Tuesday, December 20, 2011

BANTAHAN TERHADAP EKSPLOITASI GAMBAR PENGERUSI HELWANI KELAB IQRA UTHM DI DALAM LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK



Assalamualaikum wbt....

       Memang tidak dinafikan lagi bahawa media utama mahasiswa dalam menyampaikan maklumat,berkomunikasi dan berhibur di zaman penuh IT ini adalah menggunakan laman web social (Facebook). Namun sedar ataupun tidak kita kadang-kadang terpedaya dengan keseronokan berfacebook tanpa mengedahkan hak asasi peribadi seseorang dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan tertentu. Bolehkah begitu?? “ Tepuklah dada,tanyalah iman anda”
      Persoalannya, adakah boleh menggunakan gambar seseorang untuk diekploitasikan untuk kepentingan diri atau sesebuah organisasi?? Apakah hak anda (Mahasiswi Uthm) mengekploitasikan gambar Pengerusi Helwani Kelab Iqra’ saudari Wan Amanina Wan Ariffin? Adakah ini untuk tujuan berpolitik? Inikah yang dikatakan cara berpolitik yang betul? Sebagai mahasiswa yang menanam cita-cita yang tinggi dan akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang perlulah dididik bermula sekarang dengan cara berpolitik atau mentadbir sesebuah organisasi dengan berpandukan syariat Allah bagi mahasiswa muslim sejati tanpa menjatuhkan karakter seseorang individu demi kepentingan diri. Jadilah mahasiswa dan mahasiswi yang bermaruah dan mempunyai integrasi yang mendalam supaya dihormati oleh masyarakat.
        Saranan saya, jadikanlah  laman web social Facebook sebagai wahdah atau organisasi untuk memajukan diri, orang lain dan sesebuah organisasi yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik di mata masyarakat bukan untuk merosakkan dan memfitnah seseorang demi mendapat nama di dalam masyarakat kampus UTHM khususnya. Maka, saya berharap pihak yang melakukan perbuatan yang tidak dianggap  sebagai status golongan intelek dan nilai-nilai akhlak tersebut agar mengalihkan atau memadamkan gambar Pengerusi Helwani Kelab Iqra’ UTHM.

Firman Allah SWT “   Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang  disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram” untuk mengadakan kebohongan terhadap ALLAH. Sesungguhnya orang yang mengada-gadakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung”[surah an-Nahl ayat 116)


MUHAMMAD ZULKIFLI BIN CHE LAH
PRESIDEN  KELAB IQRA’ 2011