Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Pertama dan selamanya marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNYA dapat kita meneruskan hari-hari kita hingga ke saat ini dengan anugerah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah wabihi nasta’in wa ‘alaihi tawakkalna wahua Rabbul ‘arsyil ‘azim. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini.
Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan kita di dunia mahupun di akhirat kelak. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya layak untukNya, tuhan pentadbir alam semesta. Kalam tuhan yang bermaksud:
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Secara kebiasaannya, rata-rata mahasiswa kampus terutama di UTHM akan dihujani dengan kesibukan untuk menyiapkan tanggungjawab akademik dalam ‘study week’ tidak kiralah sama ada menyiapkan tugasan, tutorial, pembentangan projek dan sebagainya yang acapkali menghantui mahasiswa tatkala klimaks masa yang maksimum menuju ke peperiksaan akhir. Pada waktu sebegini kebanyakan daripada kita sendiri mengecas motivasi kembali dengan menukar darjah masalah kepada cabaran. Itulah hakikat dunia mahasiswa yang harus didepani yang memerlukan reformasi minda yang sentiasa positif. [Seterusnya...]