Friday, January 24, 2014

Rasulullah Masih di Hati


Maulid Nabi yang bertarikh 12 Rabiul Awal 1435H telah berlalu seminggu, namun adakah di dalam hati kita masih tertanam rasa cinta pada si kekasih Allah S.W.T ataupun terkubur seusai majlis Maulid Nabi menutuptirai? Bersama kita muhasabah semula dan banyakkan usaha kita untuk dekat dengan Rasulullah.

Nabi Muhammad S.A.W berasal dari golongan bangsawan arab Quraisy yang dihormati dan disegani. Nabi kita ini dilahirkan pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal . Tahun ini dikenali sebagai tahun gajah. Pada tahun itu raja Yaman bernama Abrahah al-Ashram dengan tentera bergajah telah menyerang  kota Madinah untuk meruntuhkan Ka’bah. Kisah ini telah Allah S.W.T nyatakan  dalam Surah al-Fil.

Pengutusan kekasih Allah S.W.T ini sebagai nabi setelah baginda berusia 40 tahun. Baginda sering menagsingkan diri di Gua Hira’ untuk beribadat dan menenangkan fikiran. Pada suatu malam di gua tersebut, tibalah malaikat Jibril A.S  membawa wahyu kepada nabi. Perihal ini terdapat dalam Surah al-Alaq; ayat 1-5.


Kejayaan pada permulaan baginda berdakwah adalah dengan pengislaman sepuluh orang yang berdekatan dengan baginda. Siapakah mereka?

1- Siti Khadijah binti Khuwailid
2- Ali bin Abi Talib
3- Abu Bakar as-Siddiq
4- Uthman bin Affan
5- Zubair bin Awwam
6- Abdurrahman bin Auf
7- Saad bin Abi waqas
8- Talhah bin Ubaidillah
9- Abu Ubaidah al-Jarrah
10- al-Arqam bin Abu al-Arqam

Tetapi apabila Allah S.W.T memerintahkan bagida supaya berdakwah secara terang - terangan, pelbagai dugaan yang baginda hadapi. Antara dugaan yang paling berat dihadapi oleh baginda; menurut Ibnu Hisham : “Suatu hari baginda keluar daripada rumahnya, baginda tidak bertemu dengan sesiapa melainkan mereka menipu serta menganggunya; samada ia seorang yang merdeka ataupun hamba.Setelah itu Rasulullah S.A.W pulang ke rumahnya lalu meneyelimuti dirinya lantaran terlalu sedih atas kejadian yang dialaminya”. Walaupun begitu, baginda tetap teguh dan sabar dalam menyampaikan Islam kepada mad’unya sehingga tersebarnya Islam ke seluruh dunia pada hari ini.

Justeru,kita perlu bersungguh - sungguh dalam menzahirkan cinta kita pada Rasulullah S.A.W. Jom amal bersama !. 8 cara untuk mencintai nabi :

1- Kenal Nabi
  •   Pelajari sirah Nabi
2- Berselawat ke atas Nabi
3- Mengikut sunnah dan cara hidupnya
4- Membuat amalan yang disukai Nabi
  •          menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
  •          memberi makan orang yang susah
  •          membantu orang kesempitan
  •          menyampaikan hajat muslimin
  •          menasihati orang yang lupa
5- Menghindari perkara yang Nabi benci
  •  syirik
  •  menentang sunnahnya
  • berbohong di atas namanya
6- Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain
7- Mendampingi penggantinya
  •          mendampingi alim ulama
  •          mendampingi para Daie (para pendakwah)
8- Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya
  
Wallahu'alam.


Rujukan :

1 - Buku; Pendidikan Islam Tingkatan 1.
2 - Buku; Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham
3 - Blog; http://www.ustazamin.com/2010/02/bicara-ilmu-13-bagaimana-mencintai-nabi.html