Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Bumi Mesir mencatatkan peristiwa yang begitu bersejarah sekali pada kali ini.Seperti semua sedia maklum dengan keadaan yang berlaku di Mesir. Saya dengan ini mewakili kepimpinan Majlis Tertinggi Kelab IQRA',Sahabat-sahabat Kelab IQRA' UTHM menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Mesir untuk menggulingkan pemerintahan kuku besi tersebut.
Hosni Mubarak atau nama sebenarnya Muhamad Hosni said Mubarak merupakan seorang pemimpin kuku besi yang telah melakukan banyak kekejaman terhadap rakyatnya seperti penindasan, penipuan dalam pilihanraya dan sebagainya. Kemarahan rakyat telah sampai ke kemuncaknya apabila pada Jumaat yang lepas satu demonstrasi telah dianjurkan oleh rakyat dalam menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak.Kekejaman Hosni Mubarak dan konco-konconya semakin berleluasa apabila pemerintah kuku besi ini menutup pintu sempadan Palestin , dan membiarkan cukup ramai rakyat Palestin yang terkorban akibat kebuluran.
Firman Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentara-tentara, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin topan dan tentara yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”
Surah Al-Ahzab: 9
Surah Al-Ahzab: 9
Sesungguhnya bantuan Allah sudah tiba dan yakinlah doa-doa para pejuang Palestin yang berjuang dengan darah itu bakal dimakbulkan.Yakinlah wahai pemuda-pemuda yang menentang kezaliman pemerintah.Kejarlah syahid itu jika kamu mati dan hiduplah dalam kemuliaan.
Disini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ayahanda Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak diatas tindakan kerajaan Malaysia yang begitu prihatin terhadap pelajar-pelajar kita disana.
Allahuakhbar,Allahuakhbar,Allahuakhbar.
Hamba ALLAH s.w.t
Muhammad Zulkifli bin Che Lah
Presiden Kelab IQRA'
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia