Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Saturday, April 24, 2010

~Sehari Saya Di Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 UTHM~

Oleh: Sahrul Khair Bin Osman


Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.


Segala puji bagi Yang Maha Esa, Allahu Rabbuna yang dengan limpah hidayah dan inayahNya kita masih lagi dalam nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam disandarkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa Islam kepada sekalian alam sehingga ke hari ini.


Iqra’, yakni bacalah, merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasul junjungan, Muhammad s.a.w, yang menegaskan kita sekalian umat manusia untuk berusaha mendalami ilmu dan mengkaji apa yang ada di muka bumi ini. Hal ini kerana hanya dengan ilmu, seseorang itu mampu membuat keputusan mana yang baik dan mana yang buruk.


Kini, ilmu merupakan salah satu perkara yang dikejar-kejar oleh manusia tanpa mengira apa pun perbezaan, baik dari segi usia, bangsa, bahasa, semuanya diletakkan ke tepi untuk sementara waktu demi menimba ilmu.




Dalam keghairahan membuat persediaan untuk peperiksaan akhir semester ini, tanpa kita sedari Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama  United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). telah mengadakan Seminar Hak Cipta bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 yang bertempat di Dewan Tun Ibrahim Ismail  dan Dataran Anggerik pada 23 April 2010 yang lepas.

[Seterusnya...]

Monday, April 19, 2010

~Peperiksaan Akhir: Salam maju jaya buat mahasiswa UTHM ~



KELAB IQRA' ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2009/2010 kepada semua mahasiswa UTHM

Saturday, April 17, 2010

PROGRAM ANGGUN AYU HELWANI KELAB IQRA’

Program Anggun Ayu yang dijalankan pada 3 April 2010 yang lepas  dengan sasarannya warga mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menampilkan kelainan dengan menjemput mahasiswi-mahasiswi sendiri untuk menabur bakti yang seiring dengan minat dan bakat mereka dalam senamrobik.  Kepada mereka yang sanggup meluangkan masa untuk berlatih dan menjadi jurulatih kami, Kelab Iqra sangat berterima kasih dan hanya Allah yang dapat membalasnya.  Slot senamrobik yang dijalankan selama 30 minit memberikan pelbagai gaya yang pastinya akan memberi impak kepada kesihatan yang baik jika senaman ini diamalkan. 
Sahabat-sahabiah yang dikasihi sekalian,
Antara Objektif program ini adalah untuk mewujudkan mahasisiwi yang sihat lagi cergas . Di samping itu, kesibukan dalam menuntut ilmu di universiti ini telah membuatkan satu unit yang akan ditubuhkan secara rasmi dalam Kelab Iqra iaitu Helwani dan  merasa terpanggil untuk terus menyediakan platform kepada mahasiswi untuk lebih kehadapan. 
Bersedia untuk memulakan senamrobik
[Seterusnya...]

PERUTUSAN TIMBALAN PRESIDEN KELAB IQRA’ MERANGKAP PENGERUSI HELWANI SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pertama dan selamanya marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNYA  dapat kita meneruskan hari-hari kita hingga ke saat ini dengan anugerah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah wabihi nasta’in wa ‘alaihi tawakkalna wahua Rabbul ‘arsyil ‘azim. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini. 

Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan kita di dunia mahupun di akhirat kelak. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya layak untukNya, tuhan pentadbir alam semesta. Kalam tuhan yang bermaksud:
 Orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Kami, maka Kami akan membuka jalan seluas-luasnya untuk mereka sampai dan hampir kepada Kami. (Surah Al-Ankabut: Ayat 69) 

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Secara kebiasaannya, rata-rata mahasiswa kampus terutama di UTHM akan dihujani dengan kesibukan untuk menyiapkan tanggungjawab akademik dalam ‘study week’ tidak kiralah sama ada menyiapkan tugasan, tutorial, pembentangan projek dan sebagainya yang acapkali menghantui mahasiswa tatkala klimaks masa yang maksimum menuju ke peperiksaan akhir. Pada waktu sebegini kebanyakan daripada kita sendiri mengecas motivasi kembali dengan menukar darjah masalah kepada cabaran. Itulah hakikat dunia mahasiswa yang harus didepani yang memerlukan reformasi minda yang sentiasa positif. 

[Seterusnya...]

Friday, April 16, 2010

PERUTUSAN PRESIDEN KELAB IQRA’ SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2009/2010


Bismillahirrahmanirrahim ..Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa kampus UTHM  iaitu berkaitan dengan peperiksaan akhir semester bagi sesi 2 2009/2010 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Pertama sekali, saya Muhammad Faridz selaku Presiden Kelab Iqra dan mewakili  warga Pimpinan  Kelab Iqra (KI) 2010/2011 ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga kampus UTHM kerana berjaya mengharungi segala onak dan duri sepanjang pengajian sehinggalah berada di musim peperiksaan akhir.

Allah SWT bersabda di dalam Al-Qur’an yang bermaksud, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “(QS. Al ‘Ankabuut : 2-3)

Sahabat-sahabiah yang saya hormati sekalian,

Setiap hamba Allah yang beriman kepada-Nya, mereka akan diuji dengan perasaan takut (kepada musuh-musuh mereka)dan dengan merasai kelaparan dan kesedihan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.  Semuanya telah dijelaskan di dalam Al-Quran. 

