Laman sosial facebook atau muka buku sudah tidak asing lagi kepada seluruh penduduk dunia terutamanya pada zaman teknologi dan serba moden ini. Laman sosial ini seolah-olah telah menggantikan semua jenis laman maya di internet yang suatu masa dahulu pernah mendapat tempat di hati setiap pelayar-pelayar internet.
Facebook kini telah menggantikan Yahoo dan Google Mail dalam penghantaran mesej maya. Malah ianya turut menggantikan laman maya Myspace, Friendster, Google Talk, Yahoo Messenger dan sebagainya dalam konsep perbualan maya atau chatting. Ianya turut menggantikan blogger kerana ianya lebih cepat dari sudut penyampaian maklumat.
Namun, dalam kebanyakan kemudahan yang terdapat pada laman ini, perlu kita sedari bahawa ianya turut mendatangkan beberapa kesan buruk seandainya tidak digunakan secara baik dan berhemah.
Antara perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan adalah:
1. Butiran peribadi pemilik akaun - Seharusnya kita tidak meletakkan butiran yang benar dalam laman sosial ini kerana ianya boleh menjadikan kita sebagai mangsa yang tidak diketahui, nauzubillah. Letakkanlah maklumat yang dirasakan perlu sahaja.
2. Gambar profil dan album - Gunakanlah gambar-gambar yang tidak mendatangkan fitnah kepada diri sendiri seperti gambar yang membuka aurat, sedang bergurau senda dan sebagainya, kerana ianya akan menarik perhatian orang untuk mendekati kita. Perlu diingat, sesiapa sahaja yang like gambar kaum Hawa yang terbuka auratnya, akan turut mendapat ‘saham’ di akhirat kelak.
3. Laman chatting - Tidak salah untuk kita chatting dengan kenalan kita di laman ini, akan tetapi ianya perlu diingatkan bahawa janganlah kita chatting berkenaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan membuang masa, apatah lagi ianya akan melalaikan kita daripada seda akan hakikat diri dan penciptaan manusia.
4. Posting - Ianya berkaitan dengan apa sahaja yang berada di wall kita atau bersumberkan dari kita. Perlu diingatkan bahawa segala posting kita ini terdedah kepada umum, ianya akan dibaca malah akan disharekan pada wall orang lain. Sebaik-baik posting adalah yang memberi manfaat kepada pembacanya.
Perlu ditekankan bahawa masih banyak perkara yang perlu kita waspada dalam laman ini. Bagi seorang yang mampu berfikir, gunakanlah laman ini dengan sebaiknya. Penciptanya orang Yahudi, tetapi laman ini boleh digunakan untuk memartabatkan Islam secara langsung menjalankan dakwah Islamiyah. Mudah kan berdakwah pada zaman ini.
Insya Allah, semoga perkongsian pada keluaran kali ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang membacanya.