Thursday, October 16, 2008

Tahniah dan Selamat Datang NC baru UTHM



Kelab Iqra' mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh sebagai Naib Canselor baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Perlantikan beliau adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 16 Oktober 2008. Beliau adalah Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelantikan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh ini adalah mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang dikosongkan Mantan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Haji Ismail bin Haji Bakar setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mei 2008.

Berikut adalah sedikit latar belakang beliau:

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, 56 tahun, merupakan anak kelahiran Johor yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dari Imperial College of Science, Technology and Medicine, London dalam bidang Fizik. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UMS pada tahun 2005.

Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini pernah dipangku oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Prof. Dr. Hashim bin Saim.