allah merahmati beliau...

SHAH ALAM: Bekas Mufti Selangor, Datuk Hassan Omar, 86, (gambar) meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Damansara, pada jam 2.25 pagi semalam, dipercayai akibat sakit jantung.

Allahyarham yang dilantik menjadi Mufti pada Februari 1976 hingga Jun 1985, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini, pada jam 12.20 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, enam anak lelaki dan tiga perempuan.

Dilahirkan pada 16 November 1922 di Kuang, Selangor, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuang sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Arab Kuang.

Pada 1939-1942, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke Madrasah Dinniah, Bukit Tinggi, Indonesia dan seterusnya belajar hanya enam bulan di Sekolah Normal Islam di Padang, Indonesia apabila negara itu diserang Jepun.

Pada 1943-1944, Allahyarham mengajar di Sekolah Agama Rakyat Segambut sebelum bertukar ke sekolah Agama Kerajaan Kuang pada hujung 1944 hingga 1960.

Allahyarham kemudian dilantik menjadi Kadi di Kuang, sebelum ditukarkan ke Klang dengan jawatan sama 1961.

Friday, April 11, 2008

Turunkan Tandatangan Bantahan Anda Segera!!

Kelab Iqra secara rasmi telah melancarkan kutipan tandatangan membantah penyiaran filem pendek Fitna yang dibuat oleh Geert Wilders pada pukul 2.30 petang tadi bertempat di Masjid UTHM. Kutipan tandatangan tersebut dikumpul bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kampus tentang filem yang dihasilkan untuk menghina Islam. Diharapkan kebangkitan kesedaran di kalangan masyarakat kampus (mahasiswa dan staf) dapat memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang terlibat dalam penyiaran filem tersebut.
Selain itu, pengumpulan tandatangan ini dibuat bagi memberikan ruang kepada mereka yang ingin menyampaikan rasa ketidakpuashatian kepadapenyiaran filem tersebut. Program ini akan berlangsung selama seminggu iaitu bermula 11 hingga 18 April 2008. Oleh yang demikian, anda di alu-alukan untuk menurunkan tandatangan anda sebagai bantahan anda di buku yang telah diedarkan kepada AJK yang berkenaan. Anda juga boleh berbuat demikian di Masjid UTHM. Sekian.