Saff Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM 2013/2014

Selamat Kembali ke Kampus' Daripada Kelab Iqra' UTHM.

Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013

Saudara Ahmad Norhakim bin Mohamed Sabri, Presiden Kelab Iqra' UTHM 2012/2013.

Pertandingan Poster Dakwah Kelab Iqra' UTHM

Pertandingan poster dakwah anjuran Kelab Iqra' UTHM bertemakan 'Sunnah Rasulullah'.

Bersilaturrahim sesama muslim

Ukhuwah itu lebih indah jika segalanya kerana Allah.

Seminar Pemantapan Akidah Kelab Iqra' UTHM

Penceramah jemputan Dr. Ann Wan Seng.

Friday, September 16, 2011

Kuliah Pembangunan Integriti Islam [KP2I]

Alhamdulillah pada hari Khamis, 15 September 2011 bersamaan dengan 17 Syawal 1432H yang lepas telah diadakan satu Kuliah Pembangunan Integriti Islam [KP2I] yang bertajuk "The Way I Live In My Life" yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Dr. Ann Wan Seng, seorang penganut Islam yang berbangsa Cina.

Sambutan yang diterima pada malam tersebut menjangkau anggaran sebenar menyebabkan tempat program terpaksa ditukar daripada Dewan Teater 1 kepada Masjid UTHM.

Pengisian yang telah disampaikan oleh Dr. Ann Wan Seng secara kasarnya berkisar tentang pengalaman beliau semasa beliau menukar agama asalnya kepada agama Islam. Selain itu, beliau turut menceritakan pengalaman beliau dalam menulis sebuah buku mengenai black metal yang telah dikaji oleh beliau selama hampir 5 tahun.

Pihak Kelab Iqra' UTHM dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sudi hadir memeriahkan KP2I pada malam tersebut. Tidak lupa juga jutaan kemaafan dipohon atas segala kekurangan yang ada pada malam tersebut.  

Pendaftaran Kursus Kahwin


Pendaftaran Kursus Kahwin kini dibuka kepad semua warga UTHM yang berkeinginan untuk mendapatkan sijil kursus kahwin. Bertempat di ruang legar Pusat Niaga Siswa UTHM, berhadapan dengan Dewan Kuliah 2, seluruh warga UTHM kini boleh mendapatkan borang untuk menyertai kursus kahwin anjuran Pusat Islam UTHM dengan kerjasama Kelab Iqra' UTHM.
Kursus kahwin akan diadakan pada 23-24 Oktober 2011. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100, termasuk makanan dan beberapa keperluan lain.

Seluruh warga UTHM dijemput untuk hadir!!
Cepat! Tempat terhad! 

 Sebarang pertanya sila rujuk:
Mohd Rosmizi Ramli : 0137355560
Siti Jamilah : 0137373742 

Friday, September 9, 2011

Puasa Enam di Bulan Syawal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Tanpa disedari, kita telah memasuki 11 Syawal pada tahun ini. Kami pasti semua warga UTHM kini meneruskan rutin harian masing-masing. Ada yang memulakan kerja sebagai pendidik di UTHM, ada yang bersiap-siap untuk pulang ke kampus, malah ada juga yang baru menjejakkan kaki ke kampus UTHM. Walaubagaimanapun, semuanya hendaklah dilakukan seikhlas hati.

Pada masa ini juga, sudah pastinya ada di kalangan warga UTHM yang telah memulakan puasa enam di bulan Syawal yang penuh mulia ini. Tidak kurangnya juga ada rumah-rumah yang bertungkus-lumus membuat rumah terbuka sama ada secara berkumpulan ataupun secara persendirian.

Puasa enam di bulan Syawal ini mempunyai banyak kebaikannya. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang telah diriwayatkan oleh Muslim yang kira-kira bermaksud: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun". Subhanallah, sangatlah berharga dan bernilainya puasa enam di bulan Syawal ini meskipun ianya sekadar puasa sunat.Puasa enam di bulan Syawal ini juga mampu menampung puasa wajib di bulan Ramadhan.

Persoalan yang mungkin timbul yang berkaitan dengan puasa enam ini mungkin berkenaan dengan niat puasa enam dan puasa qadha'. Yang mana satu menjadi keutamaan? Sebenarnya, dibolehkan untuk berniat puasa serentak iaitu puasa enam dan qadha' sekali. Hal ini demikian kerana, isteri Rasulullah s.a.w iaitu Aisyah r.a telah menggantikan puasanya pada bulan Syawal yang disertakan dengan niat puasa sunat. Jadi, adalah dibolehkan untuk berpuasa serentak.

Oleh itu, kepada kawan-kawan dan juga seluruh warga UTHM sekalian marilah kita sama-sama mencari ruang dan peluang dalam mendapatkan kesempatan untuk 'melengkapkan' puasa Ramadhan kita dengan berpuasa enam di bulan Syawal yang mulia ini.

Kepada kawan-kawan yang belum lagi mendapat 'jemputan' ke rumah terbuka, apakata kita sama-sama enam sementara menunggu 'jemputan' itu tiba.:-)

Sekian, wallahualam.

Wednesday, September 7, 2011

Ucapan Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru

Bismillahir rahmanir rahim,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi serta isinya. Juga, segala puji dan syukur ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada seluruh alam tanpa ada perbezaan di antara makhluk. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, serta muslimin dan muslimat yang telah memperjuangkan Islam dari dulu sehingga sekarang.

Pada hari ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi kemasukan baru bagi sesi 2011/2012. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya hadir dan melaporkan diri pada hari ini.

Mahasiswa Mahasiswi sekalian,