Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Wednesday, September 29, 2010

PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM

video

Kelab IQRA’ UTHM menyatakan rasa sedih dan kesal ke atas satu video yang menunjukkan seorang Paderi Kristian menghina agama Islam. Kami memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.

Dalam video tersebut paderi tersebut bertindak untuk menghina keperibadian Nabi Muhammad S.A.W , Surah Al-Fatihah, para malaikat,ibadah haji serta beberapa perkara yang lain

Petikan Berita Harian bertarikh Khamis , 30 September 2010


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

TAHNIAH ...

Timb Naib Canselor Akademik dan Alumni , Profesor Dr.Abdul Aziz
Kepimpinan Kelab IQRA' UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas perlantikan Profesor Dr. Abdul Aziz sebagai Timbalan Naib Canselor (Alumni & Antarabangsa) dan Profesor Dr. Rugayah Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Semoga rahmat Allah melimpahi bumi UTHM dibawah pengurusan Profesor TNC (Alumni &Antarabangsa) serta Profesor TNC (Penyelidikan dan Inovasi) berdua.

Amin

Tuesday, September 21, 2010

LIQA' AIDILFITRI 2010



Thursday, September 9, 2010

PERUTUSAN AIDILFITRI

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
laa ilaha illAllahu akabar.
Allahu akbar wa Lillah ilhamd

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,


Hari ini kita berkumpul dalam satu perhimpunan besar sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana berjaya melaksanakan perintah-Nya. Aidil Fitri mengingatkan kita kepada nikmat agama Islam yang menghimpunkan hati kita dalam dalam perpaduan ummah yang kukuh. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama meneruskan azam dan tekad untuk tetap berada dalam ikatan ukhuwah Islamiah yang sejati dengan melakukan amalan ziarah menziarahi dan bermaafan di hari raya ini agar kemesraan terus berkekalan.

Sunday, September 5, 2010

BUBUR LAMBUK KELAB IQRA’ UTHM



Sabda Rasulullah S.A.W
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



Pada 25 Oktober 2010 yang lepas Kelab IQRA’ UTHM telah menganjurkan satu aktiviti amal iaitu  pembahagian bubur lambuk secara percuma kepada semua masyarakat kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Thursday, September 2, 2010

PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1431 H


SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA AYAHANDA PROF DATO' DR MOHD NOH BIN DALIMIN DAN PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI

Dari : Majlis Tertinggi Kelab Iqra' UTHM