Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014
Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.
Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013
Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.
Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM
Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.
Bersilaturrahim sesama muslim
Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.
Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM
Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.
Monday, May 31, 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, PBB DAN OIC-Lifeline 4 Gaza
8:17 AM
Sunday, May 30, 2010
Pengerusi LSKI di Sinergi Keluarga Bahagia anjuran Saifulislam T & C
9:07 PM
29 Mei yang lalu, Mustaqim bin Yahaya, Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan Islam, LSKI Kelab Iqra' telah meluangan masa di waktu cuti semester pengajian ini dengan mengikuti program Sinergi Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy, STC di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Saturday, May 22, 2010
Batalkan segera konsert Inul Daratista
11:19 PM
Kelab IQRA’ UTHM melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap keputusan kerajaan negeri Sabah membenarkan penganjuran ‘Konsert 1 Inul Daratista’ dan bertekad untuk membantah sekeras-kerasnya jika Konsert ini diadakan di Tawau pada hujung bulan mei ini.
Pengerusi Lajnah Sukan dan kebudayaan Islam (LSKI),Saudara Mustaqim bin Yahya, menegaskan disini bahawa Kelab IQRA’ UTHM membantah konsert tersebut diadakan kerana ianya bertentangan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Thursday, May 20, 2010
PENGAWAL ISTANA DITEMBAK: PIHAK BERTANGGUNGJAWAB DI DESAK AMBIL TINDAKAN
3:39 AM
Kelab IQRA” UTHM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli Mohammad yang ditembak dari jarak dekat pada 1 Mei yang lalu.
Allahyarham yang merupakan seorang pengawal istana telah menghembuskan nafas terakhir pada 3.15 pagi semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) .
Pihak kepimpinan Kelab IQRA” mendesak pihak yang bertanggungjawab terutama pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menyelesaikan kes ini-Iqra' Kini
Al-Fatihah
Tuesday, May 18, 2010
JUDI TETAP HARAM SELAMANYA
5:53 PM
“Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.”
Berikut adalah Rancangan Mengajar Subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1 :
1. Ciri-Ciri Kelas a) Tingkatan / Tahun b) Pengetahuan Sedia Ada | Ting 1 a) Murid telah pernah melihat gambar arak dan permainan judi serta mengetahui hukumnya sebagai seorang Islam. b) Murid telah biasa menggunakan internet untuk mencari bahan c) Murid telah biasa membentang tajuk yang ditugaskan menggunakan LCD dan Laptop |
2. Peruntukan Masa | 80 minit |
3. Tema Pelajaran / Topik | 1.1 TILAWAH AL-QURAN 1.1.1 Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan |
4. a) Hasil Pembelajaran b) Nilai Murni c) KBKK | Pada akhir proses P&P diharapkan pelajar akan dapat : Aras 1 1. Menerangkan konsep dan pengertian Arak serta Judi. 2. Menyatakan dalil pengharaman Arak dan Judi Aras 2 1. Menerangkan hukuman ke atas peminum arak dan penjudi. 2. Menghuraikan keburukan minum Arak dan Berjudi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Aras 3 1. Menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada arak dan judi. 2. Mengemukakan hikmah pengharaman arak dan judi. Menghuraikan, menyenaraikan, penyoalan, sumbangsaran |
5. Objektif Pembelajaran | Pada akhir proses P&P diharapkan pelajar akan dapat : 1. Menerangkan konsep dan pengertian Arak serta Judi. 2. Menyatakan dalil pengharaman Arak dan Judi 3. Menerangkan hukuman ke atas peminum arak dan penjudi. 4. Menghuraikan keburukan minum Arak dan Berjudi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 5. Menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada arak dan judi. 6. Mengemukakan hikmah pengharaman arak dan judi. |
Kelab IQRA” UTHM menegaskan disini bahawa judi atau pertaruhan adalah haram dan ia akan kekal HARAM
Firman ALLAH s.w.t
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Surah Al-Baqarah:219
Iqra' Kini
Iqra' Kini