Friday, May 1, 2009

Membina Generasi Al-Quran


Membina Generasi Al-Quran’ adalah motto yang digunapakai oleh salah satu kelab di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Kelab Iqra’. Apa yang dimaksudkan dengan Membina Generasi Al-Quran ini adalah satu generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup yang lebih terarah dan mempraktikkan apa yang telah dikhabarkan oleh Ilahi serta perbuatan dan perkataan yang ditampilkan oleh para nabi dan para sahabat. Sistem kehidupan akan lebih harmonis dan aman damai jika Islam dapat dilaksanakan dengan syumul atau menyeluruh apabila mereka mempelajari apa yang termaktub dalam Al-Quran.

Apa yang ingin dicoret di atas lembaran ini adalah berkenaan orang melayu yang mengaku Islam serta mengucap khalimah syahadah tidak mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran sebaliknya hanya bermain di bibir tatkala aktiviti keagamaan sahaja ianya berkumandang. Namun era kini menampilkan satu anjakan paradigma yang ditonjolkan oleh orang yang bukannya beragama Islam mula berjinak-jinak dengan ayat-ayat suci ini di dalam setiap ucapan atau syarahan mereka. Ini suatu di luar jangka.

sambungan...