Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Tuesday, December 15, 2009

Pengumuman

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' UTHM akan berlangsung pada bulan Januari ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk memberikan sebarang usul berbentuk cadangan atau penambahbaikan terhadap kelab, sila emailkan kepada gpboyz88@yahoo.com. Sila hantarkan usul anda selewat-lewatnya pada 10hb Januari 2010.

Thursday, November 12, 2009

Jom Sertai Halaqah!


Terbuka kepada semua mahasiswa/mahasiswi UTHM. Penyertaan dibuka sepanjang tahun.

Saturday, October 31, 2009

UKHWAH & KESATUAN HATI


“Dari Annas bin Malik, Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya…”

“Kedatangan Kaum Muhajirin ke Kota Makkah Disambut dengan UKHWAH oleh Kaum Ansar…”

“As-Shahid Imam Hassan Al-Banna menjadikan ia salah satu rukun bai’ah.”

“Pautan yang paling kukuh sesama manusia Islam ianya Ukhwah..”

Hari demi hari , detik demi detik menunjukkan masa tidak akan terhenti, yang terhenti hanyalah manusia sendiri ..

“Mampukah kami menerima mereka dengan ukhwah??..”

“Ukhwah yang bagaimana kami harus pamerkan??..”

“Ukhwah?? Bagaimana tu?..”


UKHWAH BUKAN UNTUK DIERTIKAN

Tanpa perlu merujuk kepada Kamus Dewan ataupun yang lain-lain , kita sudah mampu memberi definisi ukhwah melalui perjalanan hidup kita sendiri. Kasih sayang kita kepada ibu dan ayah kita , itu ukhwah dan kekeluargaan. Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan , itu ukhwah persaudaraan sesama manusia.

Kita melaluinya tanpa kita sedari , semuanya bermula dari hati bilamana timbulnya perasaan bertaut ataupun kata mudahnya suka,sayang dan ingin mendekati dan berkenalan , disitu akan lahirnya tapak sebuah ukhwah itu.Semuanya dari diri kita sendiri.

Boleh juga dikatakan ia hadir dengan tiba-tiba. Janggal untuk kita melihat manusia hidup tanpa ukhwah walaupun sekelumit , ukhwah itu juga lahir bila berlakunya sesuatu perasaan yang mengharap dan bergantung kepada sesuatu .

Manusia bukannya sempurnya , perlu bertaut pada yang lain-lain. Namun tautan utamanya ALLAH S.W.T.

Inilah erti sebenar ukhwah , bukan untuk diertikan dengan pemahaman, namun ianya perlu dilalui dengan pengalaman dan perjalanan hidup kita.


Thursday, October 29, 2009

7 Perkara Untuk Mulakan Hari Anda

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

Baca selanjutnya di ruangan Artikel

Tuesday, October 20, 2009

Siapa Lebih Besar?

Pernahkah anda baru masuk ke dalam satu komuniti atau satu organisasi dan anda memandang rendah kepada seseorang kerana perwatakannya atau sifat fizikalnya?

Atau anda pergi ke pasar dan memandang salah seorang peniaga di situ dengan ada rasa merendahkan si dia? Ia berlaku kepada saya semasa sesi perkenalan untuk ahli-ahli baru dalam salah satu persatuan di universiti.

Saya melihat seorang rakan yang juga merupakan ahli baru seperti saya berpakaian agak kurang kemas(lebih kurang seperti budak yang gemar melepak-lepak). Dan dia juga tergagap-gagap semasa memperkenalkan diri di hadapan.

“Bolehkah dia buat kerja?” Tanya saya dalam hati dengan nada sedikit meremehkan.

Tetapi setahun selepas itu, selepas saya dilantik menjadi salah seorang mainboard dalam persatuan tersebut, si dia yang dipandang rendah oleh saya dahululah yang paling aktif di dalam persatuan tersebut. Malah merupakan antara orang yang perlu ada dalam setiap program yang dianjurkan.

Kalau tiada dia dalam satu-satu program, maka program agak kelam kabut jadinya. Dalam masa setahun, personalitinya berubah. Cara berpakaian tetap sama tetapi cara dia bercakap menampakkan keyakinan yang tinggi dalam dirinya.

Di situ, saya sedar yang first impression saya dahulu terhadapnya adalah salah. Kalau cara berpakaian atau tingkah lakunya sahaja yang tidak kena dengan diri kita, tidak sepatutnya kita memandang rendah kepadanya atau kita rasakan diri kita lebih baik daripadanya.

Baca selanjutnya di ruangan Artikel

PROGRAM GEMPAK SELURUH KEROHANIAN KAMPUS UTHM!!!

ISLAMIC EXPLORACE !!! - BKE KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR & TUN SYED NASIR !!!




Untuk Maklumat Lanjut Hubungi : Ahmad Adam di tailan panas : 013-7437340


BUSANA MUSLIMAH !!! - BKE KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR




MALAM TAUTAN KASIH 09 - SELURUH JAWATANKUASA KEROHANIAN KAMPUS...


Aih.... Ramli Sarip Dtg ???
Nak p......!!!!



KELAB IQRA' MENJEMPUT SEMUA WARGA KAMPUS UNTUK MENYERTAI SETIAP PROGRAM GEMPAK INI !!!!

Thursday, October 15, 2009

Jangan Putus Asa

“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Baca selanjutnya di ruangan Artikel

Pemuda Dan Dakwah

Jika dilihat pada produk pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.

3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’

4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah (kumpulan) lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.

Baca selanjutnya di ruangan Artikel

Monday, October 5, 2009

Liqa' Aidilfitri Kelab Iqra'

PEMBERITAHUAN: Waktu Liqa' Aidilfitri telah diubah kepada pukul 4.30 petang. Sebarang masalah sila berhubung dengan MT Kelab Iqra' atau AJK yang terlibat. Wallahu A'lam.

Monday, September 28, 2009

Kuliah Pembangunan Integriti Islam: Ketenteraan Dalam Islam


Membongkar Uthmaniyyah sebagai kuasa ketenteraan terkuat dunia abad ke-13 hingga abad ke-15, kenali siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh "pembuka kota costantinople" yang merupakan sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera, mengenali Illuminati serta peranannya dalam mencetuskan perang dunia ke-2, menjawab persoalan pengeboman berani mati serta banyak lagi dalam siri KP2i terbaru.

Tuesday, September 15, 2009

Ziarah Presiden Iqra Ke Hospital Batu Pahat

[Kemaskini] - Berita Mengenai Yang DiPertua MPP UTHM saudara Fadhil mengalami musibah kemalangan dipersimpangan jalan sebelum memasuki Kolej Kediaman Taman Melawar mengakibatkan beliau mengalami kecedaraan patah bahagian paha kaki kanan.


Dimaklumkan oleh seorang wakil MPP iaitu saudara Agilarajan kepada saudara Presiden Iqra', bahawa kemalangan tersebut berlaku pada 10 September. Berikutan kejadian tersebut, dimaklumkan oleh admin iqrakini, Presiden Iqra', Hadi Abd Rahman menziarahi YDP secara peribadi ke Hospital Batu Pahat sejurus beliau mendapat berita berkenaan pada keesokan harinya. Menurutnya, saudara fadhil mengalami kemalangan berkenaan dalam keadaan sedar. Beliau juga diceritakan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.



Makluman oleh saudara Presiden, YDP telah selamat melakukan pembedahan pada 12 September 2009, dijangka akan pulang ke rumah pada hari ini (Rabu) atau esok (Khamis). Menurutnya lagi, YDP MPP terpaksa menangguhkan pengajiannya oleh kerana Projek Sarjana Muda beliau memerlukan pergerakan dan melibatkan teknikal. Hampir sejam saudara Presiden berbual bersama YDP dengan berkesempatan untuk berkongi segala masalah beliau secara bersama. Di kesempatan tersebut, Presiden dapat besuai kenal dengan keluarga saudara Fadhil.



Berikutan pada 13 September 2009. Presiden sekali lagi menziarahi saudara fadhil bagi bertnyakan khabar hasil dari pembendahan yang telah dilakukan tersebut bersama saudara Muhaimin, Timbalan Presiden 2.
Kelihatan saudara Fadhil berada dalam keadaan baik.


Apa yang saudara Hadi harapkan bahawa, mudah-mudahan penyakitnya akan sembuh walaupun menjangkau masa berbulan-bulan. Selain itu, diharapkan agar Fadhil dapat bersabar atas ujian yang diberikan Allah terhadapnya dan tinggi harapan beliau agar perjuangan bagi menjaga kebajikan pelajar yang selama ini digerakkan oleh Fadhil dapat diteruskan oleh TYDP MPP iaitu saudara Khairul Izzat bersama rakan sekerja MPP yang lain bagi memastikan masyarakat kampus khususnya kebajikan mahasiswa terjamin dengan baik. -Iqrakini-

Wednesday, September 9, 2009

Kuliah Pembangunan Integriti Islam


Semua mahasiswa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini

Mahasiswa : Dari Kampus Ke Lapangan Ummat

Mahasiswa adalah golongan pemuda yang berada pada kelasnya yang tersendiri. Kalimah keramat M.A.H.A.S.I.S.W.A memberikan satu definisi yang jelas kepada kita betapa mereka adalah satu golongan yang berbeza dari golongan pelajar atau murid di sekolah. Hakikatnya menara gading menghamparkan seribu satu ruang buat anak muda bergelar mahasiswa berpencak demi membangunkan ummah. Kerangka perkataan Maha yang digabungkan dengan Siswa bermaksud mereka adalah golongan terpilih yang bukan sekadar menempatkan diri di menara gading untuk menjadi satu spesies seperti yang lazimnya didefiniskan kepada kita. Berlapikkan alasan mengatakan universiti adalah hanya sekadar medan untuk menumpukan kepada menghabiskan pengajian semata-mata sangat tidak bertepatan dengan fitrah kejadian golongan ini. Bahkan mereka dibiayai masyarakat demi memperjuangkan nasib bangsa. Perlu juga diketahui, suara anak muda kampus pernah meledakkan satu nostalgia berharga dalam lipatan sejarah dunia
Baca lagi di ruangan artikel

Monday, September 7, 2009

Laporan KP2i 6 September 2009


BATU PAHAT- Kelab Iqra’ UTHM telah mengadakan Kuliah Pembangunan Integriti Islam (KP2i) bertempat di masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 6 September 2009. Program yang berlangsung pada pukul 8.30 pagi itu berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan dari ramai ahli Kelab Iqra’ sendiri dan juga dari pelajar-pelajar UTHM. Pelajar-pelajar baru juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program ini. Ini merupakan program lanjutan bagi KP2i sebelum ini.

Dengan izin Allah, program ini dapat juga berjalan dengan baik. Program ini terdapat dua sesi yang mana dimulai dengan kuliah Tajwid yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ahmad. Manakala sesi kedua ialah pengajian kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrir bin Abdul Muttalib.

Selepas kuliah oleh Ustaz Shahrir, program disambung dengan pembentangan oleh pelajar mengenai isu semasa. Program ini berakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari

Tuesday, September 1, 2009

Kuliah Pembangunan Integriti Islam


Muslimin dan muslimat dijemput hadir
Marilah sama-sama kita imarahkan bulan Ramadhan ini dengan majlis ilmu ini

Sunday, August 30, 2009


Assalamualaikum wbt

Kepada semua warga kampus UTHM, anda dijemput memeriahkan atau mengambil bahagian dalam GEMERSIK 1430H tahun ini.. Penyertaan anda tidak berbayar malah anda akan dihadiahkan 'bayaran' yang lumayan dari Dia Yang Kaya..


Oleh itu mari rakan-rakan,
AYUH! Kita meriahkan Ramadhan kali ini dengan aktiviti-aktiviti mencari sinar kebahagiaan..
Caranya mudah, tapi perlukan pengorbanan yang tinggi. Berikut aktiviti yang boleh anda ikuti..

1. Solat terawih ( secara berjemaah di setiap kolej kediaman)

2. Pengisian tazkirah
(juga di kolej kediaman masing-masing kecuali KKTSN sewaktu solat terawih)
- Aqidah dan kepentingannya
- Tuntutan Khalimah Syahadah
- Pengertian Ilah dan masalah salah faham tentangnya.
- Perbezaan Tauhid dan ideologi manusia.
- Tuntutan yang difardhukan ke atas setiap muslim
- dan macam-macam lagi.

3. Tadarus Al-Quran
( peluang kepada anda untuk membetulkan bacaan bersama rakan-rakan yang mesra)
- Tidak perlu untuk anda segan. =)

4. Qiamullail dan Bersahur beramai-ramai
( setiap malam sabtu sepanjang ramadhan)
- Akan ada pembimbing semasa qiamullail
- Kuliah subuh

5. Berbuka puasa ( paling ditunggu oleh semua)
- Tempat = Masjid Jamek UTHM, KK PERWIRA, KK MELEWAR.
- Datang awal supaya dapat budget tempat.


Kelas Pengajian Integriti Islam TETAP diadakan.
6 September 2009 - Ahad - Pengajian Kitab dan Tajwid
13 September 2009 - Ahad - Peranan Golongan Muda

Khas untuk MUSLIMAT- KULIAH FIQH NISA... waktu macam biasa..


Monday, August 24, 2009

Program Sambutan Kemerdekaan 2009

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..


Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam,Ramadan al-Mubarak ini dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasatetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran,Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.Ramadan bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.. Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.. Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.. Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, jesteru marilah kita sama-sama kembali kepadanya..

Kelab Iqra` mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam umumnya, penyokong Kelab Iqra` dan warga UTHM khususnya , mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Tuesday, August 18, 2009

Cermin Peribadi Yang Sempurna

'KESEMPURNAAN'. Maslows memperbetulkan hidup mereka demi mencari satu tahap yang dipanggil sebagai 'sempurna', Manakala Adler pula menyatakan bahawa setiap kita cenderung untuk mempelajari hidup untuk mencari kesempurnaan dan disokong oleh Frued yang menyatakan bahawa naluri Id sering dikawal oleh super ego kita. Id adalah naluri tidak sedar dan super ego adalah pandangan positif tentang tindakan yang kita lakukan. Huraian tadi adalah teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi tentang 'mencapai kesempurnaan kendiri' bagi setaip individu itu.

Apalagi jika disentuh soal pengajaran 'islam', islam adalah agama yang sempurna. Setiap muslim diwajibkan bertaubat untuk menyucikan diri mereka daripada dosa-dosa yang lepas. Apakah hikmah disebalik suruhan ini ? Hikmahnya adalah... Agar kita boleh memberikan peluang kepada diri kita sendiri untuk mencapai kesempurnaan. Dari mana kesempurnaan ini boleh terjadi ?


Jika kita mengharapkan kesempurnaan, maknanya kita telah membuka ruang untuk sesuatu 'perubahan'. Perubahan haruslah dimulai dengan 3 perkara utama :

1- Bermula dari diri sendiri..

2- Berlaku serta-merta dan ke

3- Permulaan dari perkara yg kecil..



1- 'Bermula dari diri sendiri'

Maknanya kita jangan menuding telunjuk pada individu lain sedangkn kita sendiri masih dengan perangai lama kita. Jika menuding terlunjuk pada indvidu lain maknanya kita tidak memberi ruang pada individu itu untuk berubah. Hal ini sama juga keadaannya dengan diri kita. Maka, untuk melihat perubahan pada individu lain, kita kena tunjukkan moral yang lebih baik agar dapat dijadikn contoh pada masyarakat lain.


2-'Berlaku serta-merta',

Maknanya jangan ditunda dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun pula. Alamatnya, kita akan mati dgn roh yang kosong tanpa ada kepuasan hidup sebagai hamba yang bertaqwa. Kematian kita hanya Allah SWT sahaja yang tahu makanya jangan ada pernyataan ''nantilah aku berubah'' siapa tahu perkataan ''nanti'' itu tidak lagi milik kita.


3- 'Permulaan dari perkara yang kecil',

Maknanya di sini jika kita hendak membuat suatu bangunan yang besar maka kita harus membinanya dari himpunan batu-bata yang kecil. Sama juga keadaannya dengan ombak yang menghempas batu karang di tepian laut, lama-kelamaan batu karang itu akan goyah dan terhakis sedikit demi sedikit. Sedangkan batu itu keras kan ?? Lagipun mungkin ianya kecil di mata kita tapi besar di mata Allah SWT.

Dikaitkan pula dengan hak individu, setiap kita mempunyai keinginan dan kemahuan yang berbeza-beza. Tapi tetapkan keinginan itu pada satu matlamat yang utama iaitu kita semua inginkan kebahagiaan.. Dari mana kebahagian boleh diraih ? Semuanya bergantung pada sejauh mana kita mengiktirafkan 'kesempurnaan' yang ingin kita capai..

Kita juga perlu ingat, 'kesempurnaan' itu sentiasa dicari oleh insan yang serba kekurangan seperti kita. Maknanya, tidak ada diantara kita yang sempurna tapi kita boleh pergi kearah itu 'KESEMPURNAAN'...




Oleh : Mohd Hadi Bin Abd Rahman

Presiden Kelab Iqra' UTHM

alsyed_hadi@yahoo.com

http://suarapresidenki.blogspot.com/