Bismillahirrahmanirrahim ..Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa kampus UTHM iaitu berkaitan dengan peperiksaan akhir semester bagi sesi 2 2009/2010 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Pertama sekali, saya Muhammad Faridz selaku Presiden Kelab Iqra dan mewakili warga Pimpinan Kelab Iqra (KI) 2010/2011 ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga kampus UTHM kerana berjaya mengharungi segala onak dan duri sepanjang pengajian sehinggalah berada di musim peperiksaan akhir.
Allah SWT bersabda di dalam Al-Qur’an yang bermaksud, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “(QS. Al ‘Ankabuut : 2-3)
Sahabat-sahabiah yang saya hormati sekalian,
Setiap hamba Allah yang beriman kepada-Nya, mereka akan diuji dengan perasaan takut (kepada musuh-musuh mereka)dan dengan merasai kelaparan dan kesedihan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Semuanya telah dijelaskan di dalam Al-Quran.
Melihat fenomena pada ketika ini umumnya pelajar-pelajar UTHM, terutamanya barisan MPPUTHM,pimpinan KELAB IQRA,serta kelab-kelab yang berada di bawah HEP, yang bakal menghadapi peperiksaan akhir dari 19hb April sehingga 7 Mei, ingatlah bahawasanya semua yang kita lalui ini adalah ujian daripada Allah. Allah.S.W.T mahu menguji siapakah di antara anda yang paling tahan ujian-Nya.
Maksudnya disini, Allah SWT bukanlah melihat sama ada anda Pass atau Fail Exam yang bakal anda lalui nanti, tapi setakat mana hubungan anda dengan Allah SWT tatkala mana anda terdesak untuk mendapatkan keputusan yang mantap di dalam Peperiksaan. Macam mana anda menstabilkan antara sunnatullah dan syariatullah. Sebagai contoh, ada yang akan menjauhkan diri daripada Allah SWT tatkala ‘tension’ dengan kerja yang maha banyak, naud’zubillahimin zalik. Siapakah kita di muka bumi ini untuk sombong dengan Allah SWT? Peringatan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri yang mula-mula membaca artikel ini, dan amnya kepada semua pengunjung ki-blogspot.com.
Akhir kata, saya mewakili Majlis Tertinggi Kelab Iqra ingin mengucapkan selamat berjaya dalam menduduki peperiksaan akhir, dekatkanlah diri lagi dengan Allah SWT sempena peperiksaan yang bakal tiba ini, moga-moga pendekatan diri kepada Allah SWT pada masa ini akan berpanjangan sampai ke akhir hayat. Kerana hanya Allah SWT yang mampu memberi segala-galanya yang anda mahukan dan perlukan di dunia dan di akhirat serta ingatlah wahai sahabat-sahabiah, gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti gagal dalam hidup. Pepatah Cina ada menyebut “kegagalan adalah induk semua kejayaan”. Dalam mengejar kejayaan, gagal yang sebenarnya adalah berputus asa untuk bangun selepas jatuh ,bagi meneruskan perjuangan.
Sekian, wallahua’lam.
”Kemudian , apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh , Allah mencintai orang yang bertawakal…” (Ali-Imran:159)
”Kemudian , apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh , Allah mencintai orang yang bertawakal…” (Ali-Imran:159)
~PRESIDEN KELAB IQRA’ UTHM 2010/2011~