[ Pengembaraan mencari ilmu
diteruskan! ]
Tatkala subuh menyinsing, hari merubah tentatif kehidupan
seharian. Kenapa? Ini adalah kerana berlalunya masa bersenang – lenang. Semester
baru dah tiba! seronoknya! Hah, betulkah seronok?, tepuk dada tanya hati anda.
Perjalanan mencari ilmu tidak pernah kenal erti penat lelah.Sebab itu, anda semua masih berani menghadapi sesi pengajian semester
ke-2 , semata – mata mencari ilmu Allah yang amat luas.
“Katakanlah (Muhammad): kalau sekiranya lautan menjadi tinta
untuk (menulis) kalimah – kalimah Tuhanku,sesungguhnya habislah lautan itu
sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan
tambahan sebanyak itu pula.
[Surah al-Kahfi :
109]
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan
(menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah
(kering)nya,nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimah – kalimah
Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,lagi Maha Bijaksana”
[Surah Luqman : 27]
Kedua – dua ayat diatas menyatakan ilmu Allah itu begitu
luas sehingga tidak cukup lautan yang terbentang di bumi ini menjadi tinta
kepada ilmu-NYA.Masya Allah sungguh Allah itu Maha berkuasa atas sesuatu.Tetapi
malanglah bagi sesiapa yang hanya belajar mengikut bidang kerjayanya sahaja.Tidakkah
ilmu Allah itu tiada nilai bandingnya? Berwaspadalah kerana Allah akan
mengangkat ilmu dengan mengangkat para ulama’.
As-Syahid Syed Qutb, seorang sasterawan terkenal Mesir
pernah mengatakan bahawa kitab Allah adalah sumber pengetahuan,
pendidikan, pengarahan dan pembinaan satu-satunya bagi generasi manusia yang
unik; sebuah generasi yang tidak terulang dalam sejarah kemanusiaan sama ada
sebelum mahupun sesudahnya.Ini bermaksud segala ilmu yang kita miliki ini semuanya
milik Allah dan bersumberkan al-Quran, tidak kiralah ilmu ukhrawi mahupun ilmu duniawi.
Apabila al-Quran adalah sumber bagi segala ilmu , maka
al-Quran merupakan imam manakala ilmu adalah makmum.Ianya bermaksud segala ilmu
itu bukan berasal dari teori , analogi atau pemikiran manusia tetapi semua itu
datangnya dari al-Quran al-Karim , kerana hakikat – hakikat al-Quran adalah
pasti dan mutlak sedangkan penilitian manusia bukan mutlak dan boleh disangkal.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan.”
[surah al-alaq : 1]
Merujuk kepada ayat di atas, ia menerangkan bahawa membaca
itu adalah sangat dituntut dan penting dalam agama. Membaca adalah satu bentuk
mencari ilmu, di mana Allah memerintahkan hambaNya untuk mencari ilmu dengan
turunnya wahyu pertama ini kepada Rasulullah S.A.W. .Rasulullah adalah seorang
yang ‘ammi’ iaitu tidak tahu membaca dan menulis, tetapi disuruh juga oleh
malaikat Jibril supaya nabi membaca.Di sini kita dapat lihat membaca denga kata
lain mencari ilmu sangat-sangat penting dalam Islam.
Menurut ulama’ , matlamat menuntut ilmu ialah untuk
mengenal Allah dan mengabdikan diri
kepada-NYA.Firman Allah :
“Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada- Ku. “
[az-zariyat : 56]
Selain itu,Muaz bin Jabal r.a seorang sahabat yang dilantik
oleh nabi sebagai gabenor kerajaan Islam Madinah berwasiat :
“Seseorang yang tuntut ilmu kerana Allah akan menumbuhkan
rasa gerun (khasyiah) terhadap kekuasaan-NYa”.
Perkataan khasyiah itu
bermaksud gerun terhadap Allah , dengan kata lain mencari ilmu dapat membantu
untuk mengenal , mengabdikan dan mencari redha Ilahi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila mati seseorang manusia,terputuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah , ILMU YANG BERMANFAAT serta
anak soleh yang selalu mendoakan”.
Ab’d al-A’la al-Taimi berkata:
“Sesiapa yang dianugerahkan ilmu dan ilmunya tidak
membuatnya menangis kepada Allah, bererti dia memperoleh ilmu yang bermanfaat” .
Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu bermanfaat?Menurut
ulama’ ilmu bermanfaat :
- Dapat membawa kenal dan beriman kepada Allah
- Dapat menyuluh kelemahan diri
- Dapat menambat cinta kepada hari Akhirat
- Dapat menambah amal ibadah
- Dapat menjauhkan diri dari kemungkaran
Okay ,dalam ‘mood’ belajar baru ni , sudahkah kita merancang strategi bagi menempuh
perjalanan yang mencabar ini ataupun merancang untuk main redah sahaja? Cuba
berfikir sejenak, adakah Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki konstantinopel
pada usia yang muda disebabkan oleh pasukan tentera yang hebat atau pertolongan
dari Allah sahaja? Kejayaan tidak datang bergolek, dengan perancangan yang rapi
barulah amal kita akan berjaya in syaa Allah. Di sini ada beberapa tips yang
boleh diaplikasikan dalam sistem pembelajaran anda.
Jana mood belajar anda! (Ahmad Badrul Sani Baharudin)
1. Selalulah senyum
Dengan senyum , dapat menghilangkan stress
dan
membina emosi gembira. Anda akan mudah
belajar
bila anda gembira.
2. Bersyukur
Kerana Allah beri kita menatap bahan ilmiah
yang bermanfaat daripada didorong melakukan
perkara lalai.
3. Bermain dalam belajar
Apakah? Bermain di sini bukan bermaksud
main
seronok
– seronok , tetapi bermain dengan apa yang
kita ‘study’. Seperti berlumba untuk
mencari jawapan
bagi
satu masalah.
‘Activate’ Pengurusan Masa (Ustazah Norhafizah Musa)
1. Tidur
tidak terlalu lewat dan tidak lebih dari 7 jam.
2. Memanfaatkan
masa sebelum fajar dengan Qiamullail.
3. Tidak
melepasi waktu fajar dengan perkara yang sia-sia.
4. Peruntukkan
sedikit masa untuk Qailullah.
5. Masa
untuk bersilaturrahim dan beraktiviti.
6. Penuhi
kewajipan fardhu dengan langkah ke rumah Allah.
Tip super
dalam belajar sepanjang hidup
1. Rajin
bertanya
2. Beri
tumpuan ketika pensyarah mengajar
3. Catat
nota yang penting
Berkata Imam al-Shatibi: “Jangan
sekali-kali kamu mendengar sesuatu ilmu melainkan engkau mencatatnya kerana suatu hari nanti engkau
pasti memerlukannya”.
4. Berbaik
dengan guru
5. Amal ilmu
6.Hafal
al-Quran
7.Berdoa
kepada Allah
Juga ingin dikongsikan di sini tentang pembahagian ilmu ;
ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang wajib
bagi setiap muslim tetapi wajib sekadar untuk diamal oleh dirinya sendiri ,
tidak perlu sehingga mampu diajar secara huraian yang mendalam kepada orang
lain. Jika dia mampu mengajar ilmu fardhu ain maka hukumnya adalah harus. Ianya
kerana Allah tidak mewajibkan untuk semua manusia untuk menjadi alim-ulama’. Fardhu
ain jika dilakukan mendapat pahala, berdosa apabila ditinggalkan. Contoh : ilmu
taharah (bersuci).
Manakala ilmu fardhu kifayah merupakan perkara yang wajib
dilaksanakan oleh sekelompok Islam bagi menjaga kepentingan umat Islam. Sekiranya
dilakukan oleh seseorang dalam suatu kawasan maka yang lain terlepas daripada
melaksanakannya. Tetapi jika tiada seorang yang mempelajarinya maka semua akan
mendapat dosa. Contoh : ilmu kejuruteraan.
Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
“Hai anakku,hendaklah kamu sentiasa bersama majlis orang
alim. Duduklah rapat hingga bersentuh dua lututmu dengannya. Kerana Allah boleh
hidupkan hati yang mati dengan nur hikmah yang terbit dari mulut orang alim.
Semoga kita semua istiqamah dan sukses dalam sesi pengajian
semester 2 ini!
Kelab Iqra'
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Membina Generasi Al-Quran