Wednesday, September 29, 2010

PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM


Kelab IQRA’ UTHM menyatakan rasa sedih dan kesal ke atas satu video yang menunjukkan seorang Paderi Kristian menghina agama Islam. Kami memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.

Dalam video tersebut paderi tersebut bertindak untuk menghina keperibadian Nabi Muhammad S.A.W , Surah Al-Fatihah, para malaikat,ibadah haji serta beberapa perkara yang lain

Petikan Berita Harian bertarikh Khamis , 30 September 2010


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam. 

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen, sebagai berkata paderi bernama Benjamin Stephen itu menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak. 

Sumber Di Sini