“Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.”
Berikut adalah Rancangan Mengajar Subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1 :
1. Ciri-Ciri Kelas a) Tingkatan / Tahun b) Pengetahuan Sedia Ada | Ting 1 a) Murid telah pernah melihat gambar arak dan permainan judi serta mengetahui hukumnya sebagai seorang Islam. b) Murid telah biasa menggunakan internet untuk mencari bahan c) Murid telah biasa membentang tajuk yang ditugaskan menggunakan LCD dan Laptop |
2. Peruntukan Masa | 80 minit |
3. Tema Pelajaran / Topik | 1.1 TILAWAH AL-QURAN 1.1.1 Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan |
4. a) Hasil Pembelajaran b) Nilai Murni c) KBKK | Pada akhir proses P&P diharapkan pelajar akan dapat : Aras 1 1. Menerangkan konsep dan pengertian Arak serta Judi. 2. Menyatakan dalil pengharaman Arak dan Judi Aras 2 1. Menerangkan hukuman ke atas peminum arak dan penjudi. 2. Menghuraikan keburukan minum Arak dan Berjudi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Aras 3 1. Menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada arak dan judi. 2. Mengemukakan hikmah pengharaman arak dan judi. Menghuraikan, menyenaraikan, penyoalan, sumbangsaran |
5. Objektif Pembelajaran | Pada akhir proses P&P diharapkan pelajar akan dapat : 1. Menerangkan konsep dan pengertian Arak serta Judi. 2. Menyatakan dalil pengharaman Arak dan Judi 3. Menerangkan hukuman ke atas peminum arak dan penjudi. 4. Menghuraikan keburukan minum Arak dan Berjudi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 5. Menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada arak dan judi. 6. Mengemukakan hikmah pengharaman arak dan judi. |
Kelab IQRA” UTHM menegaskan disini bahawa judi atau pertaruhan adalah haram dan ia akan kekal HARAM
Firman ALLAH s.w.t
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Surah Al-Baqarah:219
Iqra' Kini
Iqra' Kini