Tuesday, October 14, 2008

Program Liqa' Aidilfitri 2008 Kelab Iqra'


Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2008 yang lalu telah berlangsung program yang diberi nama Liqa' Aidilfitri. Program tersebut telah diadakan di Dewan Peperiksaan F2 (bawah) bermula jam 9 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shahrir B. Hj Abd Mutalib mewakili Pengarah Pusat Islam iaitu Dr Hussain B. Othman yan
g tidak dapat hadir kerana terpaksa menyelesaikan urusan di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah sambutan daripada Sahabat Iqra' amat menggalakkan walaupun ada dikalangan mereka yang terlibat dengan ujian 2. Tidak ketinggalan, pada malam itu majlis menerima kehadiran Pegawai dan Staf sokongan daripada Pusat Islam dan juga PTJ lain yang mana mereka berkesempatan untuk meluangkan masa menghadiri majlis tersebut. Disamping itu tidak dilupakan kunjungan daripada mantan mpp dan juga wakil-wakil kelab yang berjaya dihubu
ngi seperti Kelab Silat Cekak Hanafi, Kelab Kejuruteraan Mekanikal dan lain-lain yang mana dengan kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan bersahaja daripada dua kumpulan nasyid yang dijemput khas iaitu kumpulan Byhearty yang diketuai oleh Sdr Helmi (wakil K.KTDI) dan kumpulan Shoutul Dobi yang mana diketuai oleh Pok ding.

Seramai lebih kurang 10 orang orang sahabat Iqra' termasuk MT diberi kesempatan untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya dan seramai 6 orang yang bertuah telah menerima hamper yang mana cabutan telah dibuat oleh ustaz Shahrir sendiri.

Tahniah buat semua ajk pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini. Mudah-mudahan program yang dianjur ini mencapai matlamat yang telah digariskan disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan sesama Sahabat Iqra' dan juga kakitangan Universiti.
wallahu'alam.

p/s : lihat lagi gambar diruang koleksi gambar