Jawapannya,
memang SUSAH! Susah kalau kita fikir habis duit, masa, tenaga dan lain-lain.
Susah nak tolong hantarkan kawan ke stesyen bas kalau takut minyak habis. Susah
nak pergi melawat kawan sakit kalau fikir tak cukup masa. Susah nak tolong mak
buang sampah kalau rasa penat dan malas. Memang susah nak berkorban kalau kita
rasa pengorbanan kita adalah sia-sia. Cuba kita bekorban hantar gf ke stesyen
bas, senang kan? Bukan setakat stesyen bas, “I hantar u balik kampung terus k” J.
PENGORBANAN,
apa itu pengorbanan? Pengorbanan bermaksud, usaha seorang hamba untuk
mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi
kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat pada orang lain.
Saya bercakap soal pengorbanan kerana sayu hati membaca kisah
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berkorban demi menjalankan amanah yang diberikan
Allah s.w.t. Kisah pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu
Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Siti Hajar
isteri kepada Nabi Ibrahim berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur
saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila
mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya
ini merupakan wahyu dari Allah s.w.t., aku sedia merelakan diriku untuk
disembelih.”
Subhanallah, dimanakah pada zaman ini dapat kita lihat orang
yang sanggup berkorban sehebat Nabi Ibrahim dan anaknya. Terlalu kerdil jika
dibandingkan pengorbanan kita yang tidak sehebat mana ini. Yang lebih sedih
lagi, kita berkorban kerana nafsu dan kepentingan diri bukan kerana Allah
s.w.t. Itu BUKAN berkorban tetapi PENTINGKAN DIRI sendiri. Kita lakukan sesuatu
untuk dibalas material dan kesenangan, bukan REDHA Allah yang menjadi
keutamaan. Bukan pun disuruh berkorban sembelih anak sendiri, nak suruh
sembelih lembu semasa Aidiladha pun terasa malas. Sedangkan jika kita tahu
ibadah korban itu tinggi nilainya. Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada
amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat
korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat
lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini
diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu
berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis
riwayat At-Tirmizi)
Bersempena
Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang pada 10 Zulhijjah ini, saya ingin
mengingatkan diri saya serta sahabat, MUHASABAH semula selama kita hidup dengan
kesenangan dan nikmat hidup yang indah ini, berapa banyak kita berkorban untuk
ibu, ayah, sahabat, jiran dan orang yang hampir pada kita? Mungkin boleh dihitung
dengan jari, apatah lagi jika ditanya, berapa banyak pengorbanan kita pada
agama ISLAM? Malu rasanya untuk menjawab persoalan itu.
-editor-