Thursday, January 24, 2008

Mengapai teknologi multimedia berlandaskan pemikiran Islam

Assalamualaikum W.B.T buat semua..
Bismillahhirahmanirahim...

"Together with Kelab Iqra"

Kata-kata permula bicara sebagai tema kewujudan ruang lingkup ini..
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Empunya Alam yang meliputi segala
macam kekuasaan terhadap ciptaanNya.
Pujian selawat dan salam dipanjatkan buat insan penyelamat umat,
Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan mulia.
Dulu, kini dan selamanya kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih berada di dalam ISLAM dan IMAN. Bersyukur kami juga terhadap peluang yang diberikan kepada kami untuk melangkah selangkah lagi mendekati masyarakat hasil penubuhan blog yang baru bertatih ini.
Saudara-saudari sekelian,
Penubuhan blog ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi ruang dan peluang bagi saudara-saudari mengikuti perkembangan atau informasi kelab ini.Secara umumnya, blog ini diadakan juga bagi memudahkan perantaraan masyarakat kampus dengan kelab Iqra yang telah tertubuh sejak lebih 10 tahun di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jadi saya mewakili pihak editor memandang satu sasaran yang memungkin semua ahli atau bukan ahli kelab mengetahui apa yang terdapat di dalam kelab ni.
Semoga blog ini dapat menjalinkan ikatan persaudaraan yang erat sesama kita masyarakat kampus terutamanya tali persaudaraan sesama saudara Islam.

Sekian, Wassalam.

-Perintis Editor Blog Kelab-Iqra-UTHM ..