Monday, May 2, 2011

Ikhtilat & Keberkatan





     Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya......
    
     Perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.
     Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumuskan kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon.
    
     Betul... tapi itu adalah sesuatu yang di maksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan  mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidaklah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya?
    
     Takkan nak berbual-bual pon tak boleh? Itupun zina ke?

     Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan,. Ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : kedua-duanya tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju zina amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan itu.

     Duduk diskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran saje..(bagi kes berdua-duaan)

    Diskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atib?

Sungguh! Berbincang pelajaran saje. Ni stady group la..(masih berdua-duaan)

     Stady group..? Nampak lain aje. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan stady group berdua je? Ke mana-mana pon berdua. Kalau ye pun, carilah stady group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran..? jangan –jangan...sekejap saja berbincang pelajaran, yang lain tu..... fantasi cinta.

     Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

     Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, yang tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrah manusia.

     Kami berdua sama-sama belajar. Stady group., saling member semangat dan motivasi.

     Dah tak ada kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, ramai orang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat lagi dari Ilahi.

     Takkan tak ada langsung ruang yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri bercinta?

     Naluri hanyalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki(sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating untuk membunuh naluri seperti dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri dan terus berbohong pada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan iu dating tanpa diundang. Itulah adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hembar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam....   

Wallahualam!