“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Pada 25 Oktober 2010 yang lepas Kelab IQRA’ UTHM telah menganjurkan satu aktiviti amal iaitu pembahagian bubur lambuk secara percuma kepada semua masyarakat kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Dengan mengambil keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini , Kelab IQRA’ sekali lagi turun di lapangan dakwah untuk mendekati masyarakat kampus demi merapatkan ukhwah antara pihak kepimpinan Kelab IQRA’ dan masyarakat kampus UTHM.
Kelihatan Setiausaha Kerja Kelab IQRA' ,Saudara Fakhairie dan Pengerusi Lujnah Bimbingan Akademik , saudara Zulkifli sedang mengagihkan bubur lambuk Kelab IQRA' |
Presiden Kelab IQRA’, Saudara Muhammad Faridz bin Ismail berkata
“Program Bubur lambuk ini diadakan untuk Majlis Tertinggi Kelab IQRA’ UTHM mendekati masyarakat kampus dan memastikan masyarakat kampus dekat dihati kami”.
Program bubur lambuk Kelab IQRA’ ini mendapat sokongan dari pensyarah, pihak pengurusan univerisiti dan masyarakat sekitar Parit Raja yang banyak membantu dan menyumbang demi menjayakan program amal bubur lambuk ini.
Antara Sahabat IQRA' yang turut membantu |
Bubur lambuk Kelab IQRA’ ini mula diagihkan kepada masyarakat kampus pada jam 5.30 petang.Hampir 900 bubur lambuk siap diagihkan kepada staf-staf universiti dan mahasiswa/i kampus.
Pihak Kepimpinan Kelab IQRA’ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan program bubur lambuk ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati apa yang mereka lakukan
~Iqra' kini~
~Iqra' kini~