Friday, May 1, 2009

Recycle For Palestin

Kelab Iqra UTHM memandang tinggi usaha murni kelab penyayang dalam menggerakkan agenda "recycle for palestin" yang mana matlamatnya untuk menjadikan mahasiswa yang cintakan amalan hidup yang akan menjamin kesejahteraan generasi akan datang dapat di capai dengan sebaik-baiknya.

"Dengan adanya program ini, di harap budaya mengitar semula barangan terbuang akan di jadikan satu amalan di peringkat kampus. Justeru itu, kami mewakili kepimpinan Kelab Iqra UTHM menggalakkan keseluruhan ahli sahabat Iqra agar sama-sama menjayakan program ini. Kesungguhan Kelab Peyayang dalam menggerakkan agenda kitar semula ini haruslah di puji dan laksanakan bersama" ujar SUK Kelab Iqra,Saudara Syafiq Abd Rahman ketika di temui.

LATAR BELAKANG

Dalam memperkasakan dan mewujudkan jaringan yang harmoni dan kukuh dalam aspek hubungan Universiti samada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa, pemimpin-pemimpin mahasiswa/i universiti perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Program ini dijalankan atas dasar kesedaran dan tanggungjawab dalam membantu golongan yang memerlukan. Ia juga salah satu cara bagi mengelakkan pembaziran barang-barang yang boleh digunapakai dan dikitar semula. Program yang dipengarahkan oleh Aizat Fikry Bin Sa’adullah dan timbalannya Martina Kohnidia Bt. Mahli mengharapkan agar objektif program iaitu mengamalkan kitar semula sebagai satu amalan hidup yang akan menjamin kesejahteraan generasi akan datang dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.

TARIKH

18 April 2009 hingga 11 Ogos 2009

TEMPAT

Kolej Kediaman Perwira

Kolej Kediaman Melewar

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir

Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

Kolej Kediaman Tun Fatimah


ANJURAN

Kelab Penyayang

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia