Friday, April 11, 2008

Turunkan Tandatangan Bantahan Anda Segera!!

Kelab Iqra secara rasmi telah melancarkan kutipan tandatangan membantah penyiaran filem pendek Fitna yang dibuat oleh Geert Wilders pada pukul 2.30 petang tadi bertempat di Masjid UTHM. Kutipan tandatangan tersebut dikumpul bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kampus tentang filem yang dihasilkan untuk menghina Islam. Diharapkan kebangkitan kesedaran di kalangan masyarakat kampus (mahasiswa dan staf) dapat memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang terlibat dalam penyiaran filem tersebut.

Selain itu, pengumpulan tandatangan ini dibuat bagi memberikan ruang kepada mereka yang ingin menyampaikan rasa ketidakpuashatian kepadapenyiaran filem tersebut. Program ini akan berlangsung selama seminggu iaitu bermula 11 hingga 18 April 2008. Oleh yang demikian, anda di alu-alukan untuk menurunkan tandatangan anda sebagai bantahan anda di buku yang telah diedarkan kepada AJK yang berkenaan. Anda juga boleh berbuat demikian di Masjid UTHM. Sekian.