Muhasabah Diri Pelihara Kesucian Ramadhan
Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Bagi yang benar-benar merasai kehadiran bulan Ramadhan pad kali ini pasti sibuk mempertingkatkan amal ibadah demi merebut ganjaran yang berganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Pelbagai amalan dilakukan bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan juga keberkatan Ramadhan seperti Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Bersedekah, Berzikir dan sebagainya.
Namun, dalam kita sibuk mengejar bonus berharga daripada Allah s.w.t ini, masih wujud golongan yang kurang menghayati kehadiran bulan yang dikatakan permulaannya sebagai Rahmat, pertengahannya Maghfirah (keampunan), dan penghujungnya Pelepasan daripada Azab Neraka. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan orang-orang disekeliling kita dan mungkin juga diri kita sendiri.
Kita sering mengingatkan diri kita supaya tidak menjadikan Puasa di bulan Ramdhan ini sekadar Lapar dan Dahaga semata-mata, biarlah dengan kita berpuasa menjadikan kita menjadi lebih akrab dengan Allah s.w.t, mendapat keberkatan, keampunan dan diterima segala amalan. Tapi, sejauh mana kita beriman dengan peringatan tersebut? kenapa kita masih tegar melakukan apa yang dilarang Allah s.w.t yang menyebabkan cacat atau tempangnya tubuh puasa kita?
Percakapan dan perbualan kita, sejauh mana kita meninggalkan yang lagha? mata yang dikurniakan, adakah sentiasa jauh daripada pandangan maksiat? Pakaian yang disarung adakah tertutup sempurna aurat? kaki yang melangkah adakah sekadar penat berpusing-pusing di bazar Ramadhan tanpa tujuan? pergaulan dengan berlainan jantina adakah terpelihara daripada terjerumus ke lembah maksiat? sama-sama kita muhasabah diri agar kesempatan Ramadhan yang dikurniakan pada kali ini tidak sia-sia tetapi terbukunya manfaat pahala dan nikmat daripada Allah s.w.t....
Jadikan Kesempatan Ramadhan pada kali Ini Sebagai Madrasah Tarbiyyah Yang Terbaik Bagi Kita Membentuk Jati Diri dan Peribadi Muslim Yang DiRedhai oleh Allah sw.t....wallahu'alam.
Sumber : www.muhaimin87.blogspot.com (Timbalan Pengerusi)
Thursday, September 11, 2008
2:23 AM
Islam