Sunday, May 30, 2010

Pengerusi LSKI di Sinergi Keluarga Bahagia anjuran Saifulislam T & C

29 Mei yang lalu, Mustaqim bin Yahaya, Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan Islam, LSKI Kelab Iqra' telah meluangan masa di waktu cuti semester pengajian ini dengan mengikuti program Sinergi Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy, STC di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


 Bersemangat....Mustaqim, (tiga dari kanan, barisan depan) merupakan calon peserta tunggal dari UTHM
bersama para peserta bergambar bersama ustaz Hasrizal Abdul Jamil (tengah. berkopiah)

Pelbagai input menarik dari pengisian yang disampaikan sendiri oleh tokoh motivator serta pendakwah terkenal iaitu ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil telah disampaikan dalam bentuk yang begitu menarik. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada sekitar 5 petang terbabit dipenuhi dengan pelbagai aktiviti serta modul yang bermanfaat buat para peserta. Dikhabarkan seramai 41 orang peserta telah mengikuti penuh program tersebut.