Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Al-Quran merupakan satu mukjizat agung kekasih Allah, Rasul junjungan mulia serta penghulu para Nabi. Ianya diturunkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan hidup manusia. Al-Quran mengajar kita erti kehidupan yang tersusun serta betul berpandukan syariat dan norma kemanusiaan.
Antara isi kandungan yang terdapat di dalam kitab suci ini adalah:
- Jenayah
- Muamalat
- Munakahat
- Akhlak
- Ibadah
- Akidah
- Siasah
- Sirah
- Feqah
- ilmu duniawi seperti sains, matematik, falak dan sebagainya
- dan bermacam-macam pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya.
Al-Quran juga merupakan kalamullah iaitu kata-kata Allah yang berupa wahyum diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibrail ataupun secara langsung dari Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, segala ilmu yang ada padanya adalah daripada Pemilik segala ilmu. Maka, tidak dinafikan bahawa ianya sememangnya meliputi sekalian ilmu yang ada di dunia.
Juga, kita pernah diberitakan terdapat ramai ahli saintis dan pengkaji yang bukan Islam telahpun menganuti agama Islam kerana hidayah yang mereka dapat dari kita suci ini.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menghidupkan al-Quran di dalam diri kita dengan mendekatkan diri kita kepada kitab suci Allah ini, insya Allah..
Terdapat pelbagai cari yang boleh kita gunakan untuk mendekatkan diri kita kepada al-Quran. Antaranya:
- Membaca al-Quran
- Memahami isi kandungannya
- Menghayati isi kandungannya
- Mengkaji isi kandungannya
- Menyebarkan isi kandungannya
- Mengamalkan isi kandungannya sebaik mungkin
Maka dengan ini, Kelab Iqra' UTHM mengambil inisiatif untuk menganjurkan kempen Bulan Membaca al-Quran sepanjang bulan November ini. Antara objektifnya adalah:
- Mengajak warga kampus untuk membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran.
- Mempraktikkan al-Quran dalam kehidupan seharian.
- Membuka minda warga kampus bahawa al-Quran bukanlah dibaca semata-mata di masjid atau surau, tetapi boleh di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih.
- Membina generasi al-Quran, sesuai dengan motto Kelab Iqra' UTHM
Insya Allah, marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada al-Quran sedekat yang boleh.
Ayuh sahabat-sahabat sekalian, serta warga kampus UTHM..marilah kita sama-sama MEMBINA GENERASI AL-QURAN.
Kelab Iqra' Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Membina Generasi Al-Quran