Seramai 70 orang ahli Islamic Genius Group (IGG) berkesempatan untuk meluangkan masa selama hampir setengah hari di dalam IGG's Family Day (IGG FD) yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.Program yang bertempat di Tasik Y, Batu Pahat itu bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara Majlis Tertinggi Kelab IQRA’ UTHM dengan ahli-ahli Islamic Genius Group tersebut.
Pengisian yang dirangka juga memberikan impak yang amat positif kepada semua peserta program tersebut.Pengisian yang dilakukan dirangka khas oleh unit Islamic Facilitator (ISFAC) Kelab IQRA' sendiri untuk memastikan mencapai tahap yang ditetapkan.
Pengarah Program IGG FD , Saudara Ameerul berkata,
“Islamic Genius Group merupakan satu platform untuk kita memupuk kembali ukhwah Islamiah yang telah dibina sejak zaman Rasulullah S.A.W,dan ini merupakan satu permulaan yang baik bagi Program Islamic Genius Group yang mana mendapat sambutan yang begitu hangat sekali”.
Firman Allah s.w.t
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”
Surah Al-Hujurat: 10
Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah aktiviti BBQ bersama mantan-mantan kepimpinan Kelab IQRA' UTHM yang lepas.
Presiden Kelab IQRA’, Saudara Muhammad Zulkifli bin Che Lah berkata |
Muhammad Zulkifli bin Che Lah |
“Program ini akan diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik pada masa hadapan, dan kita akan pastikan bahawa program seperti ini akan bermanfaat kepada semua peserta yang terlibat.Dengan keterlibatan mantan-mantan Majlis Tertinggi yang lepas, ia merupakan satu petunjuk bagi membuka jalan ke arah kesatuan di dalam mewujudkan Persatuan Mahasiswa Islam UTHM (PMI UTHM) itu sendiri ”
Tidak ketinggalan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang lain di dalam menjayakan IGG's Family Day.
~Iqra' kini~