Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan.
Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu semoga kamu bersyukur.
Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu semoga kamu bersyukur.
Al-Quran merupakan panduan asas bagi umat manusia pada zaman ini.Penurunannya pada bulan yang mulia diantara bulan-bulan lain menunjukkan bahawa keperluannya sebagai kepentingan terhadap perjalanan kehidupan manusia.Program-program menghidupkan malam Ramadhann pada kebiasaanya dimulai dengan tadarus Al-Quran sebaik sahaja sejurus menghabiskan rakaat-rakaat solat terawih.
Dengan tibanya bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh keberkatan ,Kelab Iqra’ UTHM menjalinkan satu kerjasama dengan Rakan Masjid UTHM, Majlis Perwakilan Pelajar,Biro Kerohanian dan Etika serta Pusat Islam untuk menganjurkan “Kempen 1 Mahasiswa 1 Tafsir” bertujuan untuk memupuk sikap cintakan al-Quran dikalangan mahasiswa-mahasiswa UTHM.
Acara yang bermula dengan jamuan berbuka puasa untuk mahasiswa-mahasiswi, acara perasmian kempen iti diadakan sejurus sahaja solat sunat terawih selesai dilaksanakan.
Kempen 1 Mahasiswa 1 Tafsir ini menunjukkan bahawa kesungguhan semua pihak untuk melahirkan generasi yang celik dan cerdik al-Quran serta secara tidak langsung memastikan akhlak remaja-remaja pada masa kini dipandu oleh kitab suci tersebut.
Barisan kepimpinan Rakan Masjid UTHM..Tahniah dari kami kepimpinan Kelab Iqra' UTHM |
Selain itu, perasmian kempen ini juga mencatatkan satu sejarah besar apabila watikah perlantikan Rakan Masjid UTHM diadakan pada waktu yang sama. Rakan Masjid merupakan organisasi yang diletakkan di bawah pengurusan masjid UTHM.Ia melalui penjenamaan semula yang mana sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Teman Pusat Islam (JTPI).
Kepada semua mahasiswa/mahasiswi yang berminat untuk mendapatkan tafsir al-Quran boleh membuat tempahan kepada nombor telefon yang tertera dibawah:
Ustaz Haslizan : 013-737 0790
Ustazah Norlia: 013-885 4518
~Iqra’ kini