Melihat fenomena pada ketika ini umumnya pelajar-pelajar UTHM, terutamanya barisan MPPUTHM,pimpinan KELAB IQRA,serta kelab-kelab yang berada di bawah HEP, yang bakal menghadapi peperiksaan akhir dari 19hb April sehingga 7 Mei, ingatlah bahawasanya semua yang kita lalui ini adalah ujian daripada Allah. Allah.S.W.T mahu menguji siapakah di antara anda yang paling tahan ujian-Nya.

Maksudnya disini, Allah SWT bukanlah melihat sama ada anda Pass atau Fail Exam yang bakal anda lalui nanti, tapi setakat mana hubungan anda dengan Allah SWT tatkala mana anda terdesak untuk mendapatkan keputusan yang mantap di dalam Peperiksaan. Macam mana anda menstabilkan antara sunnatullah dan syariatullah. Sebagai contoh, ada yang akan menjauhkan diri daripada Allah SWT tatkala ‘tension’ dengan kerja yang maha banyak, naud’zubillahimin zalik. Siapakah kita di muka bumi ini untuk sombong dengan Allah SWT? Peringatan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri yang mula-mula membaca artikel ini, dan amnya kepada semua pengunjung ki-blogspot.com.

Akhir kata, saya mewakili Majlis Tertinggi Kelab Iqra ingin mengucapkan selamat berjaya dalam menduduki peperiksaan akhir, dekatkanlah diri lagi dengan Allah SWT sempena peperiksaan yang bakal tiba ini, moga-moga pendekatan diri kepada Allah SWT pada masa ini akan berpanjangan sampai ke akhir hayat. Kerana hanya Allah SWT yang mampu memberi segala-galanya yang anda mahukan dan perlukan di dunia dan di akhirat serta ingatlah wahai sahabat-sahabiah, gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti gagal dalam hidup. Pepatah Cina ada menyebut “kegagalan adalah induk semua kejayaan”. Dalam mengejar kejayaan, gagal yang sebenarnya adalah berputus asa untuk bangun selepas jatuh ,bagi meneruskan perjuangan.
Sekian, wallahua’lam.

”Kemudian , apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh , Allah mencintai orang yang bertawakal…” (Ali-Imran:159)

~PRESIDEN KELAB IQRA’ UTHM 2010/2011~


Wednesday, April 14, 2010

Majalah SOLUSI edisi No. 18

Dapatkan segera, Majalah berinformasi lagi membuka minda

Solusi Edisi No. 18. "Di Sebalik Iqra'"

Antara yang menarik:
+ Hikmah : Zero kepada Hero! - Ust. Hasrizal Abdul Jamil
+ I-PODS, "Analisis Uhud : Antara Kepatuhan dan keghairahan
+ Rosak Persahabatan kerana Business?
+ Kesan Sujud Pada Jiwa
+ Syiar : Khilaf dan Ikhtilaf
+ Banyak membaca Al-Quran, tetapi jiwa belum berubah?

Banyak lagi isu menarik menanti dalam SOLUSI edisi no.18..
Jangan Lepaskan Perkongsian Ilmu Yang Bermanfaat...Miliki segera!!!

Friday, April 9, 2010

BARISAN PIMPINAN KELAB IQRA 2010-2011

~MEMBINA GENERASI AL-QURAN~

Wednesday, April 7, 2010

Artikel Pilihan : "Ini Sahajakah Imej Malaysia?"

Dipetik dari artikel : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com

 gambar hiasan
“Alah payunglah payung, ketipang payung. Payung sutera anak raja muda, alah tolonglah tolong, cik abang tolong. Janganlah marah pada adinda!”, merdu suara Aliya, seorang pelajar kejuruteraan elektrik mendendangkan lagu klasik Melayu di Malam Malaysia itu.

Persembahan diserikan lagi dengan iringan penari yang rancak menyusun langkah. Satu depan, dua kiri, satu depan, tiga kanan. Cantik sekali tarian mereka.

Teruja penonton melihatnya. Bakal doktor, bakal akauntan, bakal jurutera, bakal pemimpin teraju negara, semuanya berbakat menari dan berdansa.

Sekejap lagu asli, sekejap lagu balada. Sekejap selembut nasyid, sekejap sekeras Rock membatu.

Malam Malaysia di mana-mana. Seluruh dunia yang ada pelajar Malaysia, mesti ada Malam Malaysia. Alasannya adalah untuk memperkenalkan budaya, mengukuh patriotik kepada negara. Tinggi falsafah indahnya warna.

Tetapi, ini sahajakah wajah Malaysia di mata dunia? Apakah Malaysia hanya ada tarian, hanya ada seni persembahan?

~Jom Sertai Kumpulan Nasyid Iltizam~

Anda mempunyai bakat dalam bidang nasyid? Pernah menyertai pertandingan nasyid? Pernah mengendalikan percussion? Ingin menyertai nasyid tetapi tidak tahu ke mana hendak dituju?
Adakah anda berminat untuk menyertai kumpulan nasyid Iltizam di bawah kelolaan Kelab Iqra'?
 
Ayuh bersama kita sertai kumpulan nasyid di bawah kelolaan saudara Bazli yang pernah mewakili kumpulan  nasyid UTHM.