Saturday, May 22, 2010

Batalkan segera konsert Inul Daratista





Kelab IQRA’ UTHM melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap keputusan kerajaan negeri Sabah membenarkan penganjuran ‘Konsert 1 Inul Daratista’ dan bertekad untuk membantah sekeras-kerasnya jika Konsert ini diadakan di Tawau pada hujung bulan mei ini.

Pengerusi Lajnah Sukan dan kebudayaan Islam (LSKI),Saudara Mustaqim bin Yahya, menegaskan disini bahawa Kelab IQRA’ UTHM membantah konsert tersebut diadakan kerana ianya bertentangan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Penganjuran konsert sebegini yang melalaikan akan membawa kesan dan budaya negatif kepada generasi muda masa kini yang mana ianya akan mengundang gejala sosial semasa yang semakin meruncing dan kritikal. 

Telah tiba masanya, kerajaan mengurangkan penganjuran konsert dan hiburan luar sebaliknya mengutamakan agenda yang lebih bermanfaat untuk masyarakat umum. 

Beliau turut menyifatkan konsert itu wajar dibatalkan kerana ia hanya membawa kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan moral yang buruk kepada masyarakat Tawau khasnya remaja-Iqra' Kini