Thursday, January 30, 2014

MAHASISWA DAN ISU SEMASA - GST



Negara kita kini begitu hangat dengan isu  Good and Service Tax (GST). Isu ini sering diwartakan di televisyen malah dijadikan slot perbincangan. Namun  dalam ‘kehangatan’ ini, adakah kita sebagai  mahasiswa berilmu tahu atau sedar terhadap isu ini ? Berikut adalah maklumat ringkas mengenai GST.

GST diperkenalkan oleh Maurice Laure di Perancis pada tahun 1954 dan merupakan cukai penggunaan berasaskan konsep nilai yang ditambah (VAT) .  GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di setiap pengeluaran dan pengedaran peringkat dalam rantaian bekalan termasuk pengimportan barangan dan perkhidmatan, sama ada melibatkan pertukaran wang ataupun tidak. Walau bagaimanapun, GST akan dibayar hanya pada tahap akhir penggunaan.

GST adalah kaedah kutipan cukai yang cekap dan sukar berlaku penyelewengan berbanding kaedah kutipan cukai Income Tax yang menggunakan tenaga manusia untuk mengira pendapatan seseorang. Jika GST dilaksanakan, ia akan menggantikan  cukai yang sedia ada iaitu Sales and Service Tax (SST).  Semasa membentang  bajet kerajaan 2014, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengumumkan cukai GST sebanyak enam peratus pada permulaan April 1, 2015.

Bagaimana GST berfungsi?  GST yang dikenakan dan dipungut ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai yang dihasilkan di negara ini termasuk import. Hanya perniagaan yang berdaftar di bawah GST boleh mengenakan bayaran dan mengumpul GST. GST dikutip pada output mesti diremitkan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, perniagaan dibenarkan untuk menuntut kredit cukai input melalui mekanisme yang berikut dan kaedah: -

i. GST dikutip pada output (cukai output) ditolak daripada GST yang dibayar ke atas input (cukai input).
ii. Jika terdapat berlebihan, amaun itu hendaklah dibayar kepada pihak kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
iii. Jika ada defisit, perniagaan boleh menuntut pembayaran balik daripada kerajaan.

Hampir kesemua negara  dunia mengenakan GST kecuali  41 negara anggota seperti  Myanmar,Brunei, Saudi Arabia, Yaman dan termasuklah Malaysia.  Australia dan Singapura merupakan antara negara yang berjaya menguruskan GST manakala Greece adalah negara yang gagal dalam pengurusan GST.  Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Antara yang akan dikecualikan adalah barang makanan asas seperti beras, gula dan garam. Kedua, bekalan air paip dan 200 unit elektrik  domestik  yang pertama. Ketiga, perkhidmatan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan kewangan. Keempat,  jual beli dan sewaan rumah kediaman.

Apakah perbezaan GST dan  SST ?
SST
GST

Cukai hanya dikenakan di peringkat kilang sekali sahaja.

Pada setiap peringkat, GST dikenakan & peniaga boleh mendapat kredit GST

Hanya barang dan perkhidmatan tertentu yang disenaraikan

Semua dikenakan GST kecualilah termasuk dalam senarai pengecualian

Wallahua’lam.

Rujukan :
1 - ­­ Official Website Good and Service Tax (GST) Royal  Malaysian Customs Department
      http://gst.customs.gov.my

2 -  Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

3 -  Chartered  Tax  Institute of  Malaysia

4 -   Astro Awani.com

5 -   Malaysia Institute of Accountant
         http://www.mia.org.my/at/at/2009/06/07.pdf

6 -   Wikipedia

        http://en.wikipedia.org/wiki/Goods_and_Services_Tax_(Malaysia